Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Ogos 01, 2010

Lawak Ahad: Sesuatu Yang Ganjil



Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalau ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.
Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Di akhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.

“Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?”. “Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam” jawab lelaki itu dengan jujur.
Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.
Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.

“Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?”. “Ya …saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya.” puji perempuan itu.

Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.

“Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?” “Ya. Awak pakai contact lens,” jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak.
Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.

“Bagaimana awak tau” tanya Johan lagi.

Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata,”Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana?.



Dakwaan rasuah: DAP pecat ahli majlis MPK

Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani
July 31, 2010


PETALING JAYA, 31 Julai — DAP hari ini memecat ahli Majis Perbandaran Klang (MPK) Tee Boon Hock ekoran dakwaan amalan rasuah memperoleh kontrak RM1 juta daripada pihak berkuasa tempatan itu dengan menggunakan surat sokongan Exco Kerajaan Negeri.
Tee sebelum ini diminta mengambil cuti oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Tan Kok Wai selepas kes itu dilaporkan oleh akhbar awal minggu ini.

Pada sidang media di sini petang ini, Tan berkata parti mendapati ada asas yang kukuh terhadap dakwaan ke atas Tee (gambar).

“Sementara nilai kontrak belum ditentukan, kami dimaklumkan oleh jawatankuasa negeri Selangor bahawa salah satu syarikat yang anda berikan surat sokongan dikaitkan dengan anggota keluarga anda dan dilakukan tanpa kelulusan YB Ronnie Liu,” kata parti dalam surat pemecatan kepada Tee.

Tan memberitahu pemberita bahawa jawatankuasa disiplin sebulat bersetuju bahawa wujud elemen konflik kepentingan di mana Tee menyalahgunakan pejabat Liu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Kajian Selangor bagi kepentingan diri.

Beliau menambah perbuatan Tee boleh dianggap sebagai satu kesalahan jenayah dan telah menjejaskan imej parti.

Jawatankuasa disiplin juga telah mengarahkan Liu supaya membuat aduan polis.

Tan berkata DAP akan meminta agar Tee disingkirkan sebagai ahli majlis MPK dengan segera.

Jawatankuasa disiplin juga akan mengadakan sesi pendengaran kedua untuk menentukan dakwaan bahawa Liu telah mengarahkan salah satu surat sokongan dikeluarkan.

Kelmarin, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Tee telah diarahkan bercuti sementara siasatan dilakukan ke atas dakwaan yang mengaitkan beliau dengan penyalahgunaan kepala surat dan cap rasmi Liu bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kontrak MPK.

Tee bercuti bermula semalam sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak.

“Tee sendiri telah maklum dengan perkara ini dan beliau bersetuju dengan rela hati untuk bercuti buat sementara waktu,” kata Khalid.

Kerajaan negeri telah mengarahkan Jabatan Audit Negeri menyiasat dakwaan seorang ahli majlis MPK telah menyalahgunakan kepala surat dan cap rasmi Liu bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kroni dan anggota keluarganya untuk mendapatkan kontrak MPK.

Tee, ahli majlis penggal ketiga itu telah menafikan dakwaan itu sambil meminta MPK membentuk pasukan petugas khas untuk menentukan kebenaran.

Liu juga menafikan kepala surat beliau telah disalahgunakan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, DAP juga mengecam tindakan pengeluaran surat sokongan bagi tujuan perniagaan oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) dan pegawai-pegawai mereka yang tidak dipilih.

“Kesemua pegawai PR termasuk agensi-agensi negeri harus mengetepikan surat sokongan perniagaan yang dikeluarkan bagi memastikan kesemua urusan komersial mengikut aturan dan juga bagi mengelakkan persepsi negatif rakyat tentang wujudnya salah guna kuasa atau pilih kasih,” kata DAP.

TMI

Ketua Cawangan MCA Changkat Keruing Dibunuh

31/07/10

Ketua Cawangan MCA Changkat Keruing ditemui mati, dipercayai dibunuh dalam perigi di sebuah ladang ternakan ayam di Changkat Keruing, Ayer Tawar hari ini.
Mayat Lim Ping Peng, 49, ditemui pada kira-kira pukul 6 pagi ini oleh anggota keluarga dan pasukan Rela yang mencarinya selepas dia tidak pulang ke rumah sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohd Jamil Osman berkata Lim sebelum itu keluar dari rumah untuk ke ladang ternakan ayam miliknya di Changkat Keruing yang terletak tidak jauh dari rumahnya pada pukul 8 pagi semalam.
"Mangsa yang baru lima hari dilantik sebagai anggota Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bagaimanapun tidak pulang ke rumah seperti biasa sebelum ahli keluarga bertindak membuat laporan polis semalam.
"Selain melaporkan kejadian itu kepada polis, mereka (anggota keluarga mangsa) turut berusaha mengesan mangsa di ladang ternakan ayam itu," katanya kepada Bernama.
Mohd Jamil berkata mayat Lim ditemui dalam keadaan kepala di bawah dan kaki ke atas dalam perigi yang mempunyai kedalaman lima meter itu, dan polis percaya lelaki itu dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak ke dalam perigi itu.
Beliau berkata dua pekerja ladang ternakan ayam itu yang merupakan rakyat Myanmar tidak dapat dikesan dan siasatan awal polis juga mendapati kereta pacuan empat roda milik Lim juga hilang.
Polis masih menyiasat motif kejadian dan sedang mengesan kedua-dua pekerja ladang ayam yang disyaki terlibat dalam kejadian itu, katanya.
Mayat Lim dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk bedah siasat.
Isteri mangsa Ling Mooi Kooi, 47, berkata kira-kira seminggu lepas, dua rakyat Myanmar datang berjumpa suaminya untuk meminjam wang sebanyak RM2,000 tetapi suaminya hanya bersetuju memberikan RM500 dan beliau tidak tahu sama ada wang itu telah diberikan atau tidak.
Beliau berkata apabila suaminya tidak pulang selepas pukul 6 petang semalam dan cubaan untuk menghubunginya melalui telefon bimbit juga gagal, beliau meminta bantuan anggota keluarga dan pasukan Rela untuk mencari Lim.
"Mayat suami saya ditemui apabila seorang daripada kumpulan mencari ternampak kaki suami saya terkeluar sedikit daripada perigi itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
(Bernama)

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive