Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, November 02, 2010

Lebih 2,000 dipindah akibat banjir di Kedah


JALAN Kangar-Arau terpaksa ditutup kepada semua lalu lintas selepas ditenggelami banjir di Arau, Perlis, 1 Nov. Sehingga kini lebih 1,000 penduduk di negeri itu dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.


ALOR SETAR: Seramai 2,016 penduduk daripada 483 keluarga di beberapa daerah di Kedah dipindahkan ke pusat penempatan banjir apabila rumah mereka dinaiki air akibat hujan berterusan sejak semalam.

Daripada jumlah itu, 1,449 penduduk daripada 359 keluarga adalah dari daerah Padang Terap, manakala 491 mangsa daripada 101 keluarga adalah dari Kubang Pasu dan 70 penduduk daripada 23 keluarga di Kota Setar.


Penghulu Mukim Tualak, Padang Terap, Sharizan Shaari berkata 28 kampung di daerah berkenaan dilanda banjir dan mangsa telah dipindahkan bermula 7 pagi tadi.

Antara kampung yang terbabit ialah Mani A, Mani B, Mani C, Tanjung, Labi, Kuala Janing, Felcra Tualak, Bendang Raja serta Padang Sanai.


Sebanyak 28 pusat pemindahan telah dibuka antaranya di dewan kampung Mani A, surau kampung Mani B dan Mani C, dewan Felcra Tualak, dewan Kampung Padang Sanai, bangunan Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), masjid Kampung Labi, masjid Kampung Tanjung serta masjid Bendang Raja.


"Jumlah mangsa yang dipindahkan mungkin meningkat sekiranya hujan tidak berhenti sehingga malam ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Menurut Sharizan, bacaan paras air Sungai Kuala Nerang melepasi paras bahaya iaitu 19.81 meter berbanding paras bahaya 17.07 meter, manakala tiga lagi sungai berada pada paras berjaga-jaga iaitu Sungai Padang Sanai di paras 35.83m (paras bahaya 36m), Sungai Kubu di paras 12.81m (paras bahaya 13.02m) dan Sungai Naka di paras 31.82 (paras bahaya 33m).


Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Daerah Kubang Pasu, Fadzin Long, berkata daripada jumlah mangsa di daerah itu, seramai 342 daripada 65 keluarga ditempatkan di dewan kampung Changkat Setoi, Changlun.


Seramai 133 orang lagi daripada 30 keluarga dari Kampung Belukar dan Kampung Darat, Changlun ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun, manakala seramai 16 orang daripada enam keluarga berada di Sekolah Kebangsaan Malau.


Menurut Fadzin, jumlah berkenaan dicatat sehingga 6 petang dan dijangka meningkat memandangkan hujan masih turun. Di Kota Setar, Ketua Kampung Taman Indah, Shuib Mahmod berkata di kawasan Anak Bukit di sini dua pusat penempatan mangsa banjir dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan Gunung dan Sekolah Kebangsaan Titi Gajah.


Katanya, sehingga jam 6 petang tadi seramai 16 mangsa daripada lapan keluarga ditempatkan di SK Gunung manakala 60 mangsa daripada 15 keluarga dipindahkan ke SK Titi Gajah. Kebanyakkan mangsa yang dipindahkan adalah dari kampung Lorong Pam Air dan Alor Perang, Anak Bukit, di sini.


Di Pokok Sena, dua jalan utama yang menghubungkan daerah itu dengan Kuala Nerang dan Bukit Pinang dinaiki air dan telah ditutup kepada kenderaan ringan, namun tiada penduduk dipindahkan setakat ini.


Bilik gerakan di setiap daerah akan dibuka 24 jam untuk memantau keadaan.


-Bernama

Isnin, November 01, 2010

Video depa bagi duit.Apa pulak fatwa SPR?

[Video] Bukti Rasuah RM20 di Batu Sapi: SPR & SPRM, Jangan Buat-Buat Buta!

Saya petik:
[TVS] BATU SAPI 31 OKT: Politik wang dikhuatiri  menular di pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi apabila sekumpulan ahli Wanita Umno dirakam memberikan wang tunai kepada  orang ramai yang menghadiri  majlis makan anjuran pergerakan itu.



Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil mendakwa  RM20.00 itu diberikan kepada pekerja parti dan bukan pengundi.



Malaysiakini bagaimanapun melaporkan antara yang hadir adalah penduduk tempatan yang mengaku mereka hadir hanya untuk mendapatkan wang.



Video berkenaan  dirakamkan oleh Malaysiakini pada  Majlis Ramah Mesra Wanita Umno  di Sekolah Menengah Agama Sandakan di Taman Mawar,  Batu Sapi. Hadirin perlu mendaftar diri dengan memberikan butiran peribadi untuk menerima wang tunai.



Walaupun majlis makan ini dianjurkan khusus untuk ahli pergerakan Wanita Umno, video ini jelas menunjukkan kehadiran lelaki dan wanita Cina.



Mereka yang ditemui oleh Malaysiakini terus terang mengaku, kehadiran mereka pada majlis berkenaan adalah untuk mengambil wang  daripada Umno.



Seorang pengundi berkata wang itu diberikan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan kad pengenalan untuk mengesahkan diri sebagai pengundi kawasan  Parlimen Batu Sapi.



 “Saya tidak tahu…Saya fikir ia mesti untuk pendaftaran," kata seorang penerima wang berkenaan.



Sharizat mendakwa beliau tidak tahu menahu amalan mendaftar mereka yang hadir  pada majlis makan itu. Namun beliau berkata kaunter pendaftaran itu cuma untuk merakamkan kehadiran jemputan ke majlis itu,



ADUN Karambunai Jainab Ahmad Ayid,  pula mendakwa bahawa wang RM20 itu adalah sebagai tambang pekerja yang berkempen untuk BN. - MK


Videonya:



duniacacamarba


Jangan Tolak Imbuhan Tetapi Undi Bulan- Anwar


GUA MUSANG 31 OKT: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat(PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengundi tidak perlu menolak imbuhan dan projek-projek yang dijanjikan oleh Umno-Barisan Nasional(BN).

Yang penting, menurut beliau ialah menunaikan tanggungjawab untuk mengundi parti yang membela rakyat tanpa mengira kaum, dan tanpa dibelenggui masalah rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa.

"Kita dengar Umno datang, di kawasan Cina tadi. Saya sebut minta banyak-banyak sikit untuk sekolah Cina mintalah. Bila bagi cek bulan 12 jangan. bagi cek paling lambat 3 haribulan," berucap pada ceramah perdana di Galas.

Menurut Anwar lagi kesediaan Umno-BN untuk menjanjikan wang dan projek harus diterima oleh rakyat.

Namun undi mereka harus diberikan kepada parti yang mahu menegakkan keadilan dan membela rakyat secara berterusan dan bukan hanya pada musim pilihan raya.

"Kita minta sebab di Permatang Pauh pilihan raya kecil, masjid surau yang tak minta pun semua dapat. Paling kurang RM200,000. Jadi kalau ada masjid surau di Galas tak dapat ok kena dapat. Di Sibu semua sekolah Cina dapat. kena minta. Lepas dapat tulis surat terima kasih. Tiga haribulan hari bulan bagi ucap terima kasih. Empat haribulan undi PAS, undi bulan," saran beliau.

Dalam pada itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggesa pengundi Galas merujuk kepada rekod pentadbiran kerajaan negeri pimpinan beliau di Pulau Pinang sebagai bukti Pakatan Rakyat tidak meminggirkan mana-mana kaum.

"Bukti yang tak dapat dinafikan semasa pemerintahan tahun terakhir BN dibawah kawan baik saya, Koh Tsu Koon lah(Pulau Pinang). Dulu dia bagi peruntukan kepada hal ehwal Islam RM12.5 juta. Tahun pertama PKR memerintah kita naikkan kepada RM20.5 juta. Tahun ini naikkan lagi RM24.3 juta lebih besar dari apa yang diberi oleh Khoo Tsu Koon pada 2008," ujar Lim yang turut menangani tuduhan-tuduhan liar Umno dan MCA mengenai kerjasama PAS dan DAP.

"Bila BN mainkan perkauman, dia kata 'itu PAS dikuasai oleh DAP'. Tapi kalau dengar itu MCA, dia cakap 'DAP dikuasai oleh PAS'. siapa kuasa siapa? saya nak beritahu kita tak ada kuasa antara satu sama lain, yang berkuasa dalam Pakatan Rakyat bukan DAP, bukan PAS, bukan PKR, yang berkuasa ialah rakyat," tegasnya yang juga Setiausaha Agung DAP.

tvnews


LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive