Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, September 02, 2013

10 DITAHAN KETIKA 'PEROBOHAN' KUIL


Sepuluh ditahan, termasuk Ketua Pemuda MIC Wilayah Persekutuan D Tharmakumaran dan aktivis PKR kerana cuba menghalang kerja-kerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melibatkan dinding di kuil Hindu di Jalan P Ramlee Kuala Lumpur.

Mereka dipercayai dibawa ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.

Mereka didakwa dicekup ketika cuba menghentikan DBKL di Kuil Muneswawar di kawasan Segitiga Emas di ibu kota itu.

Bagaimanapun, Raman Ramakrisnan, pembantu kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor memberitahu selepas itu bahawa DBKL hanya mahu mendirikan dinding.

"Ia bukan untuk merobohkan kuil," katanya sambil menambah, kuil itu memasuki tanah kerajaan dan dinding akan didirikan untuk dijadikan pemisah.

Sebelum itu, terdapat sedikit ketegangan apabila Naib Presiden PKR N Surendran ditolak ketika cuba menghalang tindakan DBKL.

"Kami tidak peduli kamu YB atau tidak, kami akan pukul kamu," demikian bunyi jeritan yang ditujukan kepada Surendran.

MK


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

BEKAS ANGGOTA TUDM MATI DITEMBAK

Seorang bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mati ditembak berhampiran restoran milik bapanya di deretan premis perniagaan di Jalan Permasuri Mazwin, Taman Rishah, Silibin di Ipoh pagi tadi.

Mangsa S. Jambukeshan, 39, yang mempunyai tiga orang anak meninggal dunia ketika dibawa anggota keluarganya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Mangsa yang bersara selepas 19 tahun berkhidmat dengan TUDM kini membantu perniagaan restoran bapanya.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.15 pagi ketika mangsa mahu mengeluarkan barangan dari kereta Perodua Kancil di hadapan sebuah kedai runcit yang terletak kira-kira 30 meter dari restoran bapanya.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata semasa mangsa keluar dari keretanya, sebuah kereta Toyota Vios berwarna putih perak tiba-tiba menghampiri mangsa dan seorang suspek yang memakai topi keledar dengan cermin muka penuh keluar dari kereta itu lalu melepaskan beberapa das tembakan.

"Suspek kemudiannya terus masuk ke dalam kereta Vios itu dan melarikan diri. Polis percaya terdapat sejumlah suspek di dalam kereta itu.

"Kita akan dapatkan rakaman kamera litar tertutup mengenai kejadian," katanya kepada pemberita di Balai Polis Taman Rishah di Ipoh hari ini.

Sum berkata polis menjumpai tiga kelongsong peluru dan slug jenis .9mm di tempat kejadian.

Beliau berkata polis sedang menyiasat motif pembunuhan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi mana-mana balai polis.

-Bernama

Malaysiakini

Ahad, September 01, 2013

LAWAK AHAD: BANGSAT




Seorang gadis berusia 20-an menemui Dr. Din seorang doktor pakar jiwa.......
Gadis : "Doktor, saya merasa amat marah pada kekasih saya sehingga saya memanggilnya lelaki bangsat. Ada kalanya saya rasa dia keterlaluan, dan ada kalanya pula saya rasa memang patut saya memanggil dia seperti itu..."
Doktor : "Hmm. panggilan itu memang hinaan yg agak melampaui batas untuk seseorang.. tapi, mungkin kamu punya sebab tersendiri memangilnya demikian. Ceritakanlah kpd saya agar saya dapat membantu.."
Gadis : "Ya memang ada.. pada satu malam kami berduaan dalam kereta di tepi pantai.Dia pegang tangan saya." Doktor : "Dia pegang tangan kamu seperti ini?" dr Din memberi contoh.
Gadis : "Ya. seperti yg doktor lakukan"
Doktor : "Kalau hanya ini, tidak sepatutnya dia dipanggil bangsat. Itu tandanya dia tidak mau berpisah dgn kamu..."
Gadis : "Kemudian dia merapatkan badannya kepada saya dan memeluk bahu saya......"
Doktor : "Dia lakukan seperti inikah?"
Gadis : "Ya.. seperti inilah dia peluk saya doktor.."
Doktor : "Itu bukan bangsat, itu tandanya dia mau sentiasa berdampingan dgn kamu" kata dr Din.
Gadis : "Kemudian dia cium saya."
Doktor : "Dia cium kamu seperti ini ?"
Gadis : "Ya. Ciumannya sama seperti yg doktor lakukan."
Doktor : "Kalau sekadar ciuman seperti ini, masih belum boleh dipanggil bangsat, itu tandanya dia sayang kamu, kan ?"
Gadis : "Kemudian dia memasukkan tangannya kedalam baju saya & meraba2 saya doktor.."
Doktor : "Dia lakukan seperti ini kah?"
Gadis : "Ya, seperti yg doktor lakukan inilah cara dia memperlakukannya. ."
Doktor : "Itu bukan bangsat, itu tandanya dia mau membelai diri kamu.."
Gadis : "Kemudian dia menanggalkan semua pakaian saya satu persatu.."
Doktor : "Adakah kamu membantah tindakannya? "
Gadis : "Tidak, saya merelakannya sebab saya sayang dia.." Doktor : "Dia tanggalkan pakaian kamu seperti ini ?"
Gadis : "Ya, sampai saya tak de seurat benang pun, seperti ini doktor...."
Doktor : "Itu masih belum layak dipanggil bangsat, kerana dia sememang ingin mengenali diri kamu sepenuhnya"
Gadis : "Kemudian dia mencumbui saya lalu melakukan hubungan se-- dgn saya ..."
................................................. (selepas seketika.... )
Doktor : "Dia lakukan seperti yg kita lakukan tadi kah?"
Gadis : "Ya. Memang itulah yg dia lakukan ketika itu"
Doktor : "hmm, itu juga masih belum boleh dipanggil bangsat. Itu tandanya dia memerlukan kamu kan!"
Gadis : "Tapi kemudian dia memberitahu saya bahawa dia ada HIV positif"
Doktor : "HAH?? DIA..MEMANG ... BANGSAT!!.. BANGSAAA TTT!!!.. LELAKI BAANGSAAAATTT!!!.

KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN




LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive