Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Julai 30, 2015

TIBA-TIBA

Tiba tiba....

1.Tiba-tiba Peguam Negara tetiba sakit dan diganti serta merta selepas ( dengan orang yang 5 thaun lebeh tua dari nya ) mengetuai badan penyiasat 1MDB. Penggantinya pun tetiba orang itu.

2. Tiba-tiba Ketua Cawangan Khas Bukit Aman ditukar juga

3. Tiba-tiba TPM ditukar selepas menegur isu 1MDB dan terus disungkit isu 1Bestarinet

4. Tiba-tiba org yg kritik TSMY dapat jadi menteri.

5. Tiba-tiba dilapurkan org penting isu 1MDB Jho Low dan Nik Fausal Jamil tidak ditemui.

6. Ttiba-tiba pengerusi PAC di parlimen yg siasat 1MDB diangkat jadi menteri

7. Tiba-tiba Bangunan Bukit Aman terbakar

8. Tiba-tiba keluar berita Gabenor Bank Negara terlibat korupsi .

9. Tiba-tiba langkahku terhenti ... Sejuta tangan telah menahanku .... Ingin ku maki .... Mereka berkata .... Tak perlu kau berlari .... Mengejar mimpi yang tak pasti .... Hari ini juga mimpi .... Maka biarkan .... Ia datang ..... Kepada mu .... Terima kaseh !!! 😄😅😆

Rabu, Julai 29, 2015

MENARA 2 BUKIT AMAN TERBAKAR





KUALA LUMPUR - Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman terbakar petang tadi, bagaimanapun ‎keadaannya masih belum dapat disahkan.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, mereka menerima panggilan kecemasan mengatakan bangunan lama menara ibu pejabat polis itu terbakar.

"Panggilan kecemasan diterima pada jam 5.20 petang tadi dan operasi memadam kebakaran melibatkan ‎Balai Bomba Hang Tuah, Sentul dan Titiwangsa'" katanya.

SH



MAJALAH TIME SARAN OBAMA ELAK BERTEMU NAJIB



Sebuah artikel yang disiarkan oleh majalah Time semalam menyarankan supaya Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengelak bertemu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Mendahului senarai lima sebab untuk Obama berbuat demikian ialah skandal 1MDB.

Menurutnya, semua berita dari Malaysia adalah negatif dan ia menegaskan bahawa Najib memecat timbalan beliau dan peguam negara semalam, yang didakwanya satu tindakan untuk membersihkan pengkritik.

Laporan yang diterbitkan dalam talian itu semalam berkata, Perdana Menteri Britain, David Cameron berdepan tekanan domestik kerana mahu meneruskan lawatan ke Kuala Lumpur minggu ini walaupun kontroversi itu semakin membesar.

Ulasan itu ditulis oleh editor bersekutu majalah Time, Charlie Campbell, dan ditulis sebagai satu senarai yang menyimpulkan setiap satu daripada lima isu yang sepatutnya menjadi alasan untuk mengelakkan bertemu Najib.

Cameron dijadual tiba di Kuala Lumpur esok, manakala Obama dijangka menghadiri Sidang Kemuncak AS-Asean dan Sidang Kemuncak Asia Timur di Kuala Lumpur pada akhir bulan November.

MK

Selasa, Julai 28, 2015

APA KATA BERUK TENTANG KABINET BARU

TANGAN TERJULUR DI TANDAS

TANGAN manusia yang dirakamkan terjulur keluar dari alat pengesan di sebuah tandas di lapangan terbang Hong Kong. 

Hong Kong: Seorang pengunjung yang menggunakan tandas di lapangan terbang Hong Kong terkejut selepas melihat tangan manusia tiba-tiba terjulur keluar dari dinding.
Tangan itu terjulur keluar dari alat pengesan yang digunakan untuk mengepam tandas secara automatik.
Walaupun terkejut lelaki berkenaan sempat merakamkan gambar tangan itu sebelum memuat naiknya di Internet baru-baru ini.
Gambar itu menjadi viral dalam tempoh beberapa hari dan orang ramai membuat pelbagai andaian bagaimana tangan itu boleh terjulur dari alat berkenaan.
Beberapa pengguna Internet percaya kemungkinan pekerja sedang menyelenggara alat pengesan berkenaan.
Sebilangan lagi pengguna mengatakan kemungkinan kejadian itu satu gurauan.
Sehingga kini lapangan terbang Hong Kong tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung gambar berkenaan.
Gambar itu bukanlah kejadian pelik pertama berlaku di lapangan terbang Hong Kong.
Pada Mac lalu, gambar seorang pelancong China memasak nasi di ruangan menunggu selepas terlepas penerbangannya menjadi viral di Internet. - Agensi


HM



Isnin, Julai 27, 2015

PENGEMIS TERCANTIK DI DUNIA



BEIJING - CHINA. Mempunyai rupa paras cantik bak ‘supermodel’, namun siapa sangka si gadis yang bernama Han Biyao ini 'bekerja' sebagai pengemis.

Han Biyao merupakan seorang gadis Tionghua, disebut-sebut sebagai pengemis tercantik di dunia.

Di mana sebalik rupa parasnya yang rupawan, ada kisah tragis yang pernah melanda dirinya.

Memetik laporan Rocket News baru-baru ini melaporkan, bahawa sebelum meninggal ayah Biyao merupakan seorang jutawan.

Sepeninggalan ayahnya menyebabkan ibunya jatuh sakit sehingga tidak mampu bekerja bagi menyara hidup.

Keperitan keluarga Biyao tidak terhenti di situ, apabila dilaporkan bahawa keluarga itu dihimpit dengan hutang hingga mencecah ratusan ribu yuan, hingga hampir memaksa Biyao untuk menjual keperawananya dek kerana untuk melangsaikan hutang tersebut.

Itulah kehidupan, hidup bagai roda kadangkala di atas kadangkala di bawah, itulah terjadi kepada Biyao di mana dahulu hidupnya dikelilingi dengan harta.

Namun dalam sekelip mata gadis berwajah cantik ini jatuh miskin dan hidup menderita, Biyao mengaku pernah bekerja sebagai seorang pelayan restoran demi menyambung hidup dan merawat ibunya.

Kini, Biyao memilih menggunakan kelebihan suaranya untuk menjadi penyanyi selain masih mengemis di sudut-sudut kota metropolitan Beijing, China.


SH

Ahad, Julai 26, 2015

LAWAK AHAD: KAHWIN 7


Kisah seorang anak berumur 5 tahun,

Selepas menonton kisah Maharaja di TV :

"Ibu , saya juga mahu 7 isteri, seorang akan memasak untuk saya, seorang akan membaca untuk saya , seseorang akan berjalan kaki dengan saya, seorang yang akan menyanyi untuk saya , seseorang boleh memandikan saya , seorang yang bole urut saya,seorang lagi yang boleh seterika baju saya.... "

Ibu tersenyum dan berkata :

" Malam nanti ibu tidak perlu menemani awak tidur ! "

Selepas beberapa pemikiran , anak berkata :

" Tidak boleh, saya masih mahu tidur dengan ibu ! "

Ibu gembira dengan kata2 itu dan dengan tiba2 matanya mengalir air mata kebahagiaan :

"Anak manis saya ! ",kata si ibu

"Kalau begitu siapa yang akan tidur dengan 7 isteri-isterimu ? ",tanya si ibu lagi.

" Biarkan mereka tidur dengan Daddy ! ",dengan selamba si anak menjawab.

Bapa gembira mendengar kata2 itu dan dengan tiba2 matanya mengalir air mata kebahagiaan :

"Anak manis saya ! ,kata bapanya.




Khamis, Julai 23, 2015

RAFIZI JUGA DISEKAT KE LUAR NEGARA


SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa telah disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen selepas menyemak statusnya di laman web jabatan itu, hari ini.

Menurutnya, selepas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dihalang meninggalkan negara hari ini, beliau telah membuat semakan tersebut.

“Saya baru dimaklumkan bahawa Tony Pua telah dihalang dari meninggalkan negara atas penglibatan beliau mendedahkan kes 1MDB (1Malaysia Development Berhad). Ekoran itu, saya telah menyemak status saya di laman web Jabatan Imigresen dan mendapati status senarai hitam saya adalah sama seperti status Tony Pua.

“Oleh yang demikian, saya mengesyaki saya juga telah disenaraihitamkan dan tidak dibenarkan keluar dari Malaysia,” katanya melalui satu kenyataan, hari ini.

Hari ini, Tony Pua dilaporkan telah ditahan pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ketika dalam perjalanan ke Indonesia.

Sementara itu, Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR mendakwa beliau mungkin akan dipanggil polis dalam masa terdekat.

“Mengikuti perkembangan sejak beberapa minggu lepas, saya juga mengesyaki bahawa saya dan Tony Pua akan dipanggil oleh pihak polis dalam masa terdekat dan berkemungkinan akan ditahan berdasarkan fitnah yang disebarkan melalui video oleh seorang yang bernama Lester Melanyi.

“Daripada hari pertama perkara ini disebarkan, saya telah menyatakan bahawa tuduhan itu adalah sebahagian dari konspirasi jahat untuk menutup mulut kami (saya, Tony Pua, Sarawak Report dan The Edge) oleh kerana kelantangan kami membawa isu 1MDB sejak beberapa tahun yang lepas,” katanya.


SH

Ahad, Julai 12, 2015

2 ORANG ATASAN 1MDB LETAK JAWATAN


Dua pengarah 1MDB meletak jawatan sebagai langkah protes selepas mengetahui dana berni;lai AS$700 juta (RM2.6 bilion) untuk projek kerjasama dengan PetroSaudi dipindahkan ke syarikat lain pada 2009.

Maklumat itu, lapor The Star, diperoleh daripada penyiasat yang meneliti dakwaan salah laku terhadap dana 1MDB.

Laporan itu juga menyebut Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan Tan Sri Azlan Mohd Zainol membuat keputusan meletak jawatan kerana marah apabila tuntutan mereka supaya wang berkenaan diserah semula, diabaikan.

"Ahli lembaga pengarah tidak berpuas hati apabila perjanjian ditandatangani tanpa banyak pertimbangan dan AS$700 bilion (RM2.6 bilion) yang diperuntukkan bagi projek kerjasama dipindahkan ke syarikat lain tanpa kebenaran mereka," lapor akhbar itu.

Tidak dapat dipastikan pihak mana yang mengetepikan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB untuk melakukan pindahan berkenaan serta enggan mengikut arahan supaya wang terbabit dipulangkan.

Malaysiakini


Rabu, Julai 08, 2015

WSJ KATA AKAUN YANG DIBEKUKAN BERBEZA DENGAN YANG DILAPORKAN


Akaun-akaun dibekukan pasukan petugas khas menyiasat dakwaan wang sebanyak AS$700 juta daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ke dalam akaun-akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak bukan akaun yang sama dilaporkan eksklusif Wall Street Journal (WSJ).

WSJ melaporkan pembekuan 6 akaun hari ini, memetik sumber rapat dengan siasatan yang akaun-akaun terlibat " berbeza daripada dinyatakan di dalam laporan Journal minggu lepas".

Selain 6 akaun dibekukan, dokumen dikaitkan dengan 17 akaun bank di dua bank turut dirampas pasukan petugas yang terdiri daripada Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pasukan petugas dalam satu kenyataan hari ini, bagaimanapun tidak menamakan bank di mana akaun dibekukan, juga tidak mengatakan sama ada ia milik Najib.
Bagaimanapun, sumber lewat hari ini mengesahkan kepada The Malaysian Insider yang 3 daripada akaun dibekukan adalah milik Najib, bersama AmBank dan Affin Bank.

Tindakan pasukan petugas menyiasat berikutan laporan WSJ pada Jumaat lepas yang AS$700 juta (RM 2.6 bilion) berlegar melalui syarikat berbeza dikaitkan dengan 1MDB sebelum ia didepositkan dalam 2 akaun dimiliki oleh Najib di AmPrivate Bank di Kuala Lumpur.

Jumlah terbesar AS$681 juta didakwa dipindahkan ke akaun Najib pada Mac 2013, dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan.

WSJ hari ini juga mengeluarkan dokumen yang menunjukkan aliran pemindahan dana kepada akaun Najib bagi menyokong laporannya.

Dokumen-dokumen ini termasuk arahan pindahan telegraf, carta yang menunjukkan aliran yang dikatakan wang, bentuk kiriman wang dan surat kuasa deposit tunai oleh Nik Faisal Ariff Kamil, pengarah syarikat milik Kementerian Kewangan, SRC International Sdn Bhd, kepada pengurus cawangan AmIslamic Bank Bhd.

SRC juga merupakan satu daripada syarikat-syarikat yang terlibat dalam aliran wang katakan WSJ, yang dilaporkan berdasarkan dokumen diperoleh daripada siasatan kerajaan Malaysia.

Najib yang juga menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB, dan kini menghadapi cabaran paling sukar sebagai perdana menteri berhubung 1MDB dikritik kerana urusan mencurigakan dan jumlah besar RM42 bilion hutang yang ditanggung dalam masa 6 tahun operasi.

Najib menafikan mengambil sebarang dana untuk kepentingan peribadi tetapi sebaliknya tidak memberi sebarang penjelasan terhadap pemindahan wang yang didakwa. – 7 Julai, 2015.

TMI



Selasa, Julai 07, 2015

MUHYIDDIN DIGESA MENGADAP AGONG UNTUK AMBIL ALIH JAWATAN PM



KUALA LUMPUR: Sesuatu mesti dilakukan oleh semua pihak dalam negara kita untuk memaksa Perdana Menteri melepaskan tanggungjawab dan kuasanya, setidak-tidaknya untuk sementara waktu, bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa berpendapat.

Katanya, Datuk Seri Najib Razak perlu berbuat demikian bagi membolehkan siasatan dan tindakan bebas dapat diambil.

Husam juga mencadangkan supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mencadangkan pelucutan jawatan Perdana Menteri.

"Saya bersetuju Timbalan Perdana Menteri mesti mengambil inisiatif utama untuk meluruskan langkah pembetulan negara.

"Timbalan Perdana Menteri sewajibnya menemui DYMM YDP Agong bersama Peguam Negara untuk menyembah maklum keadaan yang ada dan seterusnya mencadangkan pelucutan jawatan PM.

"Ahli Parlimen seluruhnya perlu menunjukkan sikap patriotik mereka termasuk memberikan sokongan kepada Timbalan Perdana Menteri untuk mengambil alih negara dari Datuk Seri Najib sekalipun mereka adalah dari parti-parti di luar kerajaan," kata Husam dalam satu kenyataan hari ini.

Muhyiddin, juga kata Husam, perlu memberi jaminan suatu tindakan undang-undang diambil tanpa mengira kedudukan dan pangkat.

"Lebih banyak malapetaka akan berlaku jika tindakan segera tidak diambil," tambah beliau.

Jumaat lepas, Wall Street Journal (WSJ) dalam laporannya mendakwa dana bernilai AS$700 juta (RM2.6 bilion) dipindahkan ke akaun peribadi di bawah nama Najib melalui AmBank pada 2013.

Najib bagaimanapun menafikan mengambil sebarang dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk tujuan peribadi dan sebaliknya mendakwa mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam laporan itu serta menuduhnya bekerjasama dengan ejen antarabangsa menentang pentadbirannya.

Dakwaan itu ditolak oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menafikan bahawa bapanya menjadi dalang yang mendedahkan satu persatu masalah yang melanda 1MDB.

Menteri Besar Kedah itu juga menolak tuduhan yang mengaitkan Dr Mahathir dengan pendedahan terbaru WSJ itu.

Sebelum ini, Muhyiddin dalam satu kenyataan menggesa Najib supaya memberi penjelasan yang meyakinkan atau membuat penafian terhadap dakwaan yang dilontarkan terhadapnya.



AWANI


LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive