Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Jun 01, 2012

Suntikkan RM2.04 Juta Untuk Naikkan Nafsu Belia

Himpunan Jutaan Belia : Atris 'K-Pop' dibayar RM2.04 Juta..




Selasa lalu Keadilany Daily telah melapurkan seorang pesara kakitangan kerajaan yang menghubungi pejabat Keadilany Daily mendakwa Kerajaan UMNO/BN telah berbelanja sebanyak RM20Juta bagi menjayakan Himpunan Jutaan Belia minggu lalu.



Pesara yang enggan namanya didedahkan itu memberitahu Kementerian Belia dan Sukan turut melantik sebuah syarikat baru yang dikhususkan untuk mengurus sepenuhnya program yang berlangsung sepanjang lima hari di Putrajaya itu.



“Malah beliau turut memaklumkan kementerian juga melantik sebuah syarikat yang baru dua bulan ditubuhkan bagi mengendalikan pengurusan program tersebut,” kata pesara kakitangan kerajaan itu menghubungi pejabat Keadilan Daily.- laporan penuh di ( SINI )



RM20 Juta habis... itu adalah dakwaan pesara kerajaan tersebut.. nilai tuntutan sila lihat diakhir entry ini..



Korang baca laporan ni dulu..







PUTRAJAYA, 21 MEI 2012 - Bersempena sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2012 di Putrajaya, satu perjanjian telah di tandatangani antara Stadium First dengan Majlis Belia Malaysia ( MBM ) bagi menyemarakkan lagi acara yang bakal berlangsung di sepanjang tempoh 23 hingga 27 Mei ini.



Perjanjian ini antara lain bertujuan bagi menarik penglibatan artis dengan para belia pada himpunan belia itu nanti..



Majlis pemeterai perjanjian itu turut disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.



Antara artis yang hadir bagi memeriahkan majlis semalam ialah Fizo Omar, Akma AF, Farhan AF dan ramai lagi.



Penglibatan selebriti itu bakal menjadikan HBN kali ini lebih meriah dan mampu menarik lebih ramai belia untuk bersama-sama menjayakan program terbesar di negara ini.- sumber dari SINI



Nampak tak dalam laporan kat atas tu? Ramai artis Malaysia yang diundang dan yang tak ada dalam laporan itu ialah dua kumpulan artis ‘K-Pop’ dari Korea turut diundang.. mungkin yang menulis laporan tu malas nak buat kerja kot pasal tu lah dia tak tulis..



Dua kumpulan ‘K-Pop’ yang diundang itu ialah Dal Shabet dan Teen Top.. ada satu blog pencacai UMNO kata menjemput mereka ini adalah satu motivasi bijak untuk para belia di Malaysia oleh Kementerian Belia dan Sukan..



Begitu ramai artis Malaysia.. mereka dibayar RM1.8 Juta..



Tetapi untuk dua kumpulan dari Korea itu pula bayaran buat mereka adalah RM2.04 Juta…



Lihat jumlah sebenar tuntutan yang telah dibuat oleh Stadium First di bawah ini.. Nilainya RM15 Juta..








darisungaiderhaka

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Stadium Darul Aman sedia terima peserta Himpunan Hijau


ALOR SETAR: Stadium Darul Aman dekat sini mula dipersiapkan untuk menerima lebih 100,000 peserta Himpunan Hijau Menuju Putrajaya esok.

Para peniaga mula memenuhi perkarangan stadium ini dengan pelbagai jenis bahan perniagaan.

Namun bahan yang paling menarik adalah bendera kecil PAS dan juga Jalur Gemilang.

Menurut peniaga bendera ini, mereka diminta pihak penganjur untuk menjual bendera ini untuk membolehkan peserta perhimpunan ini mengibarkan kedua-dua bendera dalam perhimpunan ini.

"Kami telah membekalkan 5000 bendera PAS dan 5000 Jalur Gemilang untuk pihak penganjur dan selebihnya kami akan jual kepada para peserta," kata seorang pembekal bendera ini.

Bendera ini dijual antara RM5 ke RM10 setiap satu dan jika dibeli secara pukal akan mendapat harga yang lebih baik.

Memandang ini adalah himpunan hijau, baju-baju berwarna hijau turut dijual di perkarangan stadium ini.

Himpunan ini akan bermula pagi esok dengan amanat Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kepada semua perwakilan PAS dari seluruh negara.

Ia akan diadakan di Markas PAS Kota Sarang Semut bermula jam 9 pagi esok.

Himpunan Hijau pula akan bermula jam 4.30 petang di Stadium Darul Aman dengan Penceramah selebriti Ustaz Azhar Idrus dan Bob Lokman.

Sola Hajat dan Munajat pula akan diadakan selepas solat Maghrib manakala ceramah perdana akan bermula jam 9 malam.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memaklumkan beberapa kejutan akan berlaku dalam majlis itu.



HD


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Ratah adik angkat umur 14 tahun hingga hamil


Gambar Hiasan
SUBANG JAYA: Seorang lelaki tergamak meratah tubuh adik angkatnya yang masih di bawah umur sehingga gadis terbabit yang masih bersekolah hamil lapan bulan menyebabkan keluarga mangsa membuat laporan polis, kelmarin. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, gadis berusia 14 tahun itu dirogol suspek berusia 25 tahun pada Ogos tahun lalu di rumahnya di Kampung Tengah, Batu 14, Puchong, dekat sini. Menurutnya, siasatan mendapati walaupun kejadian berlaku sekali, tetapi gadis terbabit hamil.

Mangsa tidak memberitahu perkara itu kepada sesiapa termasuk keluarganya kerana bimbang dimarahi. “Suspek yang tinggal di Batu 13, Puchong, anak angkat kepada keluarga mangsa dan dia sering datang ke rumah mangsa termasuk bermalam di situ. “Ini menyebabkan keluarga mangsa tidak mengesyaki perbuatan terkutuk dilakukan lelaki terbabit dan suspek merogol mangsa pada waktu malam ketika tiada sesiapa di rumah,” katanya. Katanya, kejadian disedari keluarga mangsa selepas melihat perut gadis itu yang semakin membesar di samping perubahan sikapnya.

“Mangsa menceritakan kejadian rogol itu selepas dia tidak dapat berselindung dan keluarganya membuat laporan polis. “Suspek terbabit yang baru melangsungkan perkahwinan dua bulan lalu kini diburu polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

kachipemas


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive