Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Januari 29, 2009

SAMAN FITNAH KHALWAT 40 JUTA

Fitnah khalwat: Dr Halimah sedia saman My Kmu.net RM40 juta
Saidah Hairan
Thu | Jan 29, 09 | 12:53:47 pm MYT
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Hrkh)

- Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali hari ini menepis dakwaan fitnah dalam forum sebuah laman web, kononnya beliau ditangkap berkhalwat di salah sebuah hotel di Pelabuhan Klang.

Fitnah terhadap beliau turut disangkal oleh Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menegaskan tiada serbuan dilakukan pada malam tersebut sebagaimana yang dilaporkan dalam laman web itu.

Dakwaan palsu itu disebarkan dalam laman web My Kmu.net oleh Jamilisa yang menggunakan nama 'Brigade Commander Selangor' dengan tajuk 'Kecoh, Adun Selat Klang kena tangkap'.

Jamilisa dalam ruangan forum pada 25 Januari melaporkan mendapat maklumat melalui rakannya dari Kampung Idaman yang megatakan Adun Selat Klang (Dr Halimah) ditangkap basah di sebuah hotel di Pelabuhan Klang.

Berikutan perkembangan itu, Dr Halimah telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang, petang 27 Januari lalu.

"Pada hari yang dikata saya ditangkap khalwat, saya berada di Bukit Kuching, Kuala Selangor kerana menghadiri forum Perdana Keluarga Bahagia bersama Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmood," jelasnya.

Sebelum pergi ke forum Perdana beliau menghadiri satu mesyuarat bersama Yayasan Amal di Shah Alam.

Beliau mendapat tahu fitnah tersebut tersebar dalam laman web My Kmu.net setelah diberitahu oleh suaminya pada 26 Januari iaitu ketika pulang daripada forum Perdana Keluarga Bahagia.

Sehubungan itu tambah beliau, dengan keizinan Menteri Besar Selangor, beliau akan mengambil tindakan saman terhadap pemilik laman web itu sebanyak RM40 juta.

"Saya mendesak pimpinan Umno sam ada di Selangor atau Pusat menyiasat perkara itu kerana saya yakin dan percaya mereka tahu siapa di belakang laman web itu," tegasnya.

Menurut beliau, di bawah laman web itu ada tertera slogan 'Demi Islam' dan dengan perkataan 'Demi Islam' juga Umno perlu siasat perkara tersebut.

Tegas beliau, Umno yang mengatakan mereka merupakan sebuah parti Islam sila teliti surah An-Nur ayat 4 di mana Allah melarang menuduh wanita yang baik berzina.

Ayat itu bermaksud; "Dan orang-orang yang menuduh wanita yang baik berbuat zina dan tidak mendatangkan empat orang saksi maka deralah mereka yang menuduh itu dengan 80 kali deraan dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang yang fasik." - lanh _

Isnin, Januari 26, 2009

GONG XI FA CHAI




PANDU CERMAT,ELAK BAHAYA,
JANGAN JADIKAN PUSARA DI LEBUHRAYA
SELAMAT BALIK KAMPUNG.....GONG XI FA CHAI KEPADA SEMUA KAUM CINA DI MANA SAJA BERADA.

Jumaat, Januari 23, 2009

DULU CAMRY,KINI LEMBU DAN SELAMANYA TAK PUASHATI

Khir Toyo dakwa ada bukti terhadap MB S'gor

Jimadie Shah Othman | Jan 22, 09 1:00pm

Ketua pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendakwa menerima salinan surat mengenai arahan dari pejabat menteri besar Selangor berhubung pembelian 46 ekor lembu korban yang diedarkan kepada surau dan masjid di Parlimen Bandar Tun Razak ketika Hari Raya Korban Disember lalu.

"Kita kesal dengan kenyataan akhbar yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengatakan bahawa beliau tidak tahu menahu bahawa lembu dihantar ke kawasan itu (Bandar Tun Razak), dan tidak ada arahan berhubung pembayaran RM110,400 itu.

"Sebenarnya kita ada bukti dokumen yang menyatakan arahan (telah) dibuat oleh Tan Sri Abdul Khalid,” katanya dalam satu sidang akhbar di Pejabat Umno Selangor di Shah Alam, pagi tadi.

Menteri Besar, Abdul Khalid juga merupakan ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Semalam, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Abdul Khalid kerana didakwanya menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk tujuan tersebut.

Dalam laporannya, Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus mendakwa Abdul Khalid membeli lembu tersebut pada harga RM110,400 dengan menggunakan dana sebuah agensi kerajaan negeri.

Bagaimanapun, Abdul Khalid telah menafikan dakwaan tersebut dan berkata tidak menggunakan sebarang dana kerajaan negeri untuk tujuan tersebut.

‘Arahan bayaran’

Abdul Khalid juga dilaporkan berkata, beliau tidak menyedari wujudnya sebarang agensi kerajaan negeri yang dikenali sebagai Selangor Industrial Corporation (SIC).

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Dr Mohd Khir berkata, surat tersebut menggunakan kepala surat pejabat menteri berhubung pengedaran lembu korban kepada surau, madrasah dan masjid di Parlimen Bandar Tun Razak.

Surat tersebut ditandatangani oleh ketua setiausaha kepada menteri besar dan di alamat kepada pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Surat itu bertarikh 27 November tahun lalu. Catatan bertulis tangan berkenaan arahan supaya bayaran itu dibuat pula bertarikh sehari selepas itu.

Catatan itu, juga diakhiri dengan tandatangan di penjuru kanan bawah surat berkenaan.

Dr Mohd Khir berkata, beliau juga mempunyai salinan invois dan resit pembayaran bagi pembelian lembu-lembu korban tersebut.

Menurut beliau, resit pembayaran pula bertarikh 16 Disember tahun lalu, katanya,

Minta MB kosong jawatan

Beliau turut menunjukkan surat tersebut kepada wartawan. Bagaimanapun tiada salinan diedarkan kepada media.

Bekas menteri besar Selangor itu berkata, beliau menerima dokumen tersebut melalui pos dua hari lalu.

Sehubungan itu, Dr Mohd Khir menyifatkan kenyataan Abdul Khalid sebagai sebuah "penipuan, pembohongan, dolak-dalik" serta bertentangan dengan janji Pakatan Rakyat bahawa mereka akan memastikan ketelusan dalam kerajaan di bawah pentadbirannya.

"Saya tak nampak ini ketelusan, ini ketipuan (penipuan)," katanya sambil menambah perkara yang sama berlaku berhubung kos pembelian kereta Toyoto Camry oleh kerajaan negeri bulan lalu.

Dr Mohd Khir, bagaimanapun berkata, Umno Selangor tidak perlu lagi tampil membuat laporan kerana laporan yang dibuat telah cukup, setelah Gerak tampil mengemukakan aduan yang sama kepada SPRM semalam.

Dr Mohd Khir berkata, beliau juga difahamkan suruhanjaya tersebut telah menggeledah pejabat menteri besar dan pejabat PKNS dua hari lalu.

Sehubungan itu, beliau mendesak Abdul Khalid mengosongkan kerusi menteri besar sehingga selesai siasatan.

Bercakap lanjut mengenai ketelusan dalam pentadbiran, beliau turut menempelak kerajaan negeri yang didakwanya masih tidak mengamalkan tender terbuka berhubung projek-projek pihak berkuasa tempatan.

Sebagai bukti, beliau berkata, tiada iklan dibuat dalam akhbar-akhbar arus perdana berhubung perkara itu.

MALAYSIAKINI

ARAH KIBLAT DAN BIBLE DALAM LACI



Semalam aku menginap di Legend Inn,Taiping.Saja-saja aku buka laci nak tengok ada apa dalam laci tu. Tengok-tengok ada tanda arah kiblat dan sebuah kitab bible. Dasyat juga hotel ni buat promo. Ini bukan kali pertama aku menginap di hotel ni, tapi sebelum ni aku tak pernah buka laci jadi aku tak tau la benda ni. Ada setengah bilik kat hotel ni yang aku tengok ada arah kiblat kat syiling,tapi bilik ni dia letak dalam laci saja. Kena ada kutu pi ubah laci tu,arah kiblat pun turut berubah la...nasib baik hotel ni bersebelahan dengan Masjid Daerah Taiping,boleh la tengok arah kiblat. Kalau tidak nak kena tengok arah piring astro baru boleh dapat posisi kiblat.....

Khamis, Januari 22, 2009

SOLDADU UPAHAN

Ezam undang bala

Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my
Wed | Jan 21, 09 | 9:41:25 am MYT
ENTAH apa silapnya pihak tertentu dalam Umno, terlalu mempercayai bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan, Ezam Mohd Nor dan balaci-balacinya, sehingga dibawa berkempen di Kuala Terengganu.

Ezam ternyata membawa padah kepada Umno. Padah kerana penyertaan beliau dalam kempen BN, langsung tidak membantu. Tiada apa-apa kesan dan hanya merugikan masa dan wang Umno sahaja.

Ezam memang tiada modal. Kerjanya hanya membelasah bekas bosnya mantan TPM, Dato' Dato' Seri Anwar Ibrahim. Tujuan Umno menggunakan khidmat Ezam dalam pilihan raya kecil, semata-mata untuk menyerang peribadi Anwar. Tiada sebab lain.

Malah, kali ini beliau melebarkan serangannya kepada Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa. Tujuannya untuk melagakan Anwar dengan PAS, melagakan KeADILan dan PAS.

Maka berceramahlah beliau sehingga 'hendak keluar anak tekak'.

Ezam bak 'ayam jantan yang mengepak-ngepak' apabila apabila media cetak dan elektronik yang menjadi barua BN, memaparkan 'kehebatannya' beserta balacinya mengecam dan memaki hamun Anwar.

Namun rakan-rakan dalam KeADILan tidak terkejut.Mereka hanya ketawa apabila mendengar ceramah Ezam. Bagi mereka Ezam hanya pecacai dan soldadu upahan yang mahu mengaut seberapa banyak 'ghanimah' daripada Umno.

"Dalam KeADILan dulu, dia maki hamun Umno, BN, Abdullah, Najib lagi teruk. Berbakul-bakul dia maki, siap bersumpah 'haram' masuk Umno lagi. Sekarang apa dia cakap?" Soal seorang MP KeADILan yang bukan berbangsa Melayu.

"Kita pergi juga dengar ceramah dia (Ezam), malam kelmarin," kata seorang AJK AMK Terengganu yang ditemui.

"Tapi ceramah dia tidak lebih dari kelentong penjual ubat tenaga batin di jalanan," katanya lagi.

Memang pun. Ceramah Ezam bukannya ada sambutan. Tidak memberi kesan langsung. Malah seorang Ketua Putera Umno sebuah negeri berkata kepada seorang pemberita akhbar harian, "Kami meluat tengok Ezam, apa kena mengena Anwar dengan Kuala Terengganu? Permatang Pauh pun tak jalan (serangan peribadi).

"Lagi banyak dia maki Anwar, pengundi Umno pun lari dari kita (BN)," rungutnya.

Betul juga kata beliau. Di Permatang Pauh, khidmat soldadu upahan ini turut digunakan seluas-luasnya. Malah 'media tiga suku' hampir hari-hari memaparkan laporan ceramah, yang akhirnya menghasilkan hampas sahaja.

Di Kuala Terengganu sekali lagi khidmat beliau digunakan. Orang-orang Umno tahu bahawa Ezam masuk Umno melalui Khairy. Dan bagi mereka Khairy yang membawa Ezam untuk berkempen membantu rakan Khairy, Dato' Wan Farid Wan Salleh.

Tetapi ada kalangan suku sakat Ezam mendakwa, tindakan Ezam membelasah Anwar dibuat kerana mendapat 'blessing' daripada TPM, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Jika dakwaan mereka betul, ianya hanya bertujuan untuk menajamkan permusuhan peribadi Najib-Anwar. Jika dakwaan itu tidak betul, Ezam hanya dipergunakan oleh kumpulan Abdullah, untuk melaga-lagakan Najib dengan Anwar.

Kerjanya tidak lain, selain untuk mencerca, menghentam dan melaga-lagakan orang. Apa nilainya seorang yang 'cari makan' dengan hidup dengan cara sebegini?

Saya tidak juga bertujuan untuk menyemakkan ruang yang terhad ini untuk membincangkan soal Ezam semata-mata. Tetapi sekadar memberitahu rakan-rakan dalam Umno bahawa, mengupah Ezam hanya sekadar 'mengabehkan boreh' (menghabiskan beras) dalam guni Umno sahaja.

Ezam sudah tidak relevan. Beliau seumpama 'anjing yang menggigit tuannya'.

Ezam bukan sahaja menikam Anwar dan rakan-rakan dalam KeADILan, malah beliau memperdaya pemimpin PAS mempercayainya. Beberapa tahun selepas melepaskan jawatan Ketua Angkatan Muda, Ezam terus berceramah di pentas PAS dan sering berjumpa dengan pemimpin PAS, termasuk di peringkat AJK Harian.

Pemimpin PAS diperdaya kononnya PAS adalah parti yang akan disertainya selepas KeADILan, bukan Umno. Beliau menjaja keburukan Anwar dan KeADILan kepada pemimpin PAS.

Malah ketika pemimpin PAS, bertanya mengapa beliau masuk Umno, selepas menyumpah seranah parti itu, ada juak-juaknya membayangkan, bahawa kemasukan Ezam dalam Umno, adalah untuk memperbetulkan parti itu dari dalam.

Katanya, Ezam hanya menjadi agen Anwar dalam Umno, untuk menyusun orang-orang Anwar dalam Umno, guna bersatu dengan Pakatan Rakyat dikemudian hari. Entah betul entah tidak. Apapun, sekadar pesanan kepada semua, berhentilah daripada mempercayai Ezam._

DULU CAMRY KINI LEMBU



46 ekor Lembu: MB S'gor akan beri kerjasama

Jan 21, 09 7:52pm

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan tentang pembelian 46 ekor lembu untuk program Hari Raya Haji diperingkat kawasan Parlimen Bandar Tun Razak bagi 46 surau dan masjid di kawasan tersebut.

Kenyataan pejabat menteri besar hari ini berkata, kerajaan negeri sentiasa berpegah teguh kepada konsep ketelusan dan bertanggungjawaban secara menyeluruh dalam menjalankan pentadbiran negeri dan anak syarikat.

Oleh itu, katanya, menteri besar peka kepada tuduhan yang dilempar oleh sesetengah pihak berhubung pembelian 46 ekor lembu untuk program Hari Raya Haji tersebut.

Pagi, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Abdul Khalid kerana didakwanya telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri.

Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus mendakwa, Abdul Khalid menggunakan wang negeri untuk menaja 46 ekor lembu untuk korban dan mengedarnya kepada penduduk Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur ketika Hari Raya Korban Disember lalu.

Abdul Khalid juga merupakan ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Sehubungan itu, kenyataan itu berkata:"Menteri besar ingin menegaskan bahawa dana kerajaan negeri Selangor tidak digunakan untuk pembelian lembu korban untuk Bandar Tun Razak," kata kenyataan itu lagi.

"Sebaliknya, lembu korban telah didermakan oleh enam anak syarikat dan syarikat bersekutu kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)," kata kenyataan tersebut.

Menurutnya lagi, adalah difahamkan syarikat-syarikat berkenaan telah menaja peruntukan pembelian lembu korban bagi Bandar Tun Razak atas dasar tanggungjawab sosial korporat tanpa arahan dari mana-mana pihak di peringkat kerajaan negeri.

"Malah, menteri besar juga tidak tahu menahu syarikat mana yang terlibat. Perlu ditegaskan kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan membuat apa-apa keputusan yang boleh menyebabkan kerugian kepada rakyat Selangor.

"Dalam pada itu kerajaan negeri berharap pihak berkuasa akan menjalankan siasatan yang adil dan tidak pengaruhi oleh sesetengah pihak yang mempunyai agenda politik yang tersembunyi.

"Menteri Besar akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan," tambahnya.


MALAYSIAKINI

Zahid Hamidi perlu di pantau

zahid hamidi perlu di pantau-malaysiakini

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Hrkh) - Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang tidak mengikhtiraf borang yang ditandatangani Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) merupakan satu ugutan dan biadap terhadap sistem demokrasi Perlembagaan Negara.

Demikian ditegaskan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof Rawa yang turut mendakwa bahawa Zahid cuba memecah belahkan perpaduan rakyat khususnya di negeri Perak.

Katanya, kenyataan Zahid itu lebih kepada mendera rakyat kerana rakyat di negeri tidak tahu sesuatu urusan itu perlu diuruskan dengan Pusat atau negeri tetapi mereka hanya mahu segala urusan mereka berjalan lancar.

Contohnya tambah beliau, dalam urusan anak sekolah cop atau tandatangan daripada JKKK atau Penghulu Kampung tidak diikhtiraf dan ini akan menimbulkan masalah kepada rakyat kerana terpaksa berjumpa dengan JKKP yang dilantik oleh kerajaan BN.

"Zahid memang mahu mendera rakyat Perak dan mahu memuaskan nafsunya kerana marah dengan sikap rakyat Perak yang telah memilih pemimpin daripada kalangan Pakatan Rakyat," tegasnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Mungkin juga beliau mahu menjadi hero dan hendak tunjuk kehebatan beliau sebab hendak bertanding dalam Pemilihan Umno Mac nanti, tegas beliau.

Selain itu beliau turut menyelar tindakan Zahid yang mengkhususkan peruntukan khas hanya untuk wakil rakyat BN jika berlaku bencara seperti banjir, kebakaran dan sebagainya.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar menegaskan itu merupakan satu tindakan yang tidak patut kerana wakil rakyat PAS bukan hanya berkhidmat untuk ahli PAS tetapi semua kaum tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa.

"Sudahlah peruntukan sebanyak RM500 ribu kita tidak dapat, ini peruntukan khas wakil rakyat BN saja yang dapat. Sudahlah di peringkat Parlimen wakil rakyat PAS di dera di peringkat negeri juga didera, mana demokrasi?" soalnya.

Ekoran itu kata beliau, mungkin ada pihak yang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Zahid kerana arahan tersebut tidak sesuai dengan roh perlembagaan dan ternyata mahu memecah belahkan perpaduan kaum di negeri Perak.

Ini kerana katanya apa perbezaan di antara cop atau tandatangan JKKK dengan JKKP.

Beliau menegaskan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahagian Hal Ehwal Agama Islam apakah beliau tidak malu mengeluarkan larangan yang memecah belahkan kaum.

Sedangkan katanya dalam Parlimen beliau mengeluarkan kenyataan supaya umat Islam perlu bersatu padu tetapi hari ini beliau cuba memecah belahkan masyarakat di Perak.

"Dengan adanya larangan atau arahan tersebut ternyata beliau cuba menyusahkan rakyat," tegasnya.

Beliau berjanji akan membawa perkara tersebut dalam sidang Dewan Rakyat kerana arahan tersebut melibatkan demokrasi dan apakah larangan itu hanya dilakukan di negeri Perak sahaja. - mns_

http://suwaritimur.blogspot.com/2009/01/zahid-hamidi-perlu-di-pantau.html

Rabu, Januari 21, 2009

MATI MENGEJUT

Lelaki mati mengejut ketika disoal siasat

Jan 20, 09 8:36pm
Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes curi kereta mewah, mati secara tiba-tiba ketika sedang disoal siasat di Balai Polis Taipan, Subang Jaya dekat Shah Alam hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 11 pagi ketika lelaki itu disoal siasat berhubung kes samun dan curi kereta mewah membabitkan kumpulan yang bergerak aktif di sekitar Lembah Klang.

"Ketika disoal siasat, lelaki itu minta segelas air minuman, sebaik minum dia jatuh dan tidak sedarkan diri. Doktor dari sebuah klinik berhampiran dipanggil untuk memeriksa lelaki berkenaan dan mengesahkan dia telah mati," katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima balai polis bergerak sumbangan Kerajaan Selangor yang disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini.

Khalid berkata lelaki berusia 22 tahun yang berasal dari Puchong, ditahan pada 15 Januari lalu kerana disyaki terbabit dalam kegiatan samun dan curi kereta mewah jenis Toyota Camry dan Honda Accord di Sungai Chua, Kajang.

Mayat lelaki itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan setakat ini, kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Khalid berkata keluarga lelaki terbabit ada memaklumkan lelaki itu menghidap penyakit asma.

"Kita tidak mahu ada pihak membuat spekulasi memandangkan kes mati dalam tahanan ini sesuatu yang sensitif. Lelaki itu juga memberi kerjasama sepanjang soal siasat dijalankan.

"Apapun saya memberi jaminan siasatan yang terperinci akan dibuat dan menunggu keputusan bedah siasat," katanya.

MALAYSIAKINI

MANA SATU BETUL? SIGNBOARD TU KE NAJIB?


MULAI HARI INI BN KENA LA KENA PACAK SIGNBOARD "TEMAN TAPI MESRA" NI DI SELURUH KAMPUNG DAN BANDAR TERMASUK IKLAN DI TV 3 SETENGAH MASAK SUPAYA SEMUA RAKYAT TAHU PEMIMPIN BN MESRA RAKYAT.KALAU TAK,RAKYAT TAK TAHU...

NAK TANYA SIKIT, APA PASAL DALAM SIGNBOARD TU TULIS "PEMIMPIN MESRA RAKYAT"? NAJIB CAKAP TAK MESRA RAKYAT SEBAB TU KALAH.PATUTNYA TULIS BETUL-BETUL LA "PEMIMPIN KURANG MESRA RAKYAT"...MANA SATU BETUL? SIGNBOARD TU KE NAJIB?

Berita Penuh
Najib: BN kalah di KT kerana kurang mesra rakyat...
Jan 20, 09 6:02pm
http://www.malaysiakini.com/news/96851

Imej negatif Umno dan sikap sesetengah pemimpinnya yang kurang mesra di mata rakyat, merupakan antara punca kekalahan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu minggu lalu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata Umno perlu mengubah budaya dan imejnya agar disenangi oleh rakyat, lapor Bernama.

"Pemimpin Umno di semua peringkat Umno mesti menunjukkan imej positif dan mesra rakyat," katanya.

Beliau memberitahu demikian selepas menyaksikan majlis penyerahan dokumen perjanjian bagi penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air Negeri Sembilan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya.

Semalam Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno memerlukan faktor "wow" untuk memikat semula hati rakyat berikutan kekalahan calonnya dalam pilihanraya kecil itu.

Najib berkata rakyat menilai Umno berdasarkan hubungan mereka dengan pemimpin Umno di semua peringkat.

BIASA LA BEB...DAH LEPAS PILIHANRAYA



SEBELUM PILIHANRAYA SEMUANYA MANIS-MANIS...
MACAM-MACAM GULA-GULA SEMUA KASI

Harga gula dijangka naik selepas Tahun Baru Cina

Jan 20, 09 7:53pm
Harga gula mungkin dinaikkan selepas perayaan Tahun Baru Cina ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.

Katanya, kerajaan sedang mengkaji kemungkinan menaikkan harga gula berikutan harga barangan itu telah naik di pasaran antarabangsa.

"Sebanyak 80 hingga 90 peratus bekalan gula kita adalah dari luar negara. Kontrak pembekalan gula dari negara pengeluar telah tamat tahun lepas. Tahun ini kita ada kontrak baru dan harganya (gula) lebih tinggi daripada kontrak lama," katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kesihatan dan Bahaya Gula di Butterworth hari ini.

Shahrir berkata melalui kontrak baru itu, jika harga gula kekal pada RM1.45 sekilogram, kerajaan terpaksa memberi subsidi untuk barangan itu.

"Sebelum ini kita tidak perlu membayar subsidi gula tapi kalau kita nak kekalkan harga gula pada harga sekarang, kerajaan perlulah membayar subsidi," katanya sambil menjelaskan harga gula di negara ini ketika ini lebih rendah berbanding negara pengeluar gula.

Beliau berkata jika harga gula dinaikkan, kerajaan memberi jaminan akan melaksanakannya secara berperingakat.

"Jika naik (harga gula), kita akan lakukan secara berperingkat. Naik sedikit demi sedikit iaitu tiga atau empat bulan sekali," katanya.

Beliau berkata kali akhir harga gula dinaikkan ialah tiga tahun lepas.

MALAYSIAKINI

RASUAH DAN SALAHGUNA JENTERA KERAJAAN

NIEI dakwa PRK Kuala Terengganu penuh rasuah dan salahguna jentera kerajaan

Irwan M Zain dan Wan Nordin
Tue | Jan 20, 09 | 10:08:41 am MYT

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Hrkh) - Terlalu banyak rasuah dan penyalahgunaan jentera kerajaan berlaku dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu yang berakhir pada 17 Januari lalu, kata Pengerusi Institut Nasional Untuk Ketelusan Pilihan raya (NIEI), Yunus Ali.

Kesalahan itu dikesan NIEI dalam pemantauan badan bebas itu sejak bermulanya kempen PRK Kuala Terengganu pada 6 Januari hingga 17 Januari, katanya.

Ketika mengadakan sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor semalam, Yunus berkata, pihaknya akan menyerahkan laporan lengkap berhubung rasuah dan penyelewengan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat.

Turut hadir ialah, anggota NIEI Amin Iskandar dan Shaharudin Adnan.

Laporan itu juga akan diserahkan kepada kedutaan-kedutaan asing di Malaysia dan semua NGO, katanya.

Paling mendapat perhatian NIEI ialah amalan rasuah dan janji-janji kepada pengundi yang dibuat Barisan Nasional (BN) yang dilihat berleluasa berlaku dalam pilihan raya kecil tersebut, melibatkan jumlah sebanyak RM 1 billion.

NIEI mempersoalkan pembiayaan kehadiran menteri-menteri kabinet, menteri besar dan ketua menteri daripada BN dan Pakatan Rakyat serta barisan exco mereka sepanjang kempen pilihan raya kecil tersebut.

Yunus juga mendakwa, wang ehsan RM300 bagi orang dewasa dan RM250 untuk muda-mudi, diumumkan akan diagih untuk warga Terengganu.

Manakala pengundi Cina pula, dakwanya, diedarkan angpau sebanyak RM300 sempena perayaan Tahun Baru Cina manakala penarik beca di Kuala Terengganu pula dijanjikan wang ehsan RM10,000 seorang.

NIEI turut melihat kehadiran begitu ramai anggota polis dikerahkan bertugas sepanjang pilihan raya kecil di Kuala Terengganu membuat orang ramai terasa tidak selesa dan berpersepsi seolah-oleh dalam keadaan darurat, katanya.

Antara dakwaan yang dibuat NIEI berhubung rasuah dan penggunaan jentera pilihan raya ialah :

Penubuhan dan pemberian RM 1 juta untuk Tabung Kecemasan Nelayan.

Peruntukan RM150,000 untuk skim pembangunan nelayan Kuala Terengganu.

Pemberian secara lambak tanpa tender 583 projek Kelas F yang bernilai RM15.8 juta.

Upacara mengasaskan projek pembinaan unit kardiologi yang bernilai RM10 juta.

Upacara perasmian projek pembinaan masjid di Kubang lkan (Kuala Terengganu) pada 15 Januari 2009.

Upacara pecah tanah pembinaan 1,200 unit Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Perasmian peruntukan RM100 juta untuk membina 1,000 unit rumah kos rendah di Kuala Terengganu.

Pemberian RM6.1 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Wei Sin.

Pemberian sebanyak RM2.5 juta untuk masyarakat Cina Kuala Terengganu.

Pengumuman geran RM 50 juta untuk sekolah-sekolah Cina.

Pemberian pilot E-book (komputer) kepada 100 orang di Kuala Terengganu. Janji pemberian 23,000 buah E-book (komputer), berharga RM 1,300 sebuah, kepada kanak-kanak sekolah.

Seramai 206 orang penenun songket menerima satu set seorang Mesin Tenunan Tradisional yang berharga RM 695 seunit.

Pemberian RM408.6 juta kepada kerajaan Negeri Terengganu sebagai royalti minyak.

Mengisytiharkan projek untuk meluaskan ruang keluar-masuk pelabuhan perikanan di Pelabuhan Cendering.

Di peringkat kerajaan tempatan, Datuk Bandar Kuala Terengganu merangkap Pegawai Kanan Pilihanraya, Mat Razali Kassim didakwa berkempen dan mendesak kakitangan di bawahnya untuk mengundi BN. (Beliau telah meletakkan jawatan pegawai pilihan raya sehari sebelum pilihan raya kecil).

Penggunaan pejabat menteri besar dan jentera sebuah jabatan kerajaan dalam upacara perasmian pecah tanah pembinaan masjid.

Ketika dalam ceramah di Perumahan Pusu Tiga, Gong Badak, Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said didakwa mengarahkan Jabatan Saliran dan Perparitan untuk mengkaji masalah banjir di kawasan itu.

Setiausaha kerajaan negeri dan pengarah kewangan negeri didakwa melibatkan diri dalam program taklimat BN yang disasarkan kepada imam dan bilal masjid, ketua kampung dan pegawai perkhidmatan awam, termasuk pegawai kerajaan luar kawasan yang mengundi di P036 (Parlimen Kuala Terengganu).

Perasmian nama lnstitut Pendidikan Guru Malaysia kepada kampus Datuk Razali Ismail dan sebuah sekolah menengah kebangsaan kepada Sekolkah Menengah Kebangsaan Datuk Razali Ismail.

Yunus juga mendakwa, kementerian persekutuan turut terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pertanian, Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Penerangan dan Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti

Yunus juga mendakwa BN telah berkempen dengan menguar-uarkan khidmat dan perbelanjaan kerajaan yang telah dilaksanakan, seolah-olah dibiayai oleh mereka, antaranya:

Peruntukan RM 500,000 di bulan Disember 2008 untuk mangsa banjir.

RM200,000 telah dibelanjakan untuk membeli makanan dan keperluan lain untuk mangsa banjir.

Pendaratan pesawat MAS penerbangan pulang haji terus ke Kuala Terengganu.

Yunus juga mendakwa berlaku amalan rasuah dalam bentuk pengedaran dan pemberian percuma akhbar-akhbar tempatan oleh BN.

Pelbagai konsert, dakwanya, dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia, termasuk persembahan penyanyi popular dari Terengganu.

PAS juga, dakwanya, turut melanggar etika amalan pilihanraya yang baik, termasuk pemberian percuma kerusi roda di Bukit Tepu, khidmat percuma gunting rambut dan rundingan kesihatan pakar homeopati.

Di samping, kata Yunus, NIEI menganggarkan kira-kira 10,000 anggota polis dikerahkan bertugas di Kuala Terengganu sepanjang kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

"Nisbahnya satu orang untuk lapan orang pengundi. Kehadiran terlalu ramai memberikan suasana sebagai keadaan perang.

"Jika tujuannya untuk menjaga keselamatan, tetapi kesan adalah di sebaliknya, orang ramai terasa tidak selesa dan berpersepsi seolah keadaan dalam darurat.

"Ini bertentangan dengan suasana pilihan raya yang baik, iaitu bebas dan tenteram," kata Yunus dalam kenyataan tersebut./wann _

Selasa, Januari 20, 2009

UMNO DAH HABIS MINYAK



Umno sudah habis gas

Ustaz Idris Ahmad
Tue | Jan 20, 09 | 3:25:46 pm MYT

Umno hilang daya tarikan - demikian kata Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjadi tajuk berita Utusan Malaysia 20 Januari yang melaporkan dari Manama, Bahrain.

Umno perlu segera melakukan perubahan radikal bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap parti itu yang sudah hilang daya tarikan serta membolehkannya memenangi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Muhyiddin dipetik sebagai berkata, langkah tersebut perlu kerana Umno kini dibelenggu oleh pelbagai persepsi negatif yang dilontarkan terhadap parti itu.

"Kita perlu ada 'wow factor' (daya tarikan) supaya pengundi kembali kepada kita. Kini kita kehilangan faktor itu dan kita perlu mencari jalan untuk mendapatkan ia kembali."

Demikianlah komen Muhyiddin mengenai kekalahan BN pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu 17 Januari lalu.

Pertandingan tiga penjuru melibatkan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut yang memperolehi 32,883 undi, menang dengan majoriti 2,631 undi; Wan Ahmad Farid Wan Salleh (30,252), manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam hanya meraih 193 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan.

Sebenarnya apa yang berlaku ialah perjuangan Umno sudah tidak relevan dengan tuntutan semasa. Umno dalam kempennya masih lagi dengan modal lama iaitu pembangunan. Kempen ini sesuai pada zaman Raja Bersiong bukan zaman langit terbuka. Nada kempen "kalau undi BN dapat pembangunan, kalau undi pembangkang negeri akan mundur," sudah basi.

Kempen seperti ini sudah tidak sesuai bagi sebuah negara yang hendak hendak masuk 52 tahun merdeka. Sekarang pengundi sudah matang. Mereka sudah memahami bahawa siapa sahaja yang memerintah dia akan membuat pembangunan.

Kalau tidak ada Umno-BN, pembangunan tetap dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan yang dipegang oleh manusia. Kerana fitrah manusia yang Allah beri kepada mereka otak yang sentiasa mencari dan mencuba untuk melakukan yang terbaik dalam kehidupan mereka.

Sebab itu manusia disebut sebagai 'haiwan madaniyun' iaitu makhluk yang berkembang. Justeru Allah amanah kepada manusia untuk mentadbir muka bumi ini sebagai khalifah.

Allah tidak wariskan kepada binatang yang otaknya tidak berkembang. Sebab itu lembu daripada zaman purbakala makan rumput hinggalah tahun 2020. Lembu tetap makan rumput jangan kita andaikan lembu apabila dunia sudah maju dia akan makan burger.

Generasi muda yang menjadi pengundi pada hari ini mereka yang celik maklumat. Mereka tidak akan mudah diperbodohkan oleh pemimpin Umno-BN dengan gula-gula pembangunan dan ugutan.

Mereka tahu membezakan antara intan dan kaca. Mereka hendak pembangunan yang dilaksanakan biarlah manfaat untuk semua rakyat jelata. Bukan pembangunan yang hanya dinikmati oleh juak-juak pemimpin Umno. Contohnya apa yang rakyat dapat daripada program Piala Monsun yang menelan belanja tidak kurang RM250 juta setiap tahun.

Mereka mempersoalkan berapa banyak rumah nelayan yang terdapat di sekitar Pulau Duyung boleh dibina dengan wang sebannyak itu. Rakyat dapat hampas, kroni dapat isi dan kuah. Generasi baru tidak rela melihat pembangunan yang hanya dinikmati oleh segelintir anak beranak pemimpin Umno-BN sahaja, sedangkan ia tidak melimpah kepada rakyat.

Mereka marah kenapa rakyat Terengganu termiskin nombor dua di Malaysia selepas Sabah. Sedangkan Terengganu ada hasil minyak. Kenapa masih ramai lagi rumah yang tidak layak berada di tengah-tengah bandar raya Kuala Terengganu yang dipenghuni oleh setinggan yang tidak sesuai wujud di negeri Kuwait Malaysia. Mereka bertanya ke mana wang royalti minyak dibelanjakan.

Generasi muda pada hari ini adalah orang yang antirasuah. Mereka tahu bahana rasuah apabila menimpa dalam sebuah negara. Sikap ini tidak pernah dipedulikan oleh pemimpin Umno-BN malahan indeks rasuah semakin meningkat bukan semakin baik. Akibat rasuah nilai projek sepatut boleh buat dua jambatan di kampung mereka tetapi hanya boleh membina satu jambatan sahaja. Sebab itu Umno boleh tipu orang pada sesetengah masa tetapi ia tidak boleh menipu orang dalam semua masa.

Naib Presiden Umno, Mohd Ali Rustam dalam nada menyindir berkata, BN juga perlu menjadi seperti PAS yang suka menabur janji-janji kosong setiap kali pilihan raya kecil diadakan asalkan mengundi parti itu boleh masuk syurga.

"Saya hairan, mengapa mereka percaya pada PAS yang tidak buat apa-apa kerja tapi menjanjikan syurga dan menolak BN yang banyak membuat pembangunan di sana," katanya. (Utusan Malaysia 19/1/2009)

PAS hendak tanya bila ia janjikan syurga kepada para pengundi? Saya hendak cadangkan supaya Ali Rustam cadangkan kepada penceramah Umno supaya janji siapa yang undi Umno-BN dapat syurga. PAS sikit tidak marah. Biarlah masyarakat menilai bahawa undi BN dapat syurga.

Sebenarnya apa yang berlaku hendak menunjukkan bahawa memang Umno sudah tidak lagi boleh hidup lama dan Umno sudah tua seperti yang disebut oleh Musa Hitam, mantan Timbalan Perdana Menteri. Umno kena tinggal ideologi lapuk mereka yang tidak mempunyai hala tuju. Ideologi sekular yang Umno pejuangkan akan menemui ajal dan tidak sesuai dengan fitrah manusia.

Semua ideologi manusia tersungkur di muka bumi ini. Dasar pragmatism (berubah-berubah) ikut suasana sudah tidak sesuai pada era ini. Rakyat benci dengan sikap bermuka-muka dan menjadi bahan ketawa dan mainan orang sahaja. Kalau ideologi komunis boleh tersungkur dalam masa 70 tahun oleh pengikutnya sendiri, maka Umno juga akan roboh melalui pengikutnya juga yang tidak tahu apa yang mereka pejuangkan selama ini.

Benarlah firman Allah SWT yang bermaksud: "Allah menanamkan rasa takut ke dalam hati mereka, sehingga mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangannya sendiri dan dengan tangan orang-orang mukmin. Maka ambillah (kejadian itu) untuk menjadi pelajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan." - al-Hasyr, 59:2

Umno hanya boleh bertahan kerana ia ada kuasa dan jentera kerajaan. Sebab itu kita boleh melihat yang menggerakkan jentera pilihan raya Umno di Kuala Terengganu ialah agensi kerajaan. Kalau hendak harapkan jentera parti ia tidak akan bermaya.

Umno perlu ingat jentera kerajaan mereka bekerja ikut waktu dan masa. Setiap tayar yang bergolek semuanya perlu disediakan wang. Berapa ramai pula pegawai kerajaan yang dikerah untuk membantu pilihan raya Kuala Terengganu adalah daripada kalangan mereka yang menyokong dan simpati dengan Pakatan Rakyat.

Sampai bila Umno boleh bertahan dengan sikap demikian rupa. Sekarang lima negeri Umno sudah tidak bermaya dan sudah lumpuh. Ada sesetengah tempat hendak buat mesyuarat Umno cawangan terpaksa buat di kedai kopi kerana tidak ada tempat.

Selama ini pejabat Umno ialah hak milik kerajaan. Sekarang apabila Umno kalah maka tidak ada tempat untuk bergantung lagi. Ini berbeza dengan PAS dan Pakatan Rakyat, kita tegak di atas keringat dan usaha pengorbanan di kalangan ahlinya sendiri.

Umno bergerak dengan upah, bukan berasaskan hati yang suci. Sebab itu pada hari mengundi kita boleh lihat bagaimana bangsal panas Umno hanya meriah dalam beberapa jam sahaja selepas itu keadaan menjadi lengang, kerana bayaran setakat itu sahaja.

Dari segi moral mereka sudah kalah. Ia berbeza dnegan bangsal panas PAS sentiasa dipenuhi sampai tutup pintu pagar tempat mengundi. Sahlah Umno sudah habis gas dan tidak mampu lagi untuk menyalakan dapur perjuangan mereka dan menunggu hari untuk di talkinkan oleh ahlinya sendiri. - lanh _

KES SERBAN

Kes serban: Pelajar pondok pilih penjara daripada bayar denda

Salmah Mat Husain
Mon | Jan 19, 09 | 9:20:04 pm MYT

KOTA BHARU, 19 Jan (Hrkh) - Seorang pelajar pondok sanggup memilih untuk menjalani hukuman penjara daripada membayar denda RM90 setelah disabit bersalah kerana menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.Ketika ditahan polis beliau memakai serban.

Ahmad Nasir Darus, 27 memilih menjalani hukuman penjara selepas Majistret Tengku Amalin A'Ishah Putri memutuskan dikenakan hukuman denda RM90 atau menjalani hukuman penjara dua hari.

Bagaimanapun di atas alasan memegang prinsip demi mempertahankan sunnah Rasulullah saw beliau lebih sanggup ditahan di penjara.

Keputusan itu dibuat majistret setelah meneliti keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan serta hujahan bertulis yang dikemukakan.

Mahkamah mendapati pihak pembela gagal membuktikan keraguan yang munasabah dan tiada keterangan saksi-saksi lain yang dapat mengesahkan Ahmad Nasir seorang lebai.

Bagaimanapun pelajar pondok itu yang diwakili peguam Ahmad Rizal Effande Zainol memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut bagi membolehkan rayuan dikemukakan di Mahkamah Tinggi.

Namun mahkamah menolak permohonan peguam dan mengekalkan keputusan asal. Pendakwaan kes tersebut dikendalikan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Mohd Yusri Mamat.

Ahmad Rizal ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu beliau menyerahkan kepada anak guamnya untuk memilih sama ada ingin membayar denda atau sebaliknya.

Katanya, anak guamnya merasakan dirinya tidak bersalah kerana ia hanya mempertahankan sunah Rasulullah saw dengan memakai serban.

Oleh itu beliau akan memfailkan permohonan rayuan ke Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat.

"Saya akan membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi bagi dijadikan bahan akademik dan rujukan kerana terdapat kekaburan pada istilah 'lebai' dalam peruntukan undang-undang," katanya.

Perkarangan mahkamah dipenuhi hampir 100 rakan Ahmad Nasir yang datang untuk memberikan sokongan moral.

Pada 20 September dua tahun lalu Ahmad Nasir disaman di Jalan Pasir Tumboh atas kesalahan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar sebaliknya memakai serban.

Beliau disaman kerana melakukan kesalahan yang bertentangan dengan Kaedah 4 Motosikal (topi keledar keselamatan) 1973 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dibaca bersama dengan Seksyen 128(1) akta yang sama.

Ketika dihadapkan ke mahkamah pada 4 November 2007 beliau membuat pengakuan tidak bersalah serta mohon dibicarakan. - mj _

ALI RUSTAM HAIRAN ORANG LEBIH PERCAYA PADA PAS


BN mungkin menang jika pengundi luar balik - Ali

19 Jan 2009 10:29AM
MELAKA: Barisan Nasional (BN) mungkin mampu mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu sekiranya semua pengundi kawasan tersebut yang tinggal di luar, pulang pada hari pembuangan undi semalam.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, faktor tersebut menjadi antara penyebab kekalahan BN kepada Pas dengan majoriti 2,631 undi.

Beliau berkata, pada pilihan raya kecil kali ini, peratusan yang keluar mengundi hanya 79 peratus sahaja berbanding 83 peratus pada 2004.

"Ini bermakna, pengundi berkurangan sebanyak empat peratus, iaitu kira-kira 3,000 pengundi dan kalau semua ini penyokong BN, tentu kita akan menang," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Pelancaran Perkhidmatan Ambulans Kecemasan 24 Jam St. John Ambulans Malaysia cawangan Melaka di sini hari ini.

Jumlah keluar mengundi ialah 63,993 pengundi atau 79.9 peratus daripada 80,229 pengundi berdaftar.

Ia jauh lebih rendah berbanding pilihan raya umum pada 8 Mac tahun lalu yang menyaksikan 82.45 peratus atau 66,231 orang keluar mengundi.

Mohd. Ali menambah, faktor lain yang menjadi punca kekalahan ialah BN terlalu bermurah hati dengan melaksanakan pelbagai pembangunan di negeri itu.

"Pas sebenarnya mahukan pembangunan tetapi mereka suruh orang BN yang buat dan nampaknya pembangunan bukan lagi menjadi perkara terbaik perlu dilakukan BN," katanya. (tau xpe...)

Dalam nada menyindir Mohd. Ali berkata, BN juga perlu menjadi seperti Pas yang suka menabur janji-janji kosong setiap kali pilihan raya kecil diadakan asalkan mengundi parti itu boleh masuk syurga.

"Saya hairan, mengapa mereka percaya pada Pas yang tidak buat apa-apa kerja tapi menjanjikan syurga dan menolak BN yang banyak membuat pembangunan di sana," katanya. / Utusan

Isnin, Januari 19, 2009

7 PENGHARGAAN KHAS



Sekalung tahniah buat PAS kerana berjaya memenangi Pilihanraya Kecil P036 Parlimen Kuala Terengganu.Syabas juga buat pengundi di Kuala Terengganu yang membuat pilihan yang tepat.Terima kasih kepada jentera pilihanraya Pakatan Rakyat yang gagah ikhlas berjuang tanpa mengira upah.

Juga penghargaan khas buat:

1)TV 3 setengah masak,semoga terus membantu kempen Pakatan Rakyat di masa depan dengan tugas yang telah diamanahkan iaitu cucuk-menyucuk sehinggalah Pakatan Rakyat berjaya menawan parlimen.

2)Ezam dengan surat cintanya.Lepas ni boleh la tolong berkempen lagi untuk kemenangan Pakatan Rakyat dengan bahan-bahan yang telah lama dikau simpan.

3)Polis yang datang ramai-ramai ke KT untuk menjaga keamanan.Kalau boleh kekalkan polis yang seramai ini di KT.Nescaya keselamatan rakyat terjamin sepanjang masa.

4)Kerajaan BN yang memberi berbagai kemudahan,pakej rangsangan,modal perniagaan,peruntukan RM1 juta untuk tabung kebajikan nelayan,RM100 juta bina rumah kos rendah di Padang Hiliran dan berbagai sumbangan lagi ketika kempen pilihanraya.Semoga semua janji-janji yang dilaungkan seluruh alam itu akan dilaksanakan SEGERA tanpa menunggu datangnya pilihanraya seterusnya. Lagi satu jangan buat lupa pulak,RM1.6 bilion hingga RM1.3 bilion duit royalti minyak tu.

5)Menteri-menteri yang turun padang,diharap lepas ni selalulah turun menjenguk rakyat sepertimana dilakukan sewaktu kempen.

6)Media-media pengampu yang hanya membuatkan pemimpin mereka syok sendiri.

7)Pengundi-pengundi hantu yang memboikot pilihanraya hari ini.

Akhir sekali tak lupa juga kepada Pak Mat kedai nasi lemak di Kuala Ibai (terima kasih kerana bagi diskaun tiap-tiap pagi selama seminggu).




Misi UMNO/BN untuk mencabut taring PAKATAN RAKYAT gagal,sebaliknya taring semakin kukuh dan tajam.Terima kasih Kuala Terengganu.

Ahad, Januari 18, 2009

KT HILANG TIMBALAN MENTERI

Datuk Seri Najib Razak, memberi jaminan, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh akan diberi jawatan sebagai Timbalan Menteri jika menang pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian,mengenai kedudukan Wan Farid selepas melepaskan jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri baru-baru ini, bagi membolehkannya bertanding.

Begitulah petikan berita beberapa hari lalu. Hari ini perkara itu menjadi tidak menjadi realiti dimana Wan Farid tewas kepada Wahid dari PAS. Maknanya Wan Farid telah kehilangan jawatan Timbalan Menteri. Tiada lagi timbalan menteri dari Kuala Terengganu.

Tindakan berani pengundi yang sanggup kehilangan timbalan menteri dengan tidak memangkah BN harus mendapat pujian dan sanjungan. Majoriti rakyat sudah menolak BN yang sudah "dok rok cetong"(nazak/tak larat/lemah). Mereka juga sudah tidak terpedaya dengan keluk-kelek (flip-flop) media pengampu yang saban hari memburukkan Pakatan Rakyat.

BRAVO PAS - 7 PENGHARGAAN KHAS



Sekalung tahniah buat PAS kerana berjaya memenangi Pilihanraya Kecil P036 Parlimen Kuala Terengganu.Syabas juga buat pengundi di Kuala Terengganu yang membuat pilihan yang tepat.Terima kasih kepada jentera pilihanraya Pakatan Rakyat yang gagah ikhlas berjuang tanpa mengira upah.

Juga penghargaan khas buat:

1)TV 3 setengah masak,semoga terus membantu kempen Pakatan Rakyat di masa depan dengan tugas yang telah diamanahkan iaitu cucuk-menyucuk sehinggalah Pakatan Rakyat berjaya menawan parlimen.

2)Ezam dengan surat cintanya.Lepas ni boleh la tolong berkempen lagi untuk kemenangan Pakatan Rakyat dengan bahan-bahan yang telah lama dikau simpan.

3)Polis yang datang ramai-ramai ke KT untuk menjaga keamanan.Kalau boleh kekalkan polis yang seramai ini di KT.Nescaya keselamatan rakyat terjamin sepanjang masa.

4)Kerajaan BN yang memberi berbagai kemudahan,pakej rangsangan,modal perniagaan,peruntukan RM1 juta untuk tabung kebajikan nelayan,RM100 juta bina rumah kos rendah di Padang Hiliran dan berbagai sumbangan lagi ketika kempen pilihanraya.Semoga semua janji-janji yang dilaungkan seluruh alam itu akan dilaksanakan SEGERA tanpa menunggu datangnya pilihanraya seterusnya. Lagi satu jangan buat lupa pulak,RM1.6 bilion hingga RM1.3 bilion duit royalti minyak tu.

5)Menteri-menteri yang turun padang,diharap lepas ni selalulah turun menjenguk rakyat sepertimana dilakukan sewaktu kempen.

6)Media-media pengampu yang hanya membuatkan pemimpin mereka syok sendiri.

7)Pengundi-pengundi hantu yang memboikot pilihanraya hari ini.

Akhir sekali tak lupa juga kepada Pak Mat kedai nasi lemak di Kuala Ibai (terima kasih kerana bagi diskaun tiap-tiap pagi selama seminggu).




Misi UMNO/BN untuk mencabut taring PAKATAN RAKYAT gagal,sebaliknya taring semakin kukuh dan tajam.Terima kasih Kuala Terengganu.

DAULAT TUANKU

BN MENANG ANUGERAH DOK ROK CETONG



Setelah undian sms ditutup pada pukul 930 malam tadi BN telah berjaya menggondol Anugerah Dok Rok Cetong 2009 buat kali pertama. Kejayaaan ini adalah hasil kerja kuat mereka serta modal besar yang telah mereka laburkan sepanjang dua minggu lepas.

Anugerah ini merupakan yang pertama kali diperkenalkan di rantau ini oleh sebuah syarikat multinasional yang berpengkalan di Gunung Stong.

Sabtu, Januari 17, 2009

RASMI: PAS JUARA DI KT



Ini bukan keluk-kelek. Ini betul, PAS membuktikan bahawa parti itu bukanlah sebuah parti keluk-kelek dengan memenangi pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu.
PAS mendapat 32,883 undi manakala BN 30,252 undi dan bebas 193 undi.

Dengan kejayaan menghumbankan BN ke pesisir Laut Cina Selatan ini maka hilanglah segala keangkuhan mereka selama ini.Ada alasan aku mengatakan mereka angkuh.Contohnya mereka menggunakan segala media yang ada bagi mengapi-apikan dan memburukkan kerjasama Pakatan Rakyat.Aku rasa paling silap ialah mereka mempermainkan hukum HUDUD.Ini hukum Allah beb...jangan dok buat main.

Banyak modal telah mereka keluarkan bagi mengekalkan kerusi P036 di tangan mereka. Entah berapa juta akupun tak tau.Tak bagi serba salah,bagipun orang tak pangkah.Itulah hasilnya.

Tahniah buat jentera Pakatan Rakyat yang telah bergabung tenaga bagi memastikan kemenangan ini.Syukur ke hadrat Allah swt.

PAS 32883 BN 30252 BEBAS 193

SEMUA PETI UNDI TELAH MASUK >>> PAS 32,883 BN 30,252

PASti MENANG LAH!!!!!!!

Terkini 9 malam: PAS 27,932 BN 26,646. Pas masih mendahului 1286 mojoriti.

ANUGERAH DOK ROK CETONG HAMPIR PASTI KE TANGAN BN

Berdasarkan undian sms peminat yang sedang dalam proses pengiraan, BN hampir pasti menggondol Anugerah Dok Rok Cetong 2009..

PAS HAMPIR PASTI JUARA

8.16 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 24,604 undi dan BN mendapat 22,380 undi. PAS mendahului dengan majoriti 2,224 undi. Sejumlah 48,842 undi telah dikira sehingga ini.

SAH PAS MENANG

Jika tiada aral melintang..Insya Allah kita akan berjaya menerbangkan BN dari Kuala Terengganu ke pesisir Laut Cina selatan. Setakat ini PAS masih mendahului adegan kejar mengejar jumlah undi yang diterima...solat dulu beb!

PAS SAPU BERSIH

KEPUTUSAN TIDAK RASMI 7PM- PAS mendapat 14,802 undi manakala BN mendapat 14,644 undi. PAS menang di semua dewan undangan negeri, kecuali Ladang. PAS mendapat majoriti terbesar di Wakaf Mempelam dan Batu Burok.

SIAPA BAKAL MENGGONDOL ANUGERAH DOK ROK CETONG MALAM INI?



KUALA TERENGGANU (17 Januari 2008): Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba dengan tenangnya.Tenang setenang-tenangnya,tidak seganas ombak laut Pantai Chendering ketika musim tengkujuh. Hari ini merupakan hari penentuan parti manakah yang bakal menggondol anugerah DOK ROK CETONG 2009. Anugerah yang pertama kali diperkenalkan pada tahun ini oleh sebuah syarikat multinasional yang berpengkalan di Gunung Stong.

Menurut CEO syarikat tersebut Encik Kera Jantan (Gambar Atas), pengenalan anugerah ini berdasarkan merit siapa yang paling dok rok cetong (paling lemah)tapi bukan lah lemah tenaga batin atau lemah jantung,sebaliknya parti yang kurang bertenaga untuk terus hidup subur di muka bumi ini.

Jelasnya lagi anugerah ini akan diteruskan pada tahun-tahun mendatang sekiranya syarikatnya dapat terus bertapak di Malaysia.Beliau turut menyeru para pemilih bijak memilih sebab dah nama pun pemilih mestilah pandai memilih. Mereka perlu bijak memilih siapa yang paling layak memiliki anugerah berprestij DOK ROK CETONG ini.
Beliau juga menyeru supaya hantu-hantu tidak berkeliaran dan membuat kacau semasa proses pemilihan ini.

"Kita tidak teragak-agak untuk membatalkan anugerah ini sekiranya hantu juga turut menyertai proses pemilihan.",tegas Encik Kera Jantan secara selamba tapi serius gila sambil menyedut sebatang rokok jenama terkemuka.

Pengerusi Putera Umno 'ditahan' kerana menyamar, laporan polis akan dibuat




KUALA TERENGGANU, 17 Jan (Hrkh) - Pengerusi Biro Putera Umno Dato' Abdul Azeez Abdul Rahim telah 'ditahan' oleh sepasukan skuad pemantau PAS daripada Kedah kerana dipercayai menyamar sebagai agen tempat mengundi.

Kejadian berlaku kira-kira 10.45 pagi tadi apabila skuad pemantau PAS yang diketuai oleh Syed Fadil Husin dan Ahmad Rizal menyedari Abdul Azeez keluar daripada tempat mengundi di Sekolah Kebangsaan Pusat Cahbang Tiga, dekat sini.


Azeez didapati memakai kad pas agen Barisan Nasional (BN) kepunyaan Ibrahim Omar nombor kad pengenalan 660404-11-5335 dan mendakwa beliau merupakan anak tempatan sedangkan beliau adalah calon BN yang bertanding di kawasan Parlimen Baling, Kedah melawan Dato' Taib Azzamuddin daripada PAS.

Satu laporan polis bakal dibuat kerana kesalahan Azeez yang didakwa menyamar sebagai agen tempat mengundi.

Berita lanjut menyusul kemudian. - azm _

ASYIK KAJI BILA NAK GUNA?


SPR kaji guna semula dakwat kekal hari mengundi
Oleh G. MANIMARAN
MSTAR

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kemungkinan besar akan menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya akan datang.

Penggunaan dakwat kekal yang dibatalkan pada saat-saat akhir dalam pilihan raya umum lalu akan diteruskan dalam pemilihan akan datang, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini.

"Kami sedang mengkaji untuk meneruskan rancangan penggunaan dakwat kekal," kata beliau selepas meninjau proses pengundian pilihan kecil Kuala Terengganu di Sekolah Menengah Tuanku Bariah pagi tadi.

Tambah beliau, satu kajain akan dijalankan untuk meneliti kemungkinan tersebut.

Ketika ditanya sama ada ia akan digunakan dalam pilihan raya umum akan datang, beliau berkata jika boleh SPR akan menggunakan dalam mana-mana pilihan raya kecil jika ada.

"Kalau boleh kita akan cepatkan, kita akan mulakan dengan pilihan raya yang kecil di kawasan yang kecil lebih awal sebelum pilihan raya umum," katanya.

Bagaimanapun jelas beliau, langkah tersebut memerlukan kajian dalam aspek perundangan.

Pembatalan penggunaan dakwat kekal pada kuku itu ekoran wujudnyanya laporan yang menyatakan penyeludupan dakwat tersebut telah dibuat sebelum pilihan raya umum yang lalu.

Malah Jemaah Menteri pernah meminta SPR menimbangkan penggunaan dakwat kekal dengan mengambil kira isu, bahawa pelaksanaannya mungkin bercanggah dengan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan membatalkan penggunaan dakwat kekal tersebut dibuat empat hari sebelum proses pembuangan undi 8 Mac lalu.

PAS Yakin Menang, 70% Sudah Keluar Mengundi

KUALA TERENGGANU - Hampir 70 peratus warga Kuala Terengganu telah keluar mengundi dalam pilihan raya kecil yang diadakan untuk memilih Ahli Parlimen baru bagi kerusi Kuala Terengganu - kali kedua selepas pilihan raya umum Mac lalu. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, peratusan itu merupakan pertambahan sebanyak 30 peratus sejak pukul 12 tengah hari tadi. Sementara itu, beberapa pemimpin PAS yang dihubungi berkata, mereka berada dalam keadaan yang cukup selesa untuk mencapai kemenangan hari ini. Bagaimanapun, mereka tetap bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Terdahulu, setakat tengah hari tadi, kira-kita 40 peratus pengundi telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka. "Seramai 41.84 peratus atau 33,133 pengundi sudah mengundi setakat ini," kata Abdul Aziz yang turut menyifatkannya sebagai memuaskan. Beliau yakin ramai yang akan keluar mengundi menjelang 5 petang ini. Daripada 33,133 itu, seramai 1,323 mengundi antara 8 dan 9 pagi, 18,624 (antara 9 dan 10 pagi), 3,225 (antara 10 dan 11 pagi) dan 9,850 (11 pagi dan 12 tengah hari). Kerusi ini mempunyai 80,229 pengundi tetapi hanya 79,194 orang mengundi hari ini selepas ditolak pemilih pos.

Kehadiran Banyak Trak FRU Jadi Tanda Tanya

KUALA TERENGGANU - Petugas-petugas PAS dan Pakatan Rakyat mulai bimbang dengan kehadiran lebih ramai anggota polis simpanan persekutuan (FRU) di beberapa pusat pengundian yang disifat agak panas. Kehadiran anggota keselamatan itu dicurigai kerana bilangan di sesetengah tempat begitu ramai sehingga ada tujuh trak iaitu di Sekolah Kebangsaan Ladang. Manakala di tempat-tempat lain termasuk di Wakaf Mempelam, Dun Bandar dan Dun Batu Buruk juga kelihatan trak FRU. Seorang petugas Pakatan Rakyat berkata, kehadiran bilangan anggota FRU yang begitu ramai dibimbangi memberi laluan kepada kemungkinan pengundi hantu masuk. "Ini kerana Umno mahu peratusan keluar mengundi lebih 85 peratus bagi mempertahankan kerusi tersebut. Dan kalau tidak sampai jumlah itu peluang Umno menjadi sukar. "Oleh itu dibimbangi kehadiran FRU boleh memberi ruang kepada kegiatan tidak sihat berlaku, bukan lagi menjadi keselamatan tempat pembuangan undi," kata seorang petugas dari Gua Musang. Sebelum ini Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar menjelaskan bilangan anggota polis yang dikerah ke sini seramai 3,500 orang. Sedangkan sebelum ini kenyataan dari Bukit Aman menyebut 6,000 orang. Namun ramai berpendapat bilangan itu lebih ramai kalau ditengok dengan penempatan sementara yang dibina di setiap Dun.

pahangdaily.blogspot.com

ANUGERAH DOK ROK CETONG 2009



KUALA TERENGGANU (17 Januari 2008): Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba dengan tenangnya.Tenang setenang-tenangnya,tidak seganas ombak laut Pantai Chendering ketika musim tengkujuh. Hari ini merupakan hari penentuan parti manakah yang bakal menggondol anugerah DOK ROK CETONG 2009. Anugerah yang pertama kali diperkenalkan pada tahun ini oleh sebuah syarikat multinasional yang berpengkalan di Gunung Stong.

Menurut CEO syarikat tersebut Encik Kera Jantan (Gambar Atas), pengenalan anugerah ini berdasarkan merit siapa yang paling dok rok cetong (paling lemah)tapi bukan lah lemah tenaga batin atau lemah jantung,sebaliknya parti yang kurang bertenaga untuk terus hidup subur di muka bumi ini.

Jelasnya lagi anugerah ini akan diteruskan pada tahun-tahun mendatang sekiranya syarikatnya dapat terus bertapak di Malaysia.Beliau turut menyeru para pemilih bijak memilih sebab dah nama pun pemilih mestilah pandai memilih. Mereka perlu bijak memilih siapa yang paling layak memiliki anugerah berprestij DOK ROK CETONG ini.
Beliau juga menyeru supaya hantu-hantu tidak berkeliaran dan membuat kacau semasa proses pemilihan ini.

"Kita tidak teragak-agak untuk membatalkan anugerah ini sekiranya hantu juga turut menyertai proses pemilihan.",tegas Encik Kera Jantan secara selamba tapi serius gila sambil menyedut sebatang rokok jenama terkemuka.

Jumaat, Januari 16, 2009

"Kasi pecah you punya muka"

Azilah dakwa ADC Najib arah bantu Razak Baginda

Harakahdaily
Fri | Jan 16, 09 | 12:29:33 pm MYT
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Hrkh) - Pengakuan Ketua Inspektor Azilah Hadri yang dituduh dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu kes yang mendakwa ADC Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak mengarahkannya membantu Abdul Razak Baginda memeranjat banyak pihak.

Azilah dalam pengakuannya menyatakan ADC Najib iaitu Musa Safri menghubungi beliau pada 17 Oktober 2006 bertanyakan sama ada sesiapa di Balai Polis Brickfields boleh membantu Abdul Razak Baginda.

Pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) membalas bahawa dia mengenali seorang Superintendan Idris Karim yang juga Ketua CID daerah terbabit. Kata Azilah, Musa memberitahu bahawa Abdul Razak sedang diugut (blackmailed) dan mengarahkannya berjumpa Abdul Razak untuk diperkenalkan kepada Idris.

Mereka bertiga dikatakan bertemu keesokan harinya dan dalam pertemuan itu Azilah menyatakan bahawa Abdul Razak memberitahu bahawa beliau sedang diugut oleh seorang lelaki dan wanita yang kedua-duanya berbangsa cina.

Abdul Razak memperdengarkan rakaman suara lelaki cina kepada Azilah yang menyatakan antara lain berbunyi :"Kasi pecah you punya muka".

Azilah menasihatkan Abdul Razak untuk membuat laporan polis namun beliau enggan. Abdul Razak juga memberitahu beliau telah mengupah seorang penyiasat persendirian dan kemudiannya memberi alamat kepada Azilah yang tertera alamat nombor bilik 823 Hotel Malaya di Kuala Lumpur. Bagaimanapun Abdul Razak mengarahkannya pergi ke bilik 512 untuk 'menasihati Aminah'.

Di Permatang Pauh, Najib dikatakan telah bersumpah dalam sebuah masjid bahawa dia tidak pernah kenal wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. - azm_

PAS MENANG BESAR



PAS menang besar di KLpos, Berita Harian, Mstar

15 Jan 2009 1:34PM
Oleh Wartawan KLpos.com

SETAKAT semalam, tinjauan yang dijalankan oleh beberapa akhbar tempatan dan online mendapati calon PAS Abdul Wahid Endut mendahului dengan jarak yang begitu ketara sekali.

Hasil bancian dari pembaca KLpos.com setakat ini menunjukkan PAS mendahului dengan 70 peratus di ikuti calon BN 26 peratus dan Bebas 3 peratus.

Manakala masing-masing 1 peratus memilih untuk rosakkan undi dan tidak keluar mengundi jika mereka diberi peluang mengundi pada 17 Januari ini.

Undian di KLpos.com turut disertai dengan hampir 400 komen ditinggalkan oleh para pembaca setakat hari ini.

Satu lagi akhbar mStar Online yang dikatakan versi The Star berbahasa melayu menunjukkan calon PAS mendahului dengan 82 peratus serta BN dan Bebas masing-masing memungut 13 dan 4 peratus.

Portal Berita Harian pula semalam menunjukkan calon PAS menang dengan undian 73.3 peratus berbanding BN 23.3 peratus.

Itu kata pelayar internet. Keputusan yang bakal dibuat oleh lebih 80 ribu rakyat Kuala Terengganu akan secara rasminya diketahui pada malam 17 Januari ini.

BIL API RUMAH ANWAR HANG ADA SIMPAN KA?



Dasyat la lu beb, boleh simpan surat lama-lama. 11 tahun tu.Tapi timing hang tunjuk surat tu tak kena. Tak relevan langsung dengan zaman IT. Sekarang mana ada orang pakai surat tulis tangan lagi. Out of dated. Semua main email saja.

Selain dari surat tu apa lagi yang hang simpan buat koleksi.Biasa hobi orang simpan setem tapi hang lain macam punya pelik dok ada.Bil api rumah Anwar hang ada simpan ka? Yang aku tau lagi satu hobi hang suka kumpul kotak.Betul ke beb?

CHEEYWAH!!!!...Kalah tiada dalam pilihan saya...


'Gadis sebelah saya berkaraoke cucu pemimpin PAS'

Muda Mohd Noor | Jan 15, 09 7:20pm

Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menjelaskan siapa sebenarnya seorang gadis yang duduk di sebelahnya dalam sekeping foto beliau sedang berkaraoke yang disebar meluas di internet.

Sambil menyifatkan penyebaran itu sebagai satu serangan peribadi terhadapnya dalam pilihanraya kecil ini, calon BN itu berkata beliau enggan membalas serangan tersebut.

Gadis itu, katanya, anak saudaranya sendiri yang juga "berpangkat cucu kepada seorang pemimpin PAS".

"Kalau saya mendedahkan identiti orang tersebut, nanti ada orang yang susah hati.

"Kempen saya ialah kempen yang positif dan bukannya negatif," katanya dalam sidang media di bangunan Umno Kuala Terengganu hari ini.

Gambarnya berkaraoke itu telah menjadi senjata terhadapnya bagi berdepan calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dalam kempen di kawasan parlimen Kuala Terengganu.

Wan Ahmad Farid turut meramalkan beliau mempunyai sedikit kelebihan untuk menang dalam pilihanraya, Sabtu ini.

Tambahnya, keyakinannya itu berdasarkan maklum balas yang diperolehi hasil daripada lebih 65,000 pengundi yang ditemui jentera pilihanraya BN.

Kuala Terengganu mempunyai 80,229 pengundi berdaftar - 88 peratus Melayu dan 11 peratus Cina.

"Tetapi kita nak jumpa seramai mungkin pengundi sebelum hari Sabtu ini.

"(Pilihanraya) ini saingan yang sengit tetapi akhirnya saya percaya orang Kuala Terengganu akan memberikan saya peluang," katanya.

Menurut Wan Ahmad Farid lagi, beliau mendapati ada tiga kategori pengundi sepanjang beliau menjalankan kempen menemui orang ramai.

Pertama, katanya, dikategorikan sebagai pengundi pembangkang apabila mereka berkata "undi (saya) itu rahsia."

Kedua, tambahnya, kalau mereka berkata "belum buat keputusan", masih ada pelung untuk BN mendapat undi mereka.

Kalau mereka ingin mendoakan kemenangannya, kata calon itu, golongan itu penyokong BN.

"Kalah tiada dalam pilihan saya... kita mesti menang untuk maruah BN dan Umno," katanya.

Malaysiakini

Khamis, Januari 15, 2009

AKHIRNYA TARIK DIRI



Pegawai pengurus tarik diri kendali pilihan raya Kuala Terengganu
Oleh G. MANIMARAN

Khamis Januari 15, 2009

[DIKEMAS KINI 9 MALAM] KUALA TERENGGANU: Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim yang menjadi kontroversi ekoran dakwaan PAS bahawa beliau meraih undi untuk calon Barisan Nasional (BN), menarik diri daripada mengendalikan pilihan raya kecil tersebut berkuatkuasa hari ini.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan pukul 8.20 malam tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan bahawa pihaknya telah menerima surat penarikan diri Mat Razali sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya mulai hari ini.


Setiausaha SPR, Datuk Ngah Senik berkata, pihaknya telah mengadakan mesyuarat berhubung keputusan Mat Razali itu dan setelah memperhalusi pelbagai sudut permohonan penarikan diri itu, SPR bersetuju untuk menerima keputusan tersebut.


Justeru kata beliau, selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 3 (C) dan 5 (1) (a), Akta Pilihan Raya 1958, SPR melantik Wan Mustafa Wan Hassan sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang baru.


Wan Mustafa merupakan Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan juga salah seorang daripada enam penolong pegawai pengurus pilihan raya kecil Kuala Terengganu.


Bagaimanapun kenyataan SPR itu tidak menyatakan sebab beliau menarik diri.


Dalam reaksi segera, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Wan Abd. Muttalib Embong berkata, pihaknya hanya mahukan seorang pengurus pilihan raya yang bebas dan kelihatan bebas.


Ketika ditanya sama ada pihaknya menyambut baik perkembangan itu, beliau berkata, PAS akan menilai situasi tersebut.


PAS yang semalam mendakwa Mat Razali meraih undi untuk calon BN hari ini menggesa SPR menangguhkan hari pengundian Sabtu ini jika perlu.


Parti komponen Pakatan Rakyat itu mahu pilihan raya kecil kerusi Parlimen ini ditangguhkan sementara suruhanjaya memutuskan pengganti Pegawai Pengurus Pilihan Raya.


"Jika wujud implikasi undang-undang dalam pelantikan Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang baru, SPR wajar menangguhkan pilihan raya kecil ini," kata Wan Abd. Muttalib Embong di Markas PAS Kuala Terengganu pagi tadi.


Semalam, Mat Razali yang merupakan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) ketika dihubungi mStar Online menafikan yang beliau telah berkempen meraih undi dengan meminta kakitangan MBKT supaya mengundi BN Sabtu ini.


Menurut Wan Abd. Muttalib, selain pertemuan pagi semalam di bangunan MBKT, Mat Razali juga dikatakan 'berkempen' untuk BN dalam tiga majlis berasingan secara berturut-turut iaitu Ahad, Isnin dan Selasa lalu.


Jelas Mat Razali semalam, selaku Datuk Bandar MBKT, beliau hanya menerangkan dasar-dasar kerajaan pada majlis taklimat yang diadakan pagi semalam.


Kawasan Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 80,229 orang pengundi dan daripada jumlah itu, kira-kira tujuh peratus merupakan kakitangan awam.

MSTAR

BUS STOP BAPAK DEPA



Bus stop pun dijadikan markas.Inilah yang dikatakan merakyatkan bus stop. Drebar bas pun confuse nak berenti ka taknak.Ghuyuuubbb betul la depa ni. Semua dah jadi harta bapak tiri laki mak dia. Kalau tak menang saja sangat la. Habis segala reta benda kerajaan depa guna untuk tarik undi.

Aku suspect betul la dengan depa ni. Tak reti nak beza antara harta awam dengan harta parti.Biaqpila takdak sapa boleh halang depa..lantak pi la!!!!!!!!!!!!!!!

LAYAN KARTUN SAT

PAKAK UNDI PAS

Rabu, Januari 14, 2009

ORANG KEDAH TETAP PANGGIL ALOQ STAQ



Ejaan rasmi ialah Alor Setar bukan Alor Star

ALOR SETAR: Ejaan rasmi nama bandar Alor Star diubah balik kepada ejaan asal iaitu Alor Setar mulai sekarang.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata mesyuarat Exco yang berlangsung di Wisma Darul Aman di sini hari ini meluluskan perubahan ejaan itu atas permintaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ejaan asal Alor Setar diubah kepada 'Alor Star' semasa Datuk Seri Syed Razak Syed Zain menjadi Menteri Besar Kedah pada lewat 1990an dan ia dikekalkan sehingga Barisan Nasional (BN) Kedah kalah pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan, Azizan berkata mesyuarat Exco bersetuju mengubah semula ejaan itu mengambil sempena nama pokok 'setar' dan perubahan ejaan itu tidak membabitkan kos besar bagi menukar papan tanda atau perkara yang berkaitan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Syed Unan Mashri Syed Abdullah akan mengeluarkan arahan rasmi kepada semua PBT dan jabatan kerajaan untuk mengubah ejaan itu dalam urusan rasmi dalam tempoh terdekat, katanya.

Azizan berkata Jabatan Kerja Raya akan diarah menukar papan tanda dengan menggunakan ejaan itu dalam masa terdekat.

Tahun lepas, kerajaan Kedah pimpinan PAS turut menukar nama Langkawi kepada 'Langkawi Permata Kedah'. BERNAMA

DULU DIA BELI PENYAPU TAKDAK HAL PUN



Hangpa tengok gambag kat atas tu mesti hangpa ingat cerita ni. Masa tu kerajaan negeri keluar modal beli penyapu nak bagi hadiah kat kakitangan yang kurang produktif dan tak bernafsu kerja.Masa tu tak dak orang yang bising pun.Kalau yang bagi penyapu tu menteri besar Selangor la ni (Tan Sri Khalid Ibrahim), mesti orang umno kutuk kaw-kaw punya.Apatah lagi kalau dapat kat TV 3 setengah masak tu, jadi bahan kempen pilihanraya la.

Sekarang kerajaan negeri beli kereta Camry dia nak buat bising pulak. Ikut suka hati depa la,sebab depa yang memerintah,depa nak beli camry ka,mercedes ka,kancil ka,honda cub ka.Biaq pilaaa...itu duit rakyat yang pilih depa.Janji depa boleh kerja kuat dengan penuh bersemangat untuk memajukan ngeri. Hang dok bagi penyapu bukan nak suruh orang bersemangat buat kerja tapi suruh orang berenti kerja sebab bengang dapat penyapu.Kalau hang bagi vacuum cleener ke,seterika ke,pembakar roti ke ok la jugak.

Bila puak-puak pembangkang beli kereta baru hangpa suka sangat buat bising. Tengok kerajaan negeri Terengganu beli Mercedes,lepas tu kena simpan untuk kegunaan tetamu saja.Awat hangpa tak bising pulak?

Itu pasal aku nak menyeru semua pemimpin pembangkang supaya tak payah ambik port dengan suara-suara orang yang tak puas hati sebab kalah dalam pilihanraya ni. Depa ni masih terkejut beruk lagi tu. Masih belum percaya dengan apa yang telah ditakdirkan kepada mereka. Aku rasa berukpun dah hilang terkejut sebab dah lebih 10 bulan tragedi 8 mac tu berlaku.

Secawan Starbuck Secawan darah Palestin



"Secawan Starbuck Senilai Secawan Darah Palestina dan Libanon" Riyadl - Ini bunyi sebuah aksi BOIKOT produk Amerika dan Israel oleh warga Saudi di sebuah kafe terkenal dan tersebar di kota-kota negara kerajaan ini. Kafe Starbuck memang memberikan dananya langsung kepada Israel yang sampai kini meneruskan aksi brutalnya membunuhi rakyat Palestina dan Libanon...

Para aktifis boikot ini meletakkan kafe ini di urutan pertama dari perusahaan, produk, dan restoran yang diboikot. Islamonline menegaskan, aksi anti perusahaan kafe kelas internasional Starbuck ini mulai terlihat kesanya sejak
dipublikasikan sebuah artikel pemimpin pelaksana perusahaan, Howard Schultz di situs Zayubidia yang sangat peduli dengan kepentingan Israel dan dirinya menegaskan, perusahaanya memberikan sumbangan setengah keuntungannya untuk negara Israel sejak negara zionis melakukan invasinya ke Libanon.

Dalam artikelnya, Schultz berterimakasih kepada "pelanggan yang rela" memberikan satu cawan kopi yang mereka beli dari perusahaannya untuk mendukung dan menjaga keselamatan Israel dari serangan 'teroris'. Ia juga mengingatkan kepada semua warga Yahudi untuk melindungi Israel .

Sejak dipublikasikan artikel inilah warga Saudi mulai menyebarkan informasi ini melalui pesan singkat ( SMS )di telpon seluler yang menyerukan untuk melakukan
boikot kafe Strabuck.

Salah satu bunyi SMS ini adalah "hati-hati.. anda mendukung Yahudi dengan secawan kopi.. boikot Starbuck." Dalam internet juga tersebar poster yang berbunyi "pemimpin perusahaan Starbuck menyumbang setengah keuntungannya untuk pemerintah Israel sejak perangnya atas Libanon dan Palestin... saya bersaksi kepada
Allah dan malaikatnya bahwa saya memboikot Starbuck".

http://janggut-suarakaki.blogspot.com

GAMBAR LUCAH ORANG DAH MATI AKAN DIJUAL


Gambar 'erotik' Marilyn Monroe akan dijual tidak lama lagi

SUSUNAN OLEH ZIEMAN
Selasa Januari 13, 2009


AKSI 'panas' dan menggairahkan bintang lagenda mendiang Marilyn Monroe akan tetap menimbulkan sensasi walaupun aktres simbol seks itu sudah lama meninggalkan kita.

Berita terhangat di Hollywood sekarang ialah tujuh gambar bogel dan separuh bogel bintang lagenda Marilyn Monroe bertajuk "Last Sitting" yang dirakamkan pada tahun 1962 akan dijual tidak lama lagi.

Menurut HuffingtonPost.com., gambar-gambar yang disifatkan sebagai klasik itu dan dirakamkan oleh jurugambar Bert Stern akan dijual setelah satu penyelsaian damai dicapai baru-baru ini.

Stern telah mengambil 2,500 gambar erotik pelakon Marilyn yang terkenal dengan aksi ghairahnya untuk dimuatkan dalam majalah Vogue sejurus sebelum beliau mengambil lebihan ubat tidur dan menemui ajalnya.

Pada tahun lepas, khabarnya Stern telah mendapat tawaran lumayan dari dua jurugambar Donald Penny and Michael Weiss. Kedua jurugambar ini telah capai kata sepakat dengan Stern untuk menyalin tujuh transpirasi filem ke rakaman foto.

Walau bagaimanapun, Stern tiba-tiba telah mengambil tindakan mahkamah meghalang proses ini dan mendakwa foto-foto itu telah dicuri daripadanya. Sementara Penny and Weiss pula mendakwa mereka menjumpai foto ini di tempat pembuangan sampah sarap di kawasan Manhattan pada tahun 70an.

Apapun, masalah pendakwaan dalam mahkamah ini telah dapat diselesaikan secara baik baru-baru ini. Menurut penyelesaiannya, sembilan set foto daripada pemindahan transpirasi akan di hasilkan bersama utnuk dijual.

MSTARONLINE

Selasa, Januari 13, 2009

RTM PERLU ADAKAN FORUM PERDANA PERJELAS HUDUD, JEMPUT SEKALI SAMY VELLU DAN KARPAL SINGH

Hudud: Samy Vellu sifatkan Karpal 'gentleman'

Oleh G. MANIMARAN


KUALA TERENGGANU: Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini memuji Pengerusi DAP, Karpal Singh sebagai pemimpin yang berprinsip ekoran tindakannya secara terus-menerus menentang usaha PAS melaksanakan undang-undang hudud meskipun pemimpin lain parti itu mengambil pendirian bertentangan.


"Karpal adalah seorang ahli politik gentleman dan seorang veteran. Walaupun kami ada perbezaan pandangan, saya menghormati beliau tetapi tidak boleh mengatakan yang sama ke atas pemimpin-pemimpin DAP yang lain, yang hanya berminat untuk memenangi pilihan raya kecil ini berbanding masa depan negara (jika undang-undang hudud diperkenalkan)," kata beliau selepas berkempen di sini hari ini.


Samy Vellu, bekas anggota Kabinet, berada di sini sejak malam tadi untuk meraih sokongan pengundi-pengundi India di sini dalam pilihan raya kecil kali ini.


Karpal, kata Samy Vellu, selaku Pengerusi DAP sentiasa memperlihatkan pendirian konsisten apabila menyatakan pandangan tentang sesuatu isu.


"Kita mempunyai pandangan yang berlainan di Parlimen tetapi apabila beliau mengemukakan perkara baik, saya akan memberi laluan.


"Saya akan menjawab soalan beliau semasa saya di Parlimen jika ia sesuatu yang munasabah dan baik. Saya menghargai prinsip-prinsip beliau," katanya.


Karpal yang menyatakan pendirian tegas selama ini kelmarin berkata, parti itu sanggup bekerjasama dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), sekiranya PAS dan PKR tidak meneruskan usaha untuk melaksanakan undang-undang hudud.


"Dalam politik telah dikatakan bahawa tiada musuh atau rakan yang kekal, tetapi prinsip yang kekal perlu dimiliki oleh setiap parti politik," kata Karpal.


Karpal berkata, PAS dan PKR perlu menerima hakikat bahawa hudud tidak pernah termaktub dalam perundangan negara.


"Keamanan dan keharmonian di kalangan rakyat pelbagai anutan di negara ini tidak boleh digugat dengan percubaan untuk mengubah Perlembagaan Persekutuan," katanya.


Pada Rabu lalu, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penganut Kristian tidak perlu merasa gusar sekiranya masyarakat Islam mahukan undang-undang Islam.


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata, hukum hudud adalah untuk orang Islam sahaja sementara bukan Islam boleh memilih untuk dibicarakan di bawah undang-undang sivil.


Karpal berkata hujah tersebut tidak logik.

MSTARONLINE

LAGI RAMAI LAGI BAGUS

Ahli Umno bakal sertai PAS beramai-ramai di Kubang Kerian

Mohd Nor Yahya I Foto Rizal Tahir
Tue | Jan 13, 09 | 8:10:13 pm MYT
KOTA BHARU, 13 Jan (Hrkh) - Ketika Umno dan Barisan Nasional (BN) berhempas pulas mempertahankan kerusi parlimen Kuala Terengganu, sebaliknya rakan mereka di sini pula mengisytiharkan meninggalkan parti itu.

Hari ini seramai enam bekas Ketua Cawangan Umno di bahagian Kubang Kerian menyerah borang menyertai PAS kepada Yang Dipertua PAS kawasan itu, Dato' Husam Musa.

Hadir sama pada majlis bersejarah itu Timbalan Yang Dipertua, Ustaz Abdul Rahman Yunus dan Adun Pasir Tumboh, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah.

Mereka yang menyertai PAS iaitu bekas ahli jawatankuasa Umno Kubang Kerian yang juga Ketua Cawangan Umno Kampung Parit Barat, Mohd Noor Mustafa, Naib Ketua Cawangan Pasir Tumboh, Mohd Basir Mohd Zain, bekas Ketua Cawangan Taman Tiong, Ismail Daud.

Selain itu anggota jawatankuasa Cawangan Padang Enggang, Zahari Yaacob, ahli di cawangan Taman Tiong, Abdullah Kadir dan Mohamed Yusoff, bekas ketua cawangan Umno Pengkalan Patah.

Ismail Daud yang menjadi ahli Umno lebih 40 tahun berkata, Umno bukan lagi menjadi landasan kepada perjuangan orang Islam dan Melayu.

"Umno kini sudah hilang maruah. Kami merasakan Umno sudah hancur setelah menjalani pemilihan Umno peringkat cawangan Julai lalu. Rayuan kami terhadap penyelewengan yang berlaku tidak diendahkan pemimpin peringkat tertinggi," ujar beliau.

Mohd Basir Mohd Zain berkata, Umno sering mempermainkan hukum hudud seolah-olah memperlihatkan kejahilan mereka.

Menurutnya Umno yang menguasai negara ini sepatutnya melaksanakan hukum hudud dan bukannya mempersalahkan PAS yang hanya berkuasa di peringkat negeri.

"Saya amat tercabar apabila pemimpin Umno mempermainkan hukum Allah dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu sekarang, sedangkan mereka tahu tanggungjawab itu di bawah bidang kerajaan pusat," ujar beliau.

Mohd Noor Mustafa memberitahu lebih ramai lagi ahli dan penyokong Umno termasuk pemimpin peringkat bahagian akan menyertai PAS selepas pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Sementara itu, Husam berkata, Umno Kubang Kerian dan Kelantan kini sedang dilanda masalah dalaman terutamanya selepas pilihan raya umum ke-12 dan pemilihan peringkat bahagian baru-baru ini.

"Saya mengucap berbanyak terima kasih kepada mereka yang telah menyertai PAS. Ini memberi gambaran jelas akan reputasi Umno di kalangan ahli mereka sendiri telah tercemar," ujarnya.

Beliau juga berkata, mereka yang menyertai PAS itu akan dibawa membantu kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dalam masa terdekat ini. - mj _

EEEZAM,HANG TAK TAU KA SAPA BERTANDING?



Eeezam, hang tak tau ka yang bertanding dalam pilihanraya raya kecil p63 tu bukannya Anwar.Sebenarnya calon PAS yang bertanding kat sana. Kalau tak silap aku nama dia Encik Mohd Abdul Wahid Endut. Yang hang dok pi hentam Anwar tu pasai pa? Hang dok bawa keluaq ceghita 11 tahun lepaih tu buat apa. Ceghita yang dah berkarat,yang dah jadi batu karang pun hang dok pi hingaq kat Kuala Terengganu.Kalau kulit kerangpun dah jadi petroleum.

Kalau macam ni bungkuih la BN nanti. Lagi orang meluat dok ada. Aku tak kisah kalau BN bungkuih sebab memang aku tak sokong BN. Dah la masa pilihanraya kecil Permatang Pauh pun hangpa kalah.Ni nak bagi kalah lagi. Masa kat Permatang Pauh kira relevan la hang dok hentam Anwar,sebab dia yang bertanding.

Aku heran pasai pa orang yang bawa hang pi ceramah kat sana tak bagitau kat hang sapa yang masuk bertanding.Bungkuih..bungkuih....kalau hang ceramah pasai cara-cara nak jemur ikan masin pun lagi orang nak dengar la.

PORT HANTU DISERGAH



Pilihanraya Kecil : Tertangkap, Apa Sudah Jadi Dengan SPR, AMK Berjaya Mengesan Beberapa Lagi Port Pengundi Hantu Di Kuala Trengganu

Monday, January 12, 2009

KUALA TRENGGANU - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat berjaya mengesan dua lokasi yang mungkin digunakan oleh Barisan Nasional sebagai ’port’ (tempat) meletakkan pengundi hantu. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama Pengarah Pilihanraya AMK Fariz Musa telah menyerbu lokasi berkenaan bagi mendapatkan maklumat sebenar tentang pengundi-pengundi yang didaftarkan di situ.Bercakap di lokasi tersebut semalam, Fariz Musa berkata pihaknya berjaya mengesan pengundi yang meragukan, kemungkinan besar ’pengundi hantu’ berdasarkan Sistem Menang Pilihanraya (SISMEP). "Kita berada di lokasi yang beralamat 78 Jalan Sultan Ismail, iaitu di pasaraya Hock Kee Seng, yang mana kami (AMK) berjaya mengesan lebih 20 pengundi wujud dalam senarai pengundi didaftarkan menggunakan alamat ini,”apabila kami meminta penjelasan dari pegawai pasaraya, beliau berkata tidak ada sesiapa yang tinggal di bangunan ini,” ujar Fariz.


Menurutnya SISMEP juga mengesan tiga nama dari daftar pengundi yang berdaftar pada alamat itu dikenalpasti sebagai ahli wanita UMNO yang berdaftar. Katanya bukti itu mengukuhkan lagi dakwaan wujudnya pengundi hantu dan lokasi tersebuti adalah antara beberapa tempat yang digunakan Barisan Nasional untuk menempatkan pengundi hantu. Oleh yang demikian beliau menggesa pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengambil tindakan segera membersihkan senarai pengundi yang tidak wujud itu. "Tindakan ini kami ambil supaya pihak SPR mengambil langkah segera membersihkan senarai pengundi,”kami juga mencabar Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said (yang menafikan wujudnya pengundi hantu) supaya turun bersama AMK ke lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti.” katanya.


Beliau berkata antara lokasi lain dimana wujudnya pengundi hantu adalah adalah yang beralamat di No. 22 Jalan Sultan Ismail dan dirumah nenek beliau di Jalan Tekukur Kuala Terengganu. "No. 22 Jalan Sultan Ismail adalah premis kepada Restoran makanan segera KFC dan Pizza Hut, di rumah nenek saya terdapat seorang berbangsa Cina berumur 82 tahun yang didaftarkan,” katanya.

Isnin, Januari 12, 2009

11 TAHUN BARU DIA PIKIAQ

Anwar: 2 pendedahan Ezam sudah tidak relevan
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan memberi respon atau menjawab sebarang pertuduhan seperti yang dicabar oleh bekas Setiausaha Politiknya, Mohamad Ezam Mohd Nor mengenai dua perkara penting yang didedahkannya sewaktu berkempen di Kuala Terengganu kelmarin.


Beliau sebaliknya mendakwa Ezam diperalatkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam kempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu untuk meraih undi.


"Saya tidak pernah respons kepada Ezam, sejak bila saya respons kepada dia?


"Di Permatang Pauh mereka gunakan dia, setiap pilihan raya kecil dia akan digunakan," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.


Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai cabaran Ezam supaya menjawab pendedahan terbaru berhubung


Semalam, Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu pernah memintanya supaya menguruskan langkah berdamai dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak sampai seminggu selepas dipecat.


Malah Ezam turut mendedahkan tarikh tepat beliau melihat kandungan enam kotak rahsia yang dikaitkan dengan kononnya bukti gejala rasuah pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) semasa berada dalam kerajaan.


Ditanya sama beliau ingin menafikan atau mengakui mengenai pendedahan Ezam itu, Anwar berkata, isu merupakan isu lama yang sudah tidak relevan.


"Dia cakap mengenai isu bila, 1998? Sekarang sudah 2009, dia tunggu 11 tahun untuk fikir," katanya.


Bagaimanapun Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen berkata isu yang dibangkitkan Ezam tiada kaitan dengan pilihan raya kecil Kuala Terengganu.


"Apa isunya? Saya tak nampak sebarang isu yang cuba beliau bangkitkan," katanya


MSTAR

Ahad, Januari 11, 2009

Mengapa PM terlalu bersungguh pertahan jawatan Wan Farid, bukan rakyat?

WAN NORDIN WAN YAACOB
Sun | Jan 11, 09 | 10:12:43 am MYT
(Analisis) : Sikap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan hanya cenderung memperjuangkan hak dan jawatan calon BN, Dato' Wan Farid Wan Salleh berbanding hak rakyat mengundang persepsi negatif.

Ramai di kalangan pemimpin setempat menyatakan hakikat ini dapat dilihat dalam komen terbaru Abdullah dibeberapa akhbar yang mempertahankan tindakannya memilih Wan Farid selaku calon BN.

Abdullah dalam laporan akhbar berkata, beliau menerangkan kepada mereka jentera BN kepentingan memastikan Wan Farid menang kerana Wan Ahmad Farid sudah berkorban dengan mengambil risiko kehilangan jawatan Timbalan Menteri dan Ahli Dewan Negara.

Katanya, beliau memberitahu Wan Ahmad Farid beliau mengambil risiko kehilangan jawatan berkenaan dan jika kalah tidak boleh minta semula jawatan Setiausaha Politik Perdana Menteri.

Abdullah sebelum ini dikritik hebat kerana memilih Wan Farid berikutan dakwaan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu itu adalah bekas Setiausaha Politik PM dan rakan karib menantunya, Khairy Jamaluddin.

Paling lantang mengkritik pemilihan Wan Farid ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan Wan Farid adalah calon terburuk yang dipilih Abdullah.

Di Kuala Terengganu sendiripun, isu imej Wan Farid sudah menjadi topik utama di kedai-kedia kopi, di markas dan UPU selain kalangan masyarakat setempat.

Namun Abdullah terus mempertahankan dakwaan itu dengan berkata beliau pelik kerana orang Umno yang lebih banyak bercakap mengenai yang tidak elok terhadap calon BN berbanding dengan pihak pembangkang.

Abdullah berkata, beliau tidak tahu yang calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu itu, sombong.

"Orang kata dia sombong, saya tidak tahu. Kalau saya tahu dia sombong, saya tidak ambil dia jadi setiausaha politik saya,? katanya.

Abdullah menegaskan demikian di majlis bersama pemimpin Wanita Umno di Kuala Terengganu 8 Januari lalu.

Antara isu yang ditimbulkan masyarakat setempat ialah sikap Wan Farid yang didakwa sombong dan tidak pandai bergaul dengan orang ramai.

Bukan sahaja orang ramai, malah ada juga sebilangan penyokong Umno yang dikatakan merungut kerana sukar untuk bertemu dengan Wan Ahmad Farid.

Dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang akan diadakan 17 Januari ini, Wan Ahmad Farid menghadapi saingan tiga penjuru dengan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut dan calon bebas Azharudin Mamat @ Adam.

Segelintir pemimpin masyarakat di sini mula menunjukkan nada protes kepada Wan Farid, begitupun Abdullah terus mempertahankannya.

Apakah yang akan berlaku terhadap Wan Farid 17 Januari ini, kuasa rakyat pastinya dapat menentukan kedudukan sebenar samada mereka akan memilih wakil rakyat sebenar atau sekadar memilih untuk memberi jawatan kepada wakil rakyat sahaja. _

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive