Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mei 17, 2010

Wong Hargai Keberanian Rakyat Sibu Sahut Cabaran Perubahan



Ahli Parlimen Sibu yang baru, Wong Ho Leng mengisytiharkan kemenangan Pakatan Rakyat sebagai 'fajar kebangkitan rakyat Sarawak'.
Pengerusi DAP Negeri ini berkata dengan kemenangan Pakatan Rakyat, kini mana-mana parti politik tidak akan berani mengambil-mudah isu kemiskinan, rasuah dan perompakan harta rakyat Sarawak.
Pemerhati politik bersetuju kemenangan Pakatan Rakyat mengoyahkan cengkaman BN di Sarawak, dimana jumlah kerusi Parlimen yang besar di negeri ini menjadi penentu pembentukan Kerajaan Pusat dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti.
"Terima kasih Sibu. Terima kasih Malaysia. Selangkah memenangi Sibu, selangkah lagi kita menghampiri Putrajaya," kata Wong disambut tepukan gemuruh hadirin.
"Mulai hari ini, mana-mana orang tidak lagi akan berani mengambil kesempatan keatas kita, rakyat Sarawak," tegas beliau, dengan anggukan setuju pimpinan Pakatan Rakyat.
Calon BN, Robert Lau, pewaris kekayaan bapanya yang merupakan wakil rakyat sebelum ini, dijangka mengekalkan Sibu dengan majoriti sekitar 3,000 undi, namun tewas kepada Pakatan Rakyat.
Walau majoriti yang diperoleh nipis, namun keputusan menyaksikan BN kehilangan lebih banyak undi masyarakat Cina berbanding PRU 2008. Sokongan masyarakat Dayak kepada Pakatan Rakyat turut mencatatkan peningkatan.
Wong mengucapkan penghargaan kepada penyokong Pakatan Rakyat dan berkata kemenangannya turut dikongsi bersama pengundi Sibu yang peka dan sedar akan tanggungjawab mereka.
"Malam ini rakyat Sibu mencipta sejarah. Kemenangan ini bukan milik saya, tetapi kemenangan untuk semua pengundi Sibu yang sedar. Minggu lalu sahaja kita tidak akan percaya Pakatan Rakyat mampu menang, tetapi malam ini satu keajaiban berlaku, keajaiban yang kita jayakan bersama," kata Wong.
Namun begitu, Pakatan Rakyat memberi jaminan bahawa suara rakyat Sibu, walau apapun keanggotaan parti politik mereka, tidak akan diabaikan.
"Saya ingin mengucapkan setinggi terima kasih pada pengundi Sibu diatas keberanian mereka melakukan perubahan. Saya akan berkhidmat sebaik-mungkin kepada semua, samada mereka undi saya atau tidak. Saya mahu menjadi kawan kamu, dan kamu adalah kawan saya," tegas Wong.

tvs



Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive