Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Julai 27, 2017

Jika berani bersumpahlah wahai Apandi



Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui beliau mengetahui kandungan laporan tiga pihak berkuasa negara ini dalam siasatan mereka terhadap 1MDB.

Katanya, laporan disediakan Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Audit Negara berkenaan ada dalam pengetahuannya.

"Saya tahu. Saya memang tahu," katanya dalam blog beliau hari ini.

Menurut Dr Mahathir, Tan Sri Abdul Gani Patail - yang ketika itu masih berkhidmat sebagai peguam negara - menunjukkan laporan Bank Negara kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa beliau masih menjadi timbalan perdana menteri.

Muhyiddin pula, katanya, sering menyebut mengenai laporan yang ditunjuk kepadanya oleh Abdul Gani itu sebelum beliau dipecat.

"Dan kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), termasuk saya, telah bincang (mengenai) laporan-laporan ini.

"Sebab itu saya tahu," katanya.

Justeru Dr Mahathir yang kini menjadi pengerusi BERSATU dan Pakatan Harapan (HARAPAN) mencabar Tan Sri Mohamed Apandi Ali - yang menggantikan Abdul Gani - bersumpah.

Butiran tentu direkodkan

"Saya tahu Apandi bohong, sebab itu (dia) letak laporan (mengenai siasatan 1MDB) itu di bawah Akta Rahsia Rasmi.

"Kami tahu dan Tuhan lebih tahu. Jika berani bersumpahlah," katanya lagi.

Pada 17 Julai lalu Dr Mahathir berkata jika HARAPAN berjaya mengalahkan BN dalam pilihan raya umum ke-14 nanti, mereka akan memanggil Apandi untuk ditanya mengenai penggunaan OSA bagi menutup apa yang didakwa beliau sebagai bukti penyelewengan 1MDB.



Bagaimanapun Apandi (gambar) menegaskan, beliau tidak menyembunyikan sebarang bukti salah laku atau jenayah membabitkan syarikat pelaburan milik kerajaan itu.

"Saya tidak takut sesiapa, termasuk Mahathir. Saya tidak takut kepada manusia, tetapi saya takut kepada Allah," katanya.

Kata Dr Mahathir tiada wang boleh dipindah dari satu pihak ke pihak lain tanpa membabitkan dokumen.

Wang dalam jumlah yang besar - sama ada berbilion atau juta - juga tidak boleh disimpan sebagai wang tunai sebaliknya disimpan di dalam bank.

Dalam keadaan begitu, katanya, butiran transaksi itu direkodkan, termasuk pemiliknya, jumlah, mata wang, tarikh dan punca kekayaan orang yang menderma.

"Juga akan disebut nama penerima, hari bulan dan segala transaksi yang melibat wang berkenaan.

"Tidak mungkin wang tunai sebanyak itu diguna. Semua transaksi menggunakan cek. Dan segala-galanya ditulis dalam cek berkenaan, dan buku akaun bank," katanya.

Cakap mulut tak memadai

Tambah bekas perdana menteri itu, sepucuk surat daripada pemilik asal saja tidak mencukupi untuk menjelaskan sepenuhnya kedudukan wang berkenaan.

"Sesiapa sahaja boleh tulis surat seperti ini.

"Dokumen-dokumen lain perlu ditunjuk sebagai bukti kebenaran kenyataan kedua-dua pihak: pemilik, penerima, bank yang mengeluar dan bank yang menerima.

"Setakat ini dokumen-dokumen ini tidak ditunjuk sebagai bukti," katanya.

Sesungguhnya, kata Dr Mahathir, pemindahan wang yang begitu banyak perlu direkodkan dalam kertas yang "berjela-jela" dan boleh digunakan oleh penyelidik atau orang yang berkenaan untuk mendapatkan kebenaran.

"Tetapi dalam kes (dana) AS$681 juga bersamaan RM2.6 billion yang ada dalam akaun Najib di Ambank, selain dari kononnya pengakuan penderma Arab, tidak ada dokumen lain untuk menjadi bukti kesahihan pemindahan wang yang begitu banyak.

"Kita juga perlu diberitahu bagaimana duit ini diperolehi oleh Arab kaya ini.

"Tentulah ia memiliki jauh lebih banyak dari duit yang diberi.

"Cakap mulut (sumbangan wang daripada penderma) Arab, Najib dan peguam negara saja tidak cukup untuk meyakinkan mahkamah atau orang ramai berkenaan punca AS$681 juta yang masuk ke akaun Najib.

"Juga bahagian yang kononnya dikeluarkan," katanya.

Justeru kata Dr Mahathir satu lagi suruhanjaya siasatan diraja (RCI) perlu ditubuhkan untuk menyelidik kes 1MDB.

"Jika isu 30 tahun dulu perlu disiasat, kenapakah jenayah terkini disembunyi?

"Berani kerana benar. Jika takut menubuh RCI untuk ini, sebabnya tentulah kerana salah," katanya.

MK





Sabtu, Julai 15, 2017

PENYOKONG KEDAH MAKI KFA

TAK PUAS HATI KES SIARAN LANGSUNG DIBATALKAN.

SEGELINTIR PENYOKONG KEDAH MELUAHKAN PERASAAN MARAH MEREKA DI MEDIA SOSIAL.




BERIKUT KENYATAAN MEDIA DARI KFA BERHUBUNG PENUNDAAN SIARAN LANGSUNG DARI STADIUM DARULAMAN.

KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN BOLASEPAK KEDAH DARUL AMAN (KFA)

PER: PENUNDAAN SIARAN SECARA LANGSUNG PASUKAN KEDAH FA DI STADIUM DARULAMAN.

Merujuk kepada isu semasa mengenai siaran langsung melibatkan perlawanan Liga Super ke-16 (No. 91) antara pasukan Kedah FA menentang Selangor FA pada hari Sabtu ini di Stadium Darulaman, pihak pengurusan tertinggi KFA menjelaskan seperti berikut:

1.  KFA mengalu-alukan sebarang  usaha untuk menyemarakkan suasana Liga Malaysia dan tidak pernah menghalang pihak penyiar rasmi Liga Malaysia untuk membuat rakaman siaran langsung membabitkan pasukan Lang Merah selama ini samada di Stadium Darulaman mahupun di gelanggang lawan.

2.  Isu berkenaan pembatalan siaran langsung perlawanan Liga Super Ke-16 (No. 91) antara Kedah FA dan Selangor FA pada 15 Julai 2017 di Stadium Darulaman, KFA merasakan amatlah tidak munasabah untuk sesebuah pasukan tuan rumah yang beraksi digelanggang sendiri disiarkan secara langsung sebanyak 3 perlawanan berturut-turut. Untuk rekod, selepas Liga Malaysia bersambung pada bulan Julai, 2 perlawanan di Stadium Darulaman disiarkan secara langsung iaitu 1 Julai 2017 bertemu Perak FA (Liga Super) dan 4 Julai 2017 bertemu Melaka United SA (Piala Malaysia).

3.  Pihak KFA amat berterima kasih dengan penyiar rasmi Media Prima kerana memilih pasukan Lang Merah dan ini adalah satu penghormatan dari pihak penyiar rasmi yang memberi tumpuan terhadap prestasi pasukan dalam pemilihan siaran langsung, namun ianya haruslah selari dan diputuskan atas dasar situasi menang-menang untuk kebaikan semua pihak. Untuk rekod masih ada pasukan lain dalam Liga Super yang masih belum disiarkan secara langsung.

4.  Pihak KFA juga terbuka untuk menerima siaran langsung membabitkan pasukan Lang Merah selepas ini namun pemilihan serta pemakluman awal secara rasmi mengenai sesuatu siaran langsung haruslah dibincangkan bersama antara pihak penyiar rasmi, pengendali liga serta pasukan yang terlibat dengan pemilihan siaran. Ini adalah penting kerana ianya dapat mengelakkan dari terjadinya sesuatu isu penundaan/pembatalan disaat akhir.

5. Pihak KFA amat berterima kasih buat semua penyokong hijaukuning yang berterusan menyokong pasukan di semua gelanggang terutamanya di Stadium Darulaman dan pengorbanan setiap penyokong akan menjadi azimat pasukan untuk terus beraksi cemerlang pada musim ini. KFA percaya sokongan melalui pelbagai cara adalah faktor utama kemeriahan Liga Malaysia terutamanya di bumi jelapang padi.

Sekian, terima kasih.

Kenyataan media oleh:
YB DATO’ AMINUDDIN OMAR
Setiausaha Kehormat KFA

Grafik & Artikel Kedah FA - Persatuan Bolasepak Kedah -




LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive