Khamis, Mei 20, 2010
PKR Beri Ahli 'Notis' 1 Bulan Jika Mahu Keluar Parti
Ekoran siri tindakan keluar parti kebelakangan ini, pemimpin dan ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) diberi nasihat — sesiapa yang masih berhasrat mahu meninggalkan parti itu agar berbuat demikian dalam tempoh sebulan ini.
PKR memberikan ‘nasihat mesra’ ini bagi membolehkan parti itu menjalankan proses penjenamaan semula, dijangka dilaksanakan selepas kongres nasional hujung bulan ini.
Proses penjenamaan semula ini dilihat menjurus kepada usaha memperkukuhkan parti dan menepis sikap negatif ekoran serangan bertubi-tubi sejak kebelakangan ini.
Kongres Nasional PKR akan diadakan di Kota Baru mulai 27 hingga 30 Mei.
Nasihat ini diberikan oleh Pengarah Pilihan Rayanya, Fuziah Salleh yang mahu memulihkan imej parti yang dilihat tercalar dengan serangan bertubi-tubi termasuk laporan tindakan keluar parti segelintir wakil rakyat dan pemimpin cabang dan negeri.
“Selaku pengarah pilihan raya, saya berpendapat mereka yang merasakan tidak lagi dapat memenuhi kepentingan peribadi mereka... mungkin mereka ini menyertai PKR (dulu dikenali sebagai Keadilan) atas alasan boleh mendapat manfaat peribadi, tetapi sekarang merasakan sebaliknya, wajar meninggalkan parti,” kata beliau.
“Saya beri notis kepada semua yang hendak melompat dari PKR untuk berbuat demikian dalam tempoh satu bulan. PKR akan membuat ‘rebranding’ (penjenamaan semula) selepas ini.
“Saya juga memaklumkan bahawa ‘we mean business’ dalam parti. Kita mahu PKR seiring dalam Pakatan Rakyat dan sesiapa yang hendak main-main (tidak serius) dalam PKR tidak diperlukan,” kata Ahli Parlimen Kuantan ini kepada The Malaysian Insider.
Fuziah yang mengetuai portfolio pilihan raya sejak Februari lalu melahirkan pendirian tegas ini beberapa hari selepas Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong keluar PKR.
Wee mengumumkan keluar PKR Jumaat lalu atas kerana kesal dengan kepimpinan parti itu dan Pakatan Rakyat yang gagal mengambil tindakan terhadap skandal pasir di Dengkil, Selangor.
Pada Februari dan Mac lalu, PKR kehilangan tiga Ahli Parlimen yang memutuskan untuk keluar PKR.
Sejak Februari 2009, PKR juga melalui pengalaman lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) meninggalkan parti itu yang ditubuhkan pada 1999 selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari Umno dan kerajaan.
Anwar kini berhadapan dengan kes mahkamah melibatkan tuduhan liwat.
PKR juga kehilangan satu lagi kerusi Parlimen selepas wakil rakyat Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat dari parti atas masalah disiplin.
Sambil melihat tindakan Wee keluar parti sebagai yang terakhir membabitkan wakil rakyat, Fuziah berkata, nasihat ini diberikan kepada ahli akar umbi dan pemimpin semua peringkat.
“Saya yakin tindakan Wee keluar parti yang terakhir (membabitkan wakil rakyat).. jadi saya berikan tempoh (sebulan( ini,” katanya.
“Saya memberikan nasihat ini kerana jika mereka mempunyai sebarang rintihan dan rasa tidak puas hati, dan jika mereka benar-benar mencintai parti, saya lihat masih ada ruang untuk duduk berbincang dan menyelesaikan dan menguruskan konflik yang wujud,” kata beliau.
Ditanya sebab memberikan tempoh sebulan, Fuziah memberitahu, beliau merasakan tempoh sebulan ini memadai untuk mereka berfikir.
“Saya merasakan tempoh sebulan ini memadai (untuk membuat keputusan)... jika mereka benar-benar merasakan perjuangan parti ini menjadi keutamaan, mereka akan kekal bersama parti untuk menghadapi cabaran masa depan,” kata beliau sambil tidak menolak pihak lawan menggunakan situasi semasa untuk menyerang parti.
“Pihak lawan menggunakan ahli dan pemimpin (yang melahirkan rintihan) untuk menyerang parti. Sebagai pengarah pilihan raya, saya secara peribadi mahu mengakhiri serangan ke atas parti,” katanya.
Selain tindakan wakil rakyat keluar parti, PKR juga berhadapan dengan fenomena yang sama membabitkan pemimpin peringkat cawangan dan negeri yang keluar parti baru-baru ini khususnya ketika pilihan raya kecil.
Ia disaksikan secara bertali arus menjelang hari pengundian pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April lalu dan minggu lalu semasa berlangsungnya pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu.- MalaysianInsider
TVS
Share
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2010
(3200)
-
▼
Mei
(308)
- Skodeng wanita di tandas stesyen minyak
- Anwar Tidak Gentar, Cabar Wakil Rakyat Melompat Na...
- Kampung Melayu : Umno Buktikan Pengkhianatan
- Rakyat Malaysia antara diserang kapal perang Israel
- Liwat II: Saiful nafi plastik disumbat ke duburnya
- Kalau Tuhan Hendak BN Tumbang.. -Guan Eng
- Tumbang BN secara berstrategi
- Remaja ketagih seks: Cuma RM5 satu kepala
- Dok kalut Adun Orang Melompat,Last Adun depa yang ...
- Anwar nafi sengaja lambatkan pendedahan
- Dua kali mati
- Umngong kena terajangan maut?
- Banyak Sangat Masalah , Wakil Rakyat BUTA KE ??
- PROJEK TIDAK DIBAYAR KERANA KRITIK MENTERI?
- Jose Mourinho uji pasukan negara
- Dilema Judi Sukan : Umno Sokong, Gerakan Tolak
- Lawak Ahad: Anak haram punya cerita!!!
- Dakwa salah laku, PKR gesa Pengerusi SPR berhenti
- Kerajaan kini tiada duit, Najib gagal urus ekonomi
- Keputusan TM Liga Super 29/05/10
- Philip Morris Kecewa Kerajaan Tangguh Haram Jual R...
- Samy Vellu tak perlu tunggu 2012 letak jawatan, or...
- Selangor Mahu Dedahkan Nama ADUN, Ahli Parlimen BN...
- Remaja lari rumah dirogol kekasih
- Nasib Baik PAS Tolak Kerjasama Dengan Umno
- Kemaruk Suami Orang
- Anwar dedah 'wakil paling tadah' jadi jutawan
- Berani MIC Belasah UMNO
- Sanggup lari bogel jika Argentina juara: Maradona
- Gadis, kekasih enak ‘layan kepala’ dicekup
- 380,000 keluar Umno kerana sudah bosan
- Pantai maksiat
- Umno tak mungkin berubah Dulu, Kini dan Selamanya
- UMNO Menjerat Leher Sendiri ?
- Siasat Percubaan Rasuah Samy Vellu Oleh PM
- Bacalah Yasin...
- Khalid Cabar Ezam Bertanding Di Shah Alam PRU-13 N...
- Majlis tempatan S'gor haramkan pertaruhan sukan
- Janda tauke ketum ditahan
- Harga petrol mungkin dinaikkan 15 sen tahun ini
- Dua Suspek Kes Bunuh Nurin Dapat Ganti Rugi
- Pilihan raya sudah lama, SPR masih kabur istilah r...
- Pusat refleksologi tawar pakej berahi kena serbu
- Ezam buat tuduhan jahat
- Tanah KTMB: Najib jangan berlagak ‘serba tahu’
- Isteri, kekasih sama-sama hamil
- Tubuh suruhanjaya siasat 'pengkhianatan'
- MIC sudah jadi Lembu Tua dalam BN
- "Mana Awak Dengar Khabar Angin Ini..." - Leman
- Janda dicekup dalam keadaan berbogel di hotel murah
- Betulkah Selangor luluskan 10 lesen judi untuk I C...
- Rundingan Malaysia- SIngapura : Jangan Pisang Berb...
- Kerajaan Ahmad Akan Runtuh Sebagaimana Kerajaan Idris
- KEDAH: MB KENA BERUBAH, CONTOHI 2 ADUN ...
- ‘CAKAP BESAR’ BUKAN TIKET TUMBANGKAN BN
- Umno tau ka telus tu menatang apa?
- Godaan Cewek Gedik
- Pencari petai jumpa bom
- Keputusan TM Liga Super 25/05/10
- Minyak Dinaikkan RM2.00/Liter, Gula RM2.00/Kilo?
- Anwar: Tiada lagi lompat parti - setakat ini
- Gadis kemaruk seks
- Najib, Taib selepas episod malang di Sibu
- POLITIK KATAK, MONYET DAN KETAM AMAT MENARIK
- K'jaan Pakatan tidak lulus premis judi baru
- Pindah Stesen KTMB Ke Woodlands, Ulang Penukaran L...
- Ibu minta tubuh s'raya siasat kematian anak ditemb...
- Keputusan TM Liga Perdana 24/05/10
- Ritual “pembersihan diri” yang paling mengerikan d...
- Ingat senang-senang Umno nak biar hampa pancung te...
- NAPOLEON KECIL DATANG DARI MANA?
- Dua lelaki tonton aksi gadis dinodai
- Kedah utuh, ADUN Pakatan tolak dakwaan lompat
- Api dah padam..tapi asapnya masih ada...mana lagi ...
- Media Milik Umno-BN Sebarkan Pembohongan Lompat Parti
- Umno-BN Membisu Apabila Berdepan Isu Moral
- Lau Weng San Cabar Umno, PERKASA Umum Pendirian
- Samy Vellu Pecat 100,000 Ahli MIC Dalam 30 Tahun
- Ubat kuat ragut nyawa
- "You help me, I help you", SPRM siasat Najib
- Umno-BN Guna Hasil Judi Laksana Operasi Politik
- Penyokong Baju Merah balik kampung
- Raja Petra: Dakwa saya di mahkamah UK jika mahu
- Gay tak serik
- Kedah utuh, media dipersalah sebar penipuan
- Lesen judi ajar rakyat 'kencing berlari'
- Lawak Ahad: Diet
- Judi Bola: Umno mungkin dianggap tiada agama
- Judi: Demo dari kg Awang Adek sampai istana negara
- Keputusan TM Liga Super 22/05/10
- Malaysia 'pesat membangun' jika MP BN Mati
- Pakatan Rakyat Kedah Dedahkan Pembohongan Umno-BN ...
- Sidang Media Keluar Parti, Manikavasagam Ulangi Ke...
- Spa peraga gadis bercoli
- Umno BN hendak jadikan negara ini negara kafir?
- Lagi Gesaan Samy Vellu Letak Jawatan
- Najib dan Umno memang berani!
- Rombakan Kabinet : KJ Tidak Tersenarai ?
- Mesti Tonton...Tiada di TV
- “Laporan Sinar tidak betul. Mengelirukan.” - Nizar
-
▼
Mei
(308)
Saya amat setuju dengan notis itu. Cakap saja sudah tidak tahan dengan keadaan susah dapat kontrak, tidak dapat duduk dalam GLC, belum buat bungalow, hendak merasa pakai Mercedes, belum sampai ke Costa Rica, Hawaii dan Bugswood Hoetl diPerth dll.
BalasPadamDalam situasi sekarang kalau betul pun dalil manusia berubah parti selepas dipilih sebagai Wakil rakyat, saya tetap anggap dia hina dan bacul, tidak kira dari parti mana pun. Saya tidak akan duduk semeja dengan manusia ini.
Kalau menang atas parti A kemudian keluar masuk parti B, letak jawatan. Itu baru betul tahu apa perkataan MARUAH dan baru ada kelas. Kalau berdolak dalik dengan ayat ayat penyedap hati, boleh jalan dahhhh. Besarkan anak anak dengan duit tak bermaruah tu. Saya cadangkan lebih baik pi minum arak atau beli tiket judi bola haram...lagi ada kelas!!!!
Komen saya mengenai calun calun PKR. Carilah yang ada kelas sikit. Ini tidak, tukang urut kaki, jual kereta terpakai, bekas post master kaki kapor, jual sayur, pengarah syarikat 2 ringgit, askar wataniah pencen, kontrektor kelas F. Ada peguam pun, yang baru kenal mikerofon (cultural shock).
BalasPadamKena cari orang macam Syed Husin Ali atau Tengku Aziz tu, kalau tak dapat macam mereka, 50 peratus macam mereka pun boleh tahan. Rakyat pun naik muak dengan `dedalu politik kelas rendah' yang PKR jadikan calun. Janganlah `insult inteligent rakyat'.