Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Januari 10, 2009

SMS MURTAD

Semalam aku ada terima satu sms dari seorang kawan. Rasanya isi kandung sms ni sama seperti yang pernah aku terima beberapa bulan lalu di tahun 2008. Ni pasal kes murtad. Cerita ni dah tak panas lagi tapi cuba disuamkan semula. Tak tau la sapa punya kerja.Samada terdapat kaki-kaki tertentu di syarikat berkaitan telekomunikasi cuba nak cari untung atau apa motifnya aku tak pasti.

Isi sms tersebut berbunyi begini:

Lina Joy(Azlina Johari)n Dato'Azhar Mansor yg mhon murtad,tlh mnang d court.P'tbuhan mlyu kristian(IFC) tlh dluluskn utk dtbuhkn Marilah semua ke www.myislamnetwork.net utk BANTAHAN!Ckup 1juta petisyen IFC akn dbubarkn,skrg bru 30ribu,sbr2kn,biar krdt t'gadai! Jgn islam t'gdai! Forward plez!

Bila aku check kat www.myislamnetwork.net ternyata sms tu palsu. Pihak MyIslamNetwork.net berharap orang ramai tidak terpengaruh dengan dakyah sedemikian rupa dari mereka yang tidak bertanggungjawab.


Pengumuman MyIslamNetwork.net


Assalammualaikum & Salam Sejahtera;

Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada MyIslamNetwork.net terutama sahabat-sahabat yang menghantar info, terlibat dalam diskusi forum dan perbincangan. Laman ini dalam proses penambahbaikan dan penukaran format CMS. InsyaAllah sedang dikemaskini untuk manfaat semua.

Namun demikian pihak urusetia MyIslamNetwork.net menerima aduan bahawa masih wujud individu-individu yang tidak bertanggungjawab menghantar SMS palsu tuduhan tentang Persatuan Melayu Kristian dan makluman murtad individu tertentu, justeru sms tersebut meminta orang ramai mengunjungi web ini untuk membuat petisyen secara online. Ingin dimaklumkan bahawa:

(a) SMS itu adalah palsu tidak diedarkan oleh mana-mana NGO-NGO Islam gabungan PEMBELA dan sidang redaksi MyIslamNetwork.

(b) SMS yang sama telah diedarkan sebelum ini di mana penafian yang sama telah dibuat sewaktu sebelum keputusan kes Azlina Jailani.

(c) Petisyen Rakyat yang diselenggara oleh MyIslamNetwork.net telah pun menepati jumlahnya dan telah dihantar ke Majlis Raja-Raja tahun lepas beserta memorandum. (Sila rujuk koleksi arkib dari web). Tandatangan tersebut telah disusun kepada 81 julid buku dengan penandatangan hampir 800,000 orang.

MyIslamNetwork.net berharap orang ramai tidak terpengaruh dengan dakyah sedemikian rupa dari mereka yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Editor [ webmaster@abim.org.my This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it ]

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive