Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Mei 13, 2010

Mesyuarat Cawangan Umno Dihadiri Tiga Ahli Sahaja


SHAH ALAM 12 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim Abdullah menyangkal dakwaan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kononnya anggota Pemuda PAS di Perak ingin meninggalkan parti itu dan menyertai Umno.
Beliau berkata rata-rata pemuda kebanyakkannya lebih mengetahui maklumat sebenar kerana mereka mempunyai pengetahuan dan sering mengikuti berita daripada blog dan laman sesawang sosial seperti 'facebook'.
"Setahu saya Pemuda Umno yang menunjuk minat dan cenderung menyertai Pakatan Rakyat.
"Jika mereka ini pergi ke masjid atau surau semata-mata untuk bersembahyang dan kebetulan ada pemimpin Umno, bukan bererti mereka mahu menyokong Umno.
Menurut Drs Idham Lim, Pemuda PAS mendapati Umno kini lemah dan tenat apabila perasmian serentak mesyuarat Umno cawangan seluruh negeri di Stadium Indera Mulia tidak mendapat sambutan.
"Maklumat ini kita dapat hasil tinjauan yang dibuat menunjukkan setiap cawangan Umno hanya menghantar tiga orang ahlinya sahaja.
"Ini kita boleh lihat semasa perasmian tersebut, keadaan stadium yang lenggang dan sepi," kata Drs Idham Lim..
Tambah beliau, tindakan Zambry memberikan peruntukan RM50,000 kepada setiap cawangan MCA menyebabkan Pemuda Umno merasakan mereka dipinggirkan oleh pemimpin mereka sendiri.
Laporan media hari ini memetik Zambry sebagai berkata anggota Pemuda PAS di Perak ingin meninggalkan parti itu dan menyertai Umno kerana menurutnya Pemuda PAS lebih banyak mengetahui tentang Umno dan membuat analisis tentang kehadiran ahli parti semasa perasmian serentak Umno cawangan seluruh negeri di Stadium Indera Mulia minggu lalu.

suara-keadilan


Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive