Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Mei 16, 2010

Geng Ninja Sedang Diburu Polis


KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu Geng Ninja yang dipercayai didalangi lima lelaki dan dua wanita yang aktif menyamun di awal pagi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abdul Jalil Hassan berkata kumpulan berkenaan yang terbabit dalam enam kes samun di sekitar Ampang, dipercayai mula aktif sejak awal tahun ini.

"Berdasarkan maklumat dari mangsa, mereka akan menggunakan topeng dan baju berwarna hitam untuk menyamun mangsa ketika sedang tidur.

"Mereka akan memecah masuk, mengikat mangsa dan melarikan pelbagai barangan," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini semasa melawat anggota polis yang cedera dalam kemalangan tahun lalu.

Beliau berkata polis percaya dua dari tujuh orang anggota kumpulan itu adalah wanita berdasarkan cara berjalan dan percakapan mereka ketika sedang menyamun.

Jalil berkata polis masih mengesan identiti anggota kumpulan berkenaan yang gemar menyamun di kawasan perumahan golongan elit di sekitar Ampang.

Katanya dalam kejadian terbaru kelmarin, lima orang dari sebuah keluarga kerugian hampir RM7,000 setelah disamun ketika sedang tidur di rumah mereka di Dagang Avenue.

Anggota polis yang dilawati itu ialah Koperal Khalid Che Rus, 49 dari Balai Polis Ampang, yang baru sedar dari koma setelah terlibat dalam kemalangan pada 29 April tahun lepas.

Beliau sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menaiki motosikal apabila dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan.

Yang turut melawat Khalid di rumahnya ialah Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye.-BERNAMA

Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive