Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Januari 03, 2009

KEDAH BUANG BURUK



Helmi buat hal lagi, Kedah bungkus 4-1

Penyokong Selangor patut berterima kasih kepada penjaga gol Kedah, Mohd. Helmi Eliza yang melepaskan dua gol mudah dalam pertarungan Piala Sumbangsih 2009. Helmi masih tidak mengambil ikhtibar dan mengulangi lagi kesilapan setelah melakukannya ketika bertemu Vietnam dalam Piala AFC baru-baru ini.

Selangor membungkus Kedah 4-1 di Stadium Darulaman dalam saingan tanpa pemain import. Perlawanan tetap hebat dengan serangan demi serangan. Kedah dihukum Selangor seawal minit ke 4 hasil sepakan percuma Selangor.

Helmi menjadi pencetus kemenangan Selangor dengan ikhlas melepaskan 2 gol mudah selepas gol pertama itu.Selepas gol ketiga, Helmi dikeluarkan dan digantikan dengan Al-Hafiz.

Bermula babak kedua dan selang beberapa minit selepas itu, Farizal pemain Kedah dibuang padang kerana kakinya menerjah muka penjaga gol Selangor. Walaubagaimanapun Kedah tidak menggelabah bermain dengan 10 orang.Serangan bertubi-tubi ke arah gol Selangor seperti tiada penyudah yang berkesan.

Al-Hafiz penjaga gol gantian Kedah juga turut melakukan aksi berbahaya meninggalkan gawang sepertimana dilakukan Helmi sewaktu menentang Vietnam,hampir-hampir memberikan gol mudah untuk Selangor. Namun beliau sempat menepis sepakan lambung jarak jauh dari Amri Yahya.

Penggempur Kedah, Khyrill Muhymeen berjaya menghasilkan gol pengubat luka di penghujung perlawanan.Sekalung tahniah buat pemain Kedah yang terus berjuang sehingga ke wisel penamat.

Kekalahan perlawanan pertama ini bolehlah dianggap perlawanan membuang buruk, macam pokok durian yang menggugurkan buah yang buruk di awal musim.

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive