Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mei 12, 2010

Mayat lelaki ditemui dengan torehan di kemaluan

2010/05/11

IPOH: Polis menemui mayat seorang lelaki dengan kesan torehan di badan, dahi dan kemaluannya di sebuah hotel murah di Pekan Baru di sini tengah hari tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai B Thangaraja ditemui terbaring di atas lantai di dalam sebuah bilik di hotel itu dengan terdapat kesan percikan darah pada dinding bilik berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata mayat mangsa ditemui oleh pekerja hotel yang memasuki bilik itu untuk mengemas dan membersihkannya.

Mangsa sepatutnya mendaftar keluar dari hotel itu sebelum tengah hari ini.

"Sebaik bilik itu dibuka, pengadu menemui mangsa dalam keadaan terbaring termasuk melihat kesan darah pada dinding. Pengadu terus memaklumkan kejadian itu kepada pihak pengurusan hotel yang kemudiannya membuat laporan polis.

"Menurut maklumat awal yang diperolehi, mangsa yang bekerja sebagai pembekal barangan lusuh di Menglembu tidak pulang ke rumah sejak kelmarin dan keluarganya telah membuat laporan polis," katanya kepada pemberita.

Mohd Dzuraidi berkata, polis juga mengesyaki kes pembunuhan itu berlaku dipercayai bermotifkan dendam dan cemburu.
"Kita mengesyaki perbuatan ini dilakukan lebih daripada seorang suspek kerana selain dibunuh dan dipotong kemaluannya, polis turut mendapati kenderaan mangsa serta dompetnya turut dicuri," katanya.

Beliau berkata, Mangsa yang sudah berkahwin pernah memiliki rekod tangkapan polis.

Katanya, polis masih mengumpul maklumat kejadian termasuk melihat rakaman kamera litar tertutup yang dipasang di hotel berkenaan bagi mengenal pasti individu yang disyaki terbabit.

"Polis juga berusaha untuk mendapatkan keterangan lanjut termasuk daripada saksi kejadian dan keluarga mangsa," katanya. - Bernama /bh


Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive