Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Januari 11, 2015

LAWAK AHAD: DUA GADIS

Ada dua orang gadis yang cantik. Salah satu dari mereka cara berfikirnya
Matematik (M) dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logik(L).
Mereka berdua berjalan pulang melalui jalan yang gelap, dan jarak rumah
mereka masih agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan, tiba-tiba
mereka perasan ada seseorang sedang mengekori mereka...

M : Awak perasan tak ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti
kita kira-kira sejak tiga puluh lapan minit yang lalu? Aku kuatir
dia bermaksud jahat.

L : Itu hal yang Logik. Aku rasa dia nak merogol kita la.

M : Alamak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15
minit dia akan berjaya tangkap kita. Adoh hai, apa yang harus kita buat?.

L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih
cepat.

M : Itu tidak banyak membantu laa, macammana ni.

L : Tentulah tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat
dia juga akan berjalan lebih cepat.

M : Jadi, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini
dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua minit setengah je lagi...

L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Engkau ikut jalan
kiri dan aku ikut jalan kanan.

Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah
si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah
lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan kawannya.

Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.

M : Oh Syukur ya Allaaaaah.. Kawan aku tiba dengan selamat, Eh macamana
cerita engkau kena ikut oleh lelaki tadi?

L : Yelah, Setelah kita berpisah dia terus mengikuti aku.

M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan engkau?

L : Sesuai dengan logik aku, teruslah aku lari sekuat hati dan lelaki itupun
lari sekuat tenaga jugak.

M : Dan... dan..

L : Sesuai dengan logik, dia berjaya mendekati aku ditempat yang gelap...

M : Jadik.. Apa yang engkau lakukan?

L : Hanya ada satu logik yang dapat aku lakukan, iaitu mengangkat kain
aku tinggi-tinggi sampai nampak seluar dalam.

M : Alamak... jadik apa yang dilakukan lelaki tadi?

L : Sesuai dengan logik... Dia bukak tali pinggang, bukak zip dan londehkan
seluarnya...

M : Alamak... jadi apa yang berlaku?

L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat
dari pada lelaki yang berlari sambil seluarnya terlondeh, langkah aku besar,
tapi dia macam orang yang masuk pertandingan lari dalam guni... So akhirnya
aku terlepas dari lelaki itu.

M: Ha ha ha ha Memang logik.




Khamis, Januari 08, 2015

RAKAMAN KOMUNIKASI QZ8501 DIDEDAH


Rakaman komunikasi antara QZ8501 dan ATC Juanda didedah.

Sumber dalaman KompasTekno yang enggan namanya disiarkan mengesahkan bahawa rakaman tersebut adalah rakaman sebenar ATC Juanda pada Ahad (28/12/2014).
KUALA LUMPUR: KompasTekno pada Selasa mendedahkan salinan rakaman komunikasi antara Pusat Kawalan Trafik Udara (ATC) Lapangan Terbang Juanda, Surabaya dengan pesawat AirAsia QZ8501.

Rakaman komunikasi itu memuatkan kebenaran ATC kepada pesawat itu untuk terbang di laluan Surabaya-Singapura.

Pada awalnya, rakaman tersebut diperolehi oleh KompasTekno melalui laman Soundcloud oleh pengguna dengan identiti "digitizing" pada 3 Januari 2014, setelah Kementerian Perhubungan Indonesia membekukan kebenaran terbang AirAsia laluan Surabaya-Singapura.

Sumber dalaman KompasTekno yang enggan namanya disiarkan mengesahkan bahawa rakaman tersebut adalah rakaman sebenar ATC Juanda pada Ahad (28/12/2014). Perkara tersebut disahkan berdasarkan lalu lintas pesawat lain yang dikawal pada pagi itu.

Fail tersebut dirakam dalam format UTC atau waktu Zulu (GMT +0) sehingga tarikh yang tercatat masih 27 Disember 2014 pukul 22.25 GMT, yang membawa maksud, Ahad 28 Disember 2014 pukul 05.25 Waktu Indonesia Barat (WIB).

Dalam rakaman audio berdurasi sekitar 20 minit tersebut, pada minit ke-10 terdengar suara dari AirAsia QZ8501 (dengan callsign Wagon Air 8501) yang memberitahukan posisinya di ruang parkir A9, dengan pendaftaran PK-AXC (Alpha X-ray Charlie), jumlah penumpang, dan tujuan Singapura.

Percakapan tersebut kurang lebih seperti berikut:

AWQ8501: "Tower, Wagon Air eight five zero one good morning..."
Tower: "Wagon Air 8501 good mornig Juanda Tower, go ahead..."

AWQ8501: "Eight five zero one (registrasi) alpha x-ray charlie parking stand Alpha Niner (A9) destination Singapore POB (passenger on board) one six one, request push and start, wagon air eight five zero one..."

Tower: "Wagon Air eight five zero one parking stand number Alpha niner Pushback and start approved heading west runway one zero, exit sierra two...

Tidak lama kemudian, pada minit ke-4, QZ8501 meminta kebenaran dari ATC untuk menuju ke landasan pacu. ATC kemudian mengarahkan QZ8501 ke landasan 10 yang sedang digunakan di saat itu.

Pada minit ke-07.07, ATC kemudian memberikan kebenaran penerbangan kepada QZ8501 melalui laluan udara M635 dengan ketinggian awal 24.000 kaki.

"Wagon Air eight five zero one clear to Singapore, mike six three five level two four zero initial, RAMPY one alpha departure squawk number seven zero zero five," demikian kata petugas ATC yang bersuara wanita tersebut.

Rakaman komunikasi itu boleh didengar di sini.

Logiknya, jika ATC telah memberikan kebenaran, flight plan atau perancangan terbang tersebut telah dipersetujui dan flight plan hanya boleh dibuat dan dipersetujui sekiranya sudah ada kebenaran dan slot di kedua-dua lapangan terbang berlepas dan destinasi.

Secara prosedur, jika ATC telah memberikan kebenaran, tentunya AirAsia sudah memiliki kebenaran terbang, sebagaimana yang diungkapkan oleh pihak di Singapura sebagai negara dituju.

Civil Aviation Authority of Singapore (CAAS) menerusi laman rasminya mengatakan bahawa AirAsia QZ8501 memiliki jadual penerbangan dari Surabaya ke Singapura pada Ahad (28/12/2014).

Menurut CAAS, keizinan laluan Lapangan Terbang Juanda Surabaya di Indonesia ke Lapangan Terbang Changi di Singapura bagi pesawat AirAsia pada hari nahas tersebut merupakan kesepakatan kedua-dua negara.

CAAS menegaskan, persetujuan Indonesia-Singapura terhadap jadual penerbangan tersebut bermula sejak 26 Oktober 2014 sehingga 6 Mac 2015.

Perkara ini dibangkitkan apabila ketua pihak berkuasa Lapangan Terbang Juanda, Praminto Hadi sebelum ini menegaskan bahawa AirAsia tidak memiliki kebenaran terbang pada hari Ahad.

"AirAsia tidak mengajukan perubahan izin terbang dari Sabtu ke Minggu (ahad) kepada Dirjen Perhubungan Udara sehingga penerbangan Minggu ilegal (tidak dibenarkan)," ujar Praminto di Kompleks Mapolda Jawa Timur, pada Isnin.

QZ8501 membawa 162 penumpang dan anak kapal berlepas dari Surabaya pada 28 Disember 2014 jam 5.35 pagi dan dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi hari sama sebelum dilaporkan hilang.

Penumpang pesawat terdiri daripada 149 orang warga Indonesia, Korea Selatan (3) dan masing-masing seorang rakyat Singapura, Malaysia dan United Kingdom.

Krunya pula terdiri daripada enam warga Indonesia dan seorang Perancis.

Sehingga Selasa, 39 mayat telah berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat.

Awani

Isnin, Januari 05, 2015

NAJIB LAGI LAJU SAMPAI DARI JET RASMINYA?

Jet rasmi kerajaan dengan nombor pendaftaran 9M-NAA yang dipersoalkan penggunaannya selepas dijejak berada di beberapa negara, walaupun Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak berada di Malaysia, akhirnya selamat mendarat di Lapangan Terbang Subang malam tadi.

Menurut laman sesawang Flight Radar 24, jet itu tiba pada jam 11.15 malam tadi selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Bangkok pada jam 10.20 malam.

Najib dijangka akan merasmikan konvoi sukarelawan banjir Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pada 8 pagi ini.



Jet 9M-NAA yang dikendalikan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum ini pernah dijejak mendarat di Indianapolis, Los Angeles, New York, London, Dubai dan Bangkok walaupun Najib sudah berada di Malaysia untuk memendekkan percutiannya.
Situasi banjir yang buruk di negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang memaksa Najib memendekkan percutiannya selepas gambar presiden Umno itu bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii dikeluarkan akhbar Washington Post dan mendapat kecaman pengguna media sosial.

Najib pada petang 27 Disember tiba di Kota Baru untuk melawat mangsa banjir selepas dijemput pesawat TUDM lain dari Hong Kong.

Pada 2 Januari, Bernama melaporkan Najib terbang ke Bangkok pada hari sama laman sesawang Flight Radar 24 menjejak 9M-NAA mendarat di ibu kota Thailand itu.

Menurut Bernama yang memetik laman Facebook Najib, pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand Jen Prayuth Chan-ocha untuk mengucapkan terima kasih kerana bantuan negara tersebut apabila Malaysia di landa banjir.

Sebelum ini, selepas pulang ke Malaysia dan memendekkan percutiannya, Najib dilaporkan sebagai berkata keluarganya bersedih dengan tindakan tersebut.

“Walaupun keluarga saya bersedih kerana terpaksa ditinggalkan, saya memberitahu apa yang mereka alami tidak boleh dibandingkan dengan perasaan mangsa banjir,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

PKR sebelum ini mempersoalkan siapa yang menggunakan pesawat rasmi kerajaan itu berada selepas kepulangan Najib dengan menggunakan pesawat TUDM.

Ketua Penerangan Pemuda PKR Lee Chean Chung mempersoalkan mengapa pesawat 9M-NAA mendarat di Indianapolis dan siapa penumpang pesawat itu.

“Saya mahu tahu mengapa pesawat rasmi tidak membawa Najib pulang tetapi pesawat TUDM yang digunakan, hanya menambahkan kos?” soal Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu itu.

Pengguna media sosial juga bertanya ke mana perginya isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor di saat pantai timur dilanda banjir besar.

Najib dalam menjelaskan aktiviti bermain golf bersama Obama di Hawaii baru-baru ini menafikan beliau mengabaikan bencana banjir seperti dituduh sesetengah pihak.

Katanya, aktiviti itu dirancang lebih awal atas dasar menjalinkan hubungan diplomasi dengan pemimpin dunia bagi mendatangkan manfaat kepada Malaysia.

Beliau berkata, jemputan itu disampaikan sewaktu Obama melawat Malaysia April lepas, dan amat sukar menolaknya kerana ia dirangka lebih awal berdasarkan jadual kedua-dua pemimpin.

"Main golf ini bukanlah satu perkara aneh atau luar biasa... sebab zaman Tun Abdul Razak (perdana menteri kedua Malaysia), Tun Dr Ismail Abdul Rahman (timbalan perdana menteri kedua) bermain golf dengan pemimpin dunia merupakan perkara yang boleh dikatakan sebagai 'golf diplomacy',” katanya. – 5 Januari, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selepas-bangkok-jet-rasmi-kerajaan-akhirnya-tiba-di-kuala-lumpur#sthash.UYMeZxMK.dpuf


LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive