Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Disember 26, 2016

ADA MACAI SOKONG JAMAL PASAI DAPAT BURGER FREE

Penduduk Sungai Besar malu ada pemimpin seperti Jamal



SUNGAI BESAR: Penduduk di Sungai Besar malu dengan sikap tidak matang ditunjukkan ketua Umno bahagian itu, Datuk Seri Jamal Yunos dengan mengadakan “protes tuala” dan mengeluarkan kenyataan seksis menyindir Datuk Siti Nurhaliza.

Penduduk tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Umi, 40, berkata tindakan Jamal bertuala ke pejabat kerajaan negeri Selangor bagi membantah gangguan bekalan air di Lembah Klang sejak Isnin lalu dan menyindir kesuburan Siti tidak sepatutnya berlaku.
“Kalau orang ada akal, dia tidak akan buat macam itu. Soal kesuburan itu satu ketentuan daripada Allah. Tidak ada zuriat, itu bukan kerja manusia.

“Jadi, tindakan Jamal itu tidak patut. Pada pandangan saya, ramai orang Sungai Besar ini marah dan malu ada pemimpin seperti Jamal,” katanya ketika ditemui FMT di pekan Sungai Besar hari ini.

Rabu lalu, Jamal berjalan ke bangunan setiausaha kerajaan Selangor dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan bekalan air besar-besaran sejak Isnin lalu di sekitar Lembah Klang, yang dikritik orang ramai.

Siti adalah antara mereka yang mengkritik “protes tuala” Jamal. Penyanyi popular itu memuat naik gambar Jamal muncul di pintu pagar utama Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan air ke Instagramnya.

Jamal kemudiannya membalas kritikan Siti dengan kenyataan seksis menyindir penyanyi itu masih belum menimang cahaya mata.

“Pesanan saya kepada Siti. Jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu, atau cari air lain,” tulis Jamal menerusi pesanan WhatsApp, semalam, yang dikecam orang ramai termasuk pengguna Facebook.

Umi berkata, Umno tidaklah teruk, sebaliknya tindakan sesetengah pemimpinnya yang merosakkan parti Melayu itu.

Katanya, beliau tidak menyokong Jamal, tetapi akan menyokong wakil rakyat Barisan Nasional di Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi pada pilihan raya umum akan datang.

“Budiman lebih baik daripada Jamal. Kita sokong Budiman sebab dia bagus dan membantu rakyat di sini. Tetapi Jamal tidak. Kita bukan melihat kepada parti itu tetapi sikap ditonjolkan pemimpin itu. Jika baik kita sokong, kalau tidak kita tidak sokong,” katanya.

Seorang lagi penduduk tempatan, Zakwan Arif, 22, mendakwa kebanyakan penyokong Jamal terdiri daripada remaja yang masih bersekolah kerana wang.

“Kebanyakan yang sokong Jamal ini budak yang belum habis sekolah. Apabila ditanya kenapa sokong, mereka jawab sebab duit.

“Memang betul, duit itu dapat menarik minat budak sekolah terutamanya, tetapi tidak baik libatkan mereka terutama dengan mengajak mereka terlibat dalam himpunan Baju Merah pada 19 November lalu.”

Beliau berkata, pemimpin setempat sepatutnya memikirkan cara memajukan belia di Sungai Besar melalui penganjuran aktiviti berfaedah.

“Zaman sekarang ini tidak seperti dulu. Masa dulu, kalau program parti kita ikut, sebab bagus. Sekarang tidak ada program seperti dulu.

“Misalnya dulu, kebanyakan program seperti sukan semua belia akan sertai, tidak kira parti. Namun, kini tidak ada lagi. Mereka lebih suka membawa belia ke himpunan jalanan,” dakwanya.

Ananthan Narayeanan, 69, bagaimanapun mempertahankan Jamal dengan berkata beliau tidak bersalah.

“Saya sudah 69 tahun duduk di sini dan penyokong BN. Saya rasa Jamal itu seorang pemimpin berani. Dia juga banyak beri bantuan kepada penduduk sini. Misalnya, sebelum ini beri burger percuma.

“Itu bukan duit kerajaan, itu (duit) dia. Pada pandangan saya, sikap dia itu kita tidak boleh kata salah. Itu sifat dia. Yang penting bantuan kepada rakyat sentiasa diberikan. Sikap dia itu kita tolak ke tepi,” katanya. -FMT




Ahad, Disember 25, 2016

LAWAK AHAD: LINA NAIK TEKSI UBER


_*HATI-HATI NAIK  UBER DI KUALA LUMPUR !!!*_

Kejadian ini terjadi hari Khamis mlm Jumaat lalu, demi melindungi mangsa kita sebut saja namanya Lina.

Sebab ada pekerjaan yg harus diselesaikan, mlm tu Lina bekerja sampai larut mlm di office di depan Masjid India...

Kira-kira jam 11 mlm, Lina memesan uber utk menghantarnya pulang ke rumah sewanya.

_“Stadium Merdeka ya bang?”_ ujar Lina

Pemandu uber itu hanya menggangguk & langsung menjalankan uber

Selama perjalanan tdk terjadi percakapan antara Lina & pemandu uber

Mungkin Lina merasa letih karena bekerja sampai larut mlm

Pemandu uber juga tdk berniat utk berkomunikasi.

Sekitar 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba2 Lina ingat kalau ia tdk bawa cukup duit buat bayar tambang

Di dompetnya cuma ada sekitar 8 ringgit saja & Lina cemas takut x cukup

Lina lalu menepuk belakang pemandu uber dgn maksud berhenti dulu di kawasan Lebuh Ampang utk mengeluarkan duit di ATM

Tapi setelah blkg nya di tepuk tiba2 pemandu uber itu secara melulu & memutarkan stering ke kanan ke kiri sambil berteriak histeria...

Sampai akhirnya uber itu melanggar pembahagi jalan & pokok mangga..

Untung Lina & pemandu uber tdk mengalami luka parah.

Pemandu uber itu kemudian menoleh & bercakap dgn Lina :

_“Maaf saudari... saudari  x apa-apa kan? Saudari tepuk blkg saya tadi... terkejut saya setengah mati !!”_

_“Laaa, tepuk blkg bahu pun x blh?!”_ jwb Lina heran

_“masalahnya ini hari pertama sy jadi pemandu uber.”_

_“Sebelum ni kerja apa Cikkk ?_” tanya Lina turut terkejut.

_"Saya kerja 20 tahun  jadi pemandu Van jenazah”_ jawabnya...

_"Tu la terkejut sgt saya tu..._



LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL 
ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!

Jumaat, Oktober 07, 2016

13 CAWANGAN BANK PUN TEWAS OOO

KES RASUAH RM117 JUTA, SIMPAN CASH 52 JUTA KAT RUMAH 😡

Mesti anda tak tahu kan? Jumlah cash yg dijumpai di rumah si perasuah durjana tersebut adalah bersamaan 13 buah cawangan bank? Ya, on average, sebuah branch bank ada dalam 2-4 juta sahaja atau mungkin kurang dari itu. Rumah dia dah mengalahkan bank. 😈 (based on pengalaman saya jaga branch bank sebelum ni)
.
Siang malam kita semua rakyat marhaen bekerja. One way or another, semua orang kena cukai. GST semua kena. Duti hiburan, road tax, import duty etc. Dulu income yg layak saja kena income tax. Now everyone kena tax! 😤 Income kerajaan akan meningkat, tapi kalau duit sikit pun diseleweng begini, duit banyak nanti makin teruk lah jadinya. 😡
.
Bila keluar berita camni, its heart breaking for the rakyat kan? 😔 Kita menyumbang kepada kerajaan tapi begini jadinya. Memanglah bukan semua orang kerajaan macam tu, masalahnya ini yang kantoi. Yang masih bebas di luar sana tu tentu lagi ramai yg buat kerja terkutuk macam ni. 😤
.
Kronisme, projek pass kat adik beradik, pakai proxy, rasuah terima cash (supaya tak boleh trace). Apa bodoh sangat auditor kerajaan tak boleh hidu benda ni selama bertahun-tahun? Harap organisasi luar jabatan (SPRM) jugak yang tangkap. 😡
.
Bab-bab tender kerajaan ni bukan saya tak tau semua wayang jer. 1 individu buka 5 syarikat. Bila submit tender, buat harga lain-lain supaya nampak macam ramai orang submit proposal padahal orangnya sama. Baru nak submit tender, kerani bilis dah mintak percent. Macam mana kerajaan boleh kata Malaysia ni index rasuah rendah? Tak paham aku 😓
.
Tak sedarkah semua tu DUIT HARAM?! Bagi anak-anak & pasangan makan sumber haram. Tak rasa bersalah ke? Buatlah jahat macam mana pun. Dunia mungkin boleh lepas. Akhirat tak lepas boss. Kalau semua orang bertanggungjawab buat kerja benda ni tak jadi. Masalahnya sekarang ada yg tak buat kerja! 👊🏻
.
1MDB (1 Malaysia DiBodohkan) & derma RM2.6 billion tu lagi lah tak yah citer. Anda makan duit haram hasil penganiayaan pihak lain, hidup anda takkan tenang. Kaya kejap je tu. Duit tak berkat memang cepat habis dan takkan pernah cukup. Betul? 😡
.
Manusia tak nampak, tapi TUHAN NAMPAK WOI! What you give, you get back! Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tersungkur ke tanah juga.
.
Kita ni kalau boleh nak hidup lama (selagi Tuhan izinkan). Jangan lupa kalau kita buat taik, mak ayah, isteri, suami, anak-anak, cucu, cicit, kawan-kawan semua terpalit sama sampai bila-bila. Ingatlah, hidup ni sementara je boss. Kat "SANA" tu destinasi kita semua akhirnya. Biarlah pengakhiran kita ni semua baik-baik. Mati ni anytime boleh datang. Jangan lupa tuh...
.
Silakan SHARE jika setuju. 👍🏻
.
Bersama membenci & membanteras rasuah tak kira pihak swasta mahupun awam. 💪🏻
.
.
KHALID HAMID @ ABANG LID
www.kayamuda.com
www.forexsebenar.com
.
P/S - Baru 5 hari lepas bayar income tax lebih RM10k. Hujung bulan ni syarikat saya kena bayar GST almost RM25k. Baca kes rasuah ni ingat nak suruh LHDN amik duit dari situ lah. Boleh tak? Dapat kat gomen balik juga kan? 🤔


Khamis, Oktober 06, 2016

JAMAL TUNJUK HERO DALAM JAMBAN

Jamal campak surat saman BERSIH ke lubang tandas

Berang dengan tuntutan undang-undang BERSIH 2.0 agar dirinya memohon maaf dalam tempoh 48 jam atau berdepan saman, Datuk Seri Jamal Md Yunos bertindak mencampakkan surat tuntutan tersebut ke dalam lubang tandas.

Ini kerana Ketua Bahagian Umno Sungai Besar itu menyifatkan surat saman daripada Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah sebagai 'najis'.

"Saya anggap saman itu najis," tegas Jamal.

Terdahulu Jamal memanggil sidang media di bangunan Umno Selangor di Shah Alam sekitar jam 4.45 petang.

Bagaimanapun setibanya Jamal di bangunan itu, beliau membawa sekumpulan media yang hadir ke salah satu tandas lelaki.

Setibanya di situ, Jamal memulakan sidang medianya serta bertindak mengoyak surat tuntutan saman Maria dan mencampakkannya ke dalam lubang tandas berkenaan.

Maria semalam meminta Jamal memohon maaf kepadanya dalam tempoh 48 jam atau berdepan saman.

Ini susulan kenyataan Jamal dalam satu sidang media hujung bulan lalu yang medakwa badan reformasi pilihan raya itu diserapi kumpulan militan IS dan merancang untuk mengepung lapangan terbang KLIA1, KLIA2 dan Putrajaya.

Mengulas lanjut, Jamal berkata, beliau tidak akan sesekali memohon maaf kepada BERSIH malah berjanji akan bertindak lebih agresif lagi selepas ini.

"Bukan setakat minta maaf tapi saya anggap tuntutan beliau itu ibarat najis.

"Apa jua tuntutan tindakan provokasi yang mereka lakukan kami kumpulan baju merah yang memperjuangkan demokrasi akan terus tentang mereka. Di mana mereka turun kami tetap akan ada. Kami akan tentang.

"Mungkin kaedah dan caranya akan lebih agresif dari apa yang berlaku minggu lepas. Saya juga nak ingatkan peserta himpunan baju kuning supaya hormat undang-undang," tegas Jamal.

Selain itu, ditanya tentang penafian Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang berkata beliau tidak mengenalinya, ini jawab Jamal:

"Dia ni memang pemfitnah, dalam kenyataan-kenyataan beliau pun kita tahu apa dia kata," kata Jamal.

Tambah Jamal, beliau tetap akan mempertahankan apa yang dinyatakan beliau sebelum ini kerana mendakwa ia dari sumber sahih.

"Saya juga tetap pertahankan maklumat yang saya dapat dari sumber-sumber yang sahih itu adalah sumber benar yg saya dah serah pada polis. Biar polis jalankan siasatan. Saya yakin apa saya dapat adalah benar dan sumber-sumber itu juga sumber dalaman mereka sendiri," kata Jamal.

MK

Rabu, Oktober 05, 2016

KES SAMAN FITNAH: UTUSAN NYATAKAN KESAL KEPADA ANWAR



Saman fitnah RM100 juta Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Utusan Melayu hari ini diselesaikan secara baik selepas syarikat akhbar milik Umno itu membaca kenyataan kesalnya.

Ia berhubung laporan yang mengaitkan bekas ketua pembangkang itu dengan isu pencerobohan oleh sekumpulan lelaki asing bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada Mac, 2013.

Sehubungan itu, kenyataan kesal itu perlu diterbitkan di muka surat dua atau tiga akhbar Utusan Malaysia dalam masa dua minggu dari tarikh hari ini.

Penyelesaian itu direkodkan oleh Hakim Datuk Noraini Abdul Rahman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Anwar diwakili oleh peguam Datuk S Ambiga manakala Utusan oleh Wan Aziz Wan Majid.

Pada 8 Mac 2013, selain menamakan Utusan dan Abdul Aziz sebagai defendan pertama dan kedua, Anwar selaku plaintif turut menamakan TV3; Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen dan Radio Media Prima Bhd, Datuk Shaharudin Abd Latif dan Pengarang Berita Buletin Utama, Ing Boon Seng sebagai defendan ketiga hingga kelima.

Dalam kenyataan tuntutannya, Anwar menyatakan Utusan Malaysia bertarikh 2 Mac 2013 di muka hadapannya menyiarkan artikel bertajuk 'Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?' dan di muka surat sembilan pula bertajuk 'Tiga kumpulan jadi dalang'.

Menurut tuntutan itu, defendan ketiga hingga kelima antara jam 8 dan 9 malam hari yang sama menerusi Buletin Utama, TV3 menyiarkan berita mengenai pencerobohan di Lahad Datu.

Beliau mendakwa berita di rangkaian televisyen swasta itu adalah berdasarkan laporan berita yang dikeluarkan oleh defendan pertama dan kedua.
Sehubungan itu, Utusan dan Abdul Aziz akan membayar RM50,000 kepada Anwar bagi menyelesaikan saman fitnah berkenaan.

Bagaimanapun bagi TV3 pula, Ambiga memberitahu saluran televisyen swasta itu akan melalui perbicaraan lain bagi menyelesaikan kes saman berkenaan.

"TV3 akan ada trial lain. Mereka tidak keluar kenyataan kesal," katanya.


MK



Jumaat, September 30, 2016

LIVE KEDAH VS PDRM 29/9/16 (PIALA MALAYSIA 2016)

















Khamis, Ogos 18, 2016

KONTROVERSI MO1 SEMAKIN BERBELIT

Anggota parlimen Langkawi menjelaskan status kontroversinya mengenai Yang di-Pertuan Agong di media sosial tiada kena mengena dengan saman Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat (AS).

Datuk Nawawi Ahmad malah berkata, beliau tidak langsung menyebut perkataan Malaysia Official 1 yang digunakan 36 kali dalam saman DOJ untuk merampas aset berkaitan 1MDB itu.

"Ada dua perkara yang berbeza dalam hal ini, DOJ sebut MO1 ialah Malaysian Official One, manakala saya pula menyebut Malaysia Official Number One," beliau dipetik sebagai berkata oleh Berita Harian.

Semalam dalam tulisan di Facebooknya, Nawawi menulis bahawa berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab terhadap kerajaan.

Namun, selepas empat jam, tulisan di Facebook itu disunting dengan berkata, mengikut perlembagaan MO1 bukan Najib beliau mungkin MO2, MO3 atau MO4.

Sidang DUN Kedah semalam panas apabila bekas menteri besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir menuntut Nawawi memohon maaf kepada Agong berhubung kenyataan itu.

Seri Paduka Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah juga merupakan sultan Kedah.

Dalam laporan akhbar harian itu, Nawawi berkata sebagai rakyat Malaysia, tidak menjadi kesalahan serta menjadi hak peribadinya untuk membuat definisi sesuatu perkara berdasarkan perlembagaan.

"Saya berpendirian tidak salah bagi saya mendefinisikan perkara yang tidak ada kena mengena dengan hal DOJ dan 1MDB seperti yang cuba dikaitkan oleh kumpulan ADUN (pembangkang) berkenaan,” katanya.

malaysiakini

Selasa, Ogos 09, 2016

VIDEO SEKS AHLI POLITIK DI TERENGGANU MUNCUL KEMBALI

KUALA TERENGGANU: Gambar dan video seks yang didakwa melibatkan seorang ahli politik kanan kini muncul semula.

Isu ini dikatakan sudah lama berlaku iaitu sekitar tahun 2009 dan telah dikitar semula serta tersebar di media sosial untuk memfitnah ahli politik berkenaan.

Ahli politik itu dikatakan memberi projek balak kepada beberapa wanita dan menerima layanan seksual sebagai balasan.

Sumber daripada ahli politik yang rapat dengan pihak yang dituduh serta 'mangsa' itu berkata, keseluruhan isu berkenaan adalah bertujuan untuk memfitnah.

"Saya kenal kedua-dua mereka dengan baik dan apa yang saya boleh katakan ini adalah cerita lama yang digunakan untuk mengugut ahli politik tersebut bagi mendapatkan tender serta wang.

"Wanita ini mempunyai masalah dan sentiasa cuba untuk menjadi mangsa kepada orang kaya termasuk ahli politik untuk memeras ugut wang," kata satu sumber kepada The Star.

Adalah dipercayai bahawa video seks dan gambar-gambar mengenainya mula disebarkan oleh blog Malaysia Respons.

Artikel itu juga menyebut bahawa ahli politik berkenaan terlibat dalam pelbagai skandal.

Cubaan menghubungi ahli politik yang didakwa melalui telefon dan aplikasi Whatsapp tidak dijawab.

MSTAR

Ahad, Ogos 07, 2016

LAWAK AHAD: KETUM


Seorang guru membuat ujikaji mengenai bahayanya ketum jika diminum..

" Murid-murid mari kita lihat apa jadi pada cacing sekiranya diletak kan kedalam air sejuk dan air ketum"..

Maka seekor cacing diletak dalam air sejuk, nyata cacing masih mampu hidup

Seekor lagi cacing diletak kan kedalam air rebusan ketum, lantas cacing itu mati dgn cepat skali..

Cikgu bertanya kepada murid murid..

" Jadi murid-murid air manakah yang akan kamu minum setelah melihat ujikaji ini? "

Murid2 pon menjawab..

" Kami akan minum ketum cikgu sebab cacing dalam perut akan mati "




Rabu, Ogos 03, 2016

PROJEK KETUM BERSKALA BESAQ

AADK tunggu keputusan k'jaan cadangan tanam daun ketum

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan menunggu keputusan kerajaan berhubung cadangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bagi melaksanakan projek penanaman daun ketum secara berskala besar.

Pemangku Ketua Pengarahnya, Datuk Azizan Ariffin berkata cadangan berkenaan masih di peringkat awal dan ia perlu mengambil kira pelbagai aspek terutama impaknya dalam usaha pencegahan penyalahgunaan dadah melibatkan daun ketum dalam kalangan anak muda dan pelajar sekolah di beberapa negeri di utara tanah air.

"Kita tunggu dahulu keputusan selepas pertemuan kerajaan dengan RISDA yang djangka diadakan bagi mengemukakan cadangan berkenaan. Lagipun tiada kajian saintifik yang menyatakan air ketum boleh dijadikan ubat tradisional.

"Kita juga telah menggunakan dadah sedia ada antaranya heroin dalam bidang perubatan dan penggunaan daun ketum setakat ini tidak perlu," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Melaka semalam.

Turut hadir Pengarah (Pencegahan) AADK Abdul Rahman Hamid dan Pengarah AADK Melaka Mohamad Yusof Kameh.

RISDA sebelum ini dilaporkan bercadang ingin mendapatkan kebenaran kerajaan untuk melaksanakan projek penanaman daun ketum secara berskala besar bagi memenuhi industri farmaseutikal dari negara luar.

Mengulas lanjut, Azizan berkata terdapat kes kanak-kanak sekolah dikesan terlibat dalam pengambilan air ketum seawal umur tujuh tahun dan membawanya ke sekolah terutama di Kedah dan Perlis.

Beliau berkata cadangan RISDA untuk mengusahakannya secara komersial dilihat akan menyebabkan bekalan daun ketum mudah didapati dan tidak mustahil ia menjadi budaya dalam kalangan generasi muda.

"Kerajaan akan menanggung kerugian yang sangat tinggi bagi membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah sekiranya cadangan itu diluluskan selain usaha membanteras dadah terbantut," katanya.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya sedang berusaha melakukan penambahbaikan pindaan Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya 1952 yang turut memperuntukkan penyenaraian daun ketum sebagai dadah berbahaya.

"Kita telah cuba bawa isu ketum ini di peringkat Parlimen tetapi masih gagal namun usaha ini akan terus dilakukan sehingga daun ketum disenaraikan sebagai dadah berbahaya," katanya.

- Bernama


Rabu, Julai 27, 2016

BERSIH 5.0 PULAK DAH





Polis larang demonstrasi Bersih 5.0 desak PM letak jawatan


KUALA LUMPUR: Polis tidak akan membenarkan sebarang penganjuran perhimpunan jalanan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur susulan saman sivil berkaitan 1MDB di Amerika Syarikat.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan perkara itu dan berkata negara ini mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi.
“Jika mereka (Bersih 5.0) merancang untuk pergi ke jalanan desak perdana menteri letak jawatan, itu tidak betul.

“Kita tidak benarkan kerana ada cara lain untuk meminta perdana menteri berundur mengikut undang-undang,” katanya pada sidang media di Pulapol hari ini.
Khalid bagaimanapun berkata, mana-mana pihak termasuk Bersih 5.0 berhak untuk mengadakan perhimpunan kerana undang-undang membenarkan mereka berbuat demikian asalkan tidak bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman.
“Akta Perhimpunan Aman membenarkan perhimpunan diadakan tetapi hendaklah mengikut undang-undang itu. Jika perhimpunan dibuat tidak mengikut peruntukan kita tidak akan benarkan,” katanya.
Terdahulu, Pengerusi badan reformasi pilihan raya Bersih Maria Chin Abdullah mengesahkan satu perhimpunan sedang dirancang susulan perkembangan terbaru dengan saman sivil berkaitan 1MDB di Amerika Syarikat serta tindakan Jabatan Keadilan (DoJ) AS yang mahu merampas aset dibeli dengan dana didakwa dipesongkan daripada 1MDB.
Katanya, sekarang masa yang tepat untuk satu lagi perhimpunan diadakan, tetapi ia masih di peringkat perbincangan.

FMT

Selasa, Julai 19, 2016

KERAJAAN KELATE BAKAL TERKUBUR



Kerajaan PAS Kelantan Bakal Terkubur - Mahfuz

Kerajaan Pas Kelantan bakal terkubur sekiranya parti Islam itu memilih untuk bersendirian pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU).

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, ini memandangkan parti itu tidak menyertai mana-mana pakatan atau gabungan ketika ini.

Justeru, Pas perlu membuat keputusan samada mahu bersama gabungan pembangkang terdiri daripada Pakatan Harapan (PH) ketika ini atau bersama Barisan Nasional (BN) bagi memastikan mereka kekal memerintah Kelantan.

"PAS tidak ada pilihan untuk hadapi pilihan raya akan datang sama ada dengan Pakatan Harapan atau pakatan baharu yang bakal diwujudkan atau juga BN.

"Kalau Pas memilih untuk terus bersendirian, saya sangat sayang bimbang Kelantan akan terlepas kepada BN.

"Kalau dia bersendirian, mereka mengambil pendekatan bertanding tiga penjuru. "Ini bermakna Pas bakal kehilangan Kelantan," katanya yang mengulas mengenai tindakan Tun Dr Mahathir Mohamed ingin menubuh parti baharu dan juga satu pakatan di kalangan PH dan parti pembangkang lain baru-baru ini.

Mahfuz yang juga, bekas Naib Presiden Pas berkata, pandangan itu dibuat berdasarkan analisa politik negara ketika ini.

"Dalam pilihan raya kita ada analisa. Sebab itu Pas tidak sertai semua kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak kerana perkiraan mereka cukup tipis untuk menang.

"Jadi saya buat analisa Kelantan tidak akan dapat diselamatkan pada PRU14," katanya.

Pada masa sama, Mahfuz menegaskan masih setia bersama parti dan tidak akan meningalkan Pas. - MalaysiaGazette




LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!

Jumaat, Julai 08, 2016

MB NAMA MAT BASAH TAPI AYAQ TAKDAK



Salam Pak Long Bashah...cek tau pak long sakit, tapi orang kampung macam cek ni lagi sakit. Pak long sakit buleh pi hospital mahai-mahai, pakar-pakar hebat semua kelilin pak long. Tak sampai 20 hari pak long lega dahh... orang kampung cek lagi sakit, sakit jenih ni masa raya2 ni memang takdak ubat laa pak long oii.
Cek bukan tak kesian kat orang sakit, tapi dah pak long makan gaji jadi ketua kerajaan, pak long kena selesai la masalah yang bawa penyakit kat orang kampung macam cek ni.
Lama dah cek simpan ja geram kat pak long dan orang2 pak long. Cek sakit hati, sakit jiwa, sakit mata, sakit ni semua pasai ayaq tak dak. Paip ada, meta ada, kepala paip ada, tapi ayaq tak dak. Pak Long kan Pengerusi Sada, Pak Long dapat elaun mesyuarat dan elaun pengerusi Sada tiap-tiap tahun. Hujung tahun dan masa raya Pak Long dapat bonus dan duit raya. Pak Long dapat elaun melancong lagi puluh-puluh ribu daripada Sada. Tapi ayaq dok takdak situ laa jugak.
Masa PAS jadi kerajaan dulu, depa tubuh Sada tahun 2010, atas kehendak kerajaan pusat. Semua negeri kena uruskan bekalan ayaq secara korporat.  Depa buat Akta Industri Bekalan Ayaq (WSIA) 2006, untuk susun semula hutang-hutang bekalan ayaq negeri2 kat kerajaan pusat. Kedah kita ada RM1.9 bilion utang ayaq, semua tu orang Pak Long jugak yang buat. Pak Long tau ka dak? Pak long jangan kata tu utang zaman dulu, tak dak kaitan dengan Pak long pulak. Depa dengan Pak long  sama-sama UMNO sama-sama BN jugak. Tok Muhkriz yang pak long perebah tu pun sama UMNO dan sama BN jugak dengan Pak long.
Bila tubuh SADA, banyak tempat tak dapat ayaq masa zaman JBA, dah dapat ayaq. Elok jugak la depa atoq bagi ayaq sampai kat orang ramai. Tempat takdak ayaq langsung depa  ina rumah pam, tangki dan pasang paip baru. Harga naik sekupang pun Pak long atoq orang buat demontrasi merata, suruh orang marah kat PAS dan Ustaz Azizan. Padahal, warta menaikkan harga ayaq tu kementerian pusat yang buat, bukan kerajaan Ustaz Azizan buat. Kerajaan pusat pun UMNO/BN serupa Pak Long jugak. Pak long ingat ka dak lagi.
Harga kena naik pasai nak bagi Sada untung dan buleh bayaq utang RM1.9 bilion tu kat Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB)- kementerian kewangan punya agensi. Kalau Sada tak untung dan tak buleh tunjuk kata dia buleh bayaq utang, SPAN buleh ambik alih terus Sada. Hilang laa satu kuasa negeri bab ayaq kalau SPAN ambik alih Sada. Pak Long tau ka dak ni?
Sejak mula sampai Pilihanraya 2013, Sada untung dan mula taruh duit untuk bayaq utang. Lebih pada tu, Sada buleh bina menara dia sendiri di Aloq Setaq. Kerajaan Ustaz Azizan tak minta duit daripada Sada. Orang-orang Sada semangat buat kerja, depa nampak kerajaan bersih, telus, tak boroih. Ada untung lebih sikit, depa dapat bonus.
Depa kerja pacak kepala sebab depa seronok dengan ketelusan kerajaan depa. Depa sama-sama telus dan kerja sama pulun dengan kerajaan. Mana yang kerja tak betoi zaman JBA, kena berenti, kena buang, tinggai orang baguih saja urus hal ayaq. Faktor kemanusiaan ni sama pentingnya dengan pekakaih paip, loji, enjin dan mesin. Kalau pekakaih semua elok, penguruih haprak, pun tarak guna jugak. Kalau paip tak tukaq pun, penguruih yang cekap dan buat kerja betoi, ayaq boleh sampai rumah orang. Pak long caya ka dak bab ni?
Bila Pak long mula taboq janji kat orang kampung BN MENANG RAKYAT KEDAH SENANG, Pak long mula hasut orang buat demo dan meracun orang ramai pasai ayaq, pasai projek pembangunan, pasai peruntukan senang dapat dari pusat pasai sama-sama UMNO/BN, depa pakat percaya dan sokong Pak long, walaupun Dato' Mukhriz yang jadi MB bila parti Pak long menang.
Pak long dan orang-orang parti Pak long mula nampak duit sada dok himpun nak bayaq utang. Pak long dan orang pak long mula kelabu mata. Suruh sada taja program2 besaq berjuta-juta. Suruh taja bola pun juta-juta. Minta macam-macam daripada syarikat yang baru nak menyawa. Pak Long jangan ingat orang taktau nii, staf sada yang pulun pacak kepala pun tau semua ni.
Orang parti pak long mula menyerama. Ambik tanah Sada pi buat projek  perumahan. Atoq projek besaq-besaq dalam sada bagi kawan depa yang jadi kontraktor buat, buleh dapat duit mudah pasai projek sada tak dak nilai seringgit dua. Semua juta-juta.
Hat Pak long lepaih urusan rawatan ayaq di loji kat Vincent Tan zaman dulu-dulu pun ratuih juta setahun. Hat Pak Long bagi taliwork di Langkawi pun kena bayaq tambah kat depa RM27-35 juta setahun. Tahun akhir esok ni kena tambah sampai RM70 juta kat Taliwork.  Pak Long jangan kata ni semua tak dak sangkut paut dengan pak long pulak. Masa tu pak long dah jadi Adun dan exco kerajaan daripada UMNO. Pak Long dengan Man Arop, Syed Razak, Tok Det sama-sama UMNO dan sama-sama BN.
Kerajaan parti Pak long dapat ketua lemah sana sini, MB sama exco pun sama. Nak cakap pasai industri ayaq tak reti, nak yakinkan orang pusat untuk dapat geran bekalan ayaq tak pandai. Setakat reti tulih dengan baca saja.
Pak Long tau ka, zaman Ustaz Azizan, Kedah dapat geran untuk projek bekalan ayaq lebih RM300 juta. Sada seronok kerja, paip dan loji buleh diganti dan dinaiktaraf, pam dan mesin buleh beli baru. Zaman Pak Long jadi kerajaan, 3 tahun pertama hanya dapat geran RM30 juta saja. Tu pun zaman Mukhriz yang Dato' perebah hari tu.
Zaman Pak lang ni, tak dapat sekepiang lagi pun. Pasai pa? Pasai orang tak yakin duit geran tu akan jadi paip dan jadi loji, mungkin akan lesap macam dulu-dulu juga. Utang RM1.9 bilion, tapi status pekakaih bekalan ayaq dok 40 tahun di belakang keperluan negeri.
Pak long kena sedaq, bila ketua tak telus, tak bersih, tak cekap, mula menyerama, boroih, tak tunjuk teladan baik, pekerja pun terikut. Kerja pacak kepala pun nanti duit taktau nak jadi apa, baik tak baik orang akan sapu. Semangat jatuh,  kesungguhan bekerja tak dak.Sebab tu bekalan ayaq koi terok. Kalau Pak long berutang bilion-bilion pun kalau tak tunjuk teladan bersih, Pak long dan manusia dalam parti dan kerajaan pakong tak berubah, nasib rakyat tak akan berubah. Paip ayaq akan keluaq angin jugak. 
Sada kena untung untuk elak SPAN ambik alih sebagai operator ayaq. Kalau nak untung, depa  kena kawal belanja kos operasi, kena tambah kos modai, kena tambah akaun pelanggan baru. Kena tambah jumlah akaun industri dan perniagaan yang kadar tarif lebih tinggi daripada kadar domestik.
Sada kena maksimakan untung sedia ada, kena jauhi perompak terhormat, kena dapat penunjuk arah yang bijak pandai. Kalau orang tak pandai dan ada kepentingan diri nak ambik duit dalam poket sada atas alasan-alasan politik, sada akan rugi. Semangat kerja kakitangan buleh junam, duit dok simpan akan habih, pusat tak bantu bagi geran pasai tak pandai mintak, sampai bila pun ayaq di kampung cek takkan ada. Tinggai paip dengan meta saja.
Palabur baru tak masuk, industri tak berkembang,  bisnes baru tak buka, bisnes sedia ada lembab, jadi sebab bisnes sada pun tak meningkat. Untung pun tak bertambah, koi lama akan jadi rugi.
Pak long kata pak long hebat, orang sebelum Pak long tak reti apa, tak buat apa. Cek nampak Pak long pun tak dak beza apa dengan depa. Sama-sama UMNO sama-sama BN jugak. Exco-exco Pak Long pun ora g tu la jugak...mentekedarah saja pandai, kerja haprak.
Cek dok tengah marah lagi nii...Nak masak, basuh, mandi tengah adik beradik balik ramai ni jadi payah. Raya tahun ni macam raya di Afrika, anak-anak orang kampung cek bau hangit walaupun pakai baju baru. Pak long jangan lepaih tangan tala semua masalah kat Sada, Pak long jugak yang kata BN Menang rakyat senang. Mana dia? Senang apa macam ni? Dok nampak adun-adun dan exco Pak long saja koi kaya koi mewah, orang kampug cek dok koi susah. Mana dia janji Pak long? Nak kami pi mandi di rumah Pakong ka?

Isnin, Mei 16, 2016

LAWAK HARI GURU



*Kisah kentut ketika mesyuarat guru.*

Tiba2, terdengar bunyi *"phooooott"* disusuli aroma yang kurang enak. Lalu masing2 memberikan komen:

Guru Maths: Hmmm ... Sesuatu yang tidak boleh didarab namun baunya boleh dibahagi2.

Guru Muzik: Wahh ... Bunyi nadanya terletak pada chord c major.

Guru Fizik: Itu lah sebenarnya inner power, tenaga yg digunakan sedikit sahaja, namun hasilnya luar biasa.

Guru Biologi: Begitulah cara makhluk hidup
meneruskan kehidupannya.

Guru Agama: Ini la antara penyebab batalnya wuduk.

Guru Geografi: Kedudukannya mengikut arah mata
angin.

Guru Kaunseling: Perilaku ini tak selari dengan perilaku manusia yang bertamadun.

Guru Sastera: Perkataannya boleh diuntai atau ditulis, namun aromanya nan satu manakan dapat diungkapkan dengan kata2.

Guru Bahasa: Bau dan bunyinya ibarat subjek melengkapi predikat yang membentuk ayat penyata tetapi lebih menjadi ayat tanya.

Guru Sejarah: Antara penyebab berlakunya
perang mulut.

*Pengetua* : *Sememangnya saya yang kentut. Besar sgt ke masalahnya?*


Untuk sekalian.
*_"Selamat Hari Guru buat sume yg bergelar guru,ustaz n ustazah dlm group ning.."_*

16 Mei 2016


Khamis, Mac 03, 2016

MB KEDAH KENA BOO


Jangan pening..


Kata orang, buat baik dibalas baik, perbuatan jahat akan dibalas dengan jahat. Mungkin itu yang terjadi pada Dato Seri Ahmad Bashah semalam. Setelah beliau menjawat jawatan sebagai MB Kedah dan ini kali pertama beliau pergi ke Stadium, dan beliau di BOO lebih 17 ribu penyokong Kedah di Stadium Darulaman.



Sambutan peminat dan penyokong bola diantara MB lama Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir dengan MB rampasan kuasa Ahmad Bashah, amatlah berbeza. Jika dulu MB lama (MB Kedah yang sah) disambut dengan sorak dan tepukan, MB baru (MB rampasan kuasa) diboo oleh penyokong Kedah di Stadium.



Bukan sekali atau dua kali, tapi setiap kali nama Ahmad Bashah disebut. penyokong Kedah akan menghadiahkan BOOO. Paling teruk pada minit ke 2.13 hingga 2.31, boleh lihat pada video dibawah.










Selesai perlawanan, penyokong Kedah tunggu di depan Astaka Utama dan menghadiahkan BOOO.. buat kali terakhir pada Ahmad Bashah. Kena lagi?







Pertama kali dalam sejarah MB Kedah diperlakukan demikian. Maluu maluu.. Rakyat dah bijak menilai, berani buat, berani tanggunglah. Jangan ingat rakyat Kedah lupa perbuatan yang telah anda lakukan.

Isnin, Februari 22, 2016

SUDAHKAH KAMU SIASAT NAJIB?


Zaid soal IGP: Sudahkah kamu siasat Najib?

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim mahu penjelasan daripada polis sama ada mereka telah menyiasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan pelbagai skandal.

"Pertama, saya berharap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjadi anggota polis yang profesional.

"Beliau sepatutnya memberitahu kita sama ada pihaknya telah menjalankan sebarang siasatan berhubung laporan polis yang dibuat ke atas PM.

"Tugas pegawai polis seperti IGP bukannya untukmelindungi Najib atau sesiapa,” kata Zaid dalam tulisannya di blog hari ini.

Beliau merujuk laporan polis yang dibuat ke atas Najib berfubung ‘derma’ RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadinya dan skandal wang RM42 juta SRC International.

Najib menafikan sebarang salah laku mahupun menggunakan wang awam itu untuk tujuan peribadinya.

Malaysiakini


LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive