Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Mei 18, 2010

Penyelewengan Pasir Sejak Zaman BN

Monday, 17 May 2010
Oleh Noor Safinas

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam mengesahkan isu penyelewengan pasir di Selangor telah wujud sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional lagi di negeri itu.

Menurutnya, nama-nama pihak yang terlibat sudah pun didedahkan dan kini beliau hanya menunggu siasatan dijalankan terhadap isu itu.

"Pulangan yang diperolehi kerajaan daripada penjualan pasir berkurangan dan ini menimbulkan syak adakah wujudnya rasuah dan penyelewengan?

"Hasil jualan pasir sebenarnya akan memberi banyak manfaat kepada rakyat negeri Selangor terutamanya bagi golongan miskin," katanya.

Sebelum ini, Manikavasagam menerima satu ancaman bunuh berhubung penglibatannya dalam urusan pasir di negeri Selangor.

Nota ugutan bertulis "Jangan campur isu pasir. You mati" diikat pada beg yang mengandungi cat merah dan disimbah pada keretanya dan kereta isterinya.

Beliau turut mendakwa isu penyelewengan pasir melibatkan pegawai atasan sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap pengeluaran dan perniagaan pasir di Selangor.

Beliau yang dihubungi erapakatan berkata keluarganya masih berada dalam keadaan tertekan dan trauma mengenai kejadian ini.

"Selama 10 tahun berkecimpung dalam arena politik, saya belum pernah mendapat ugutan serius seperti ini.

“Saya sedikit terkejut kerana ianya tak ubah seperti angkara ‘along’,” katanya lagi.

Ditanya mengenai tindakan seterusnya, beliau memberitahu akan membiarkan keadaan tenang dahulu sebelum meneruskan usaha membongkar penyelewengan ini.

“Ugutan itu tidak mematahkan semangat saya untuk membongkar isu penyelewengan ini.

“Saya tidak mahu menuduh sesiapa tetapi saya percaya ini semua kerja dalaman golongan yang terlibat dan yakin ada sindiket tertentu yang mendalangi hal ini,” katanya sebelum mengakhiri perbualan.

erapakatan


Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive