Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Februari 09, 2015

LELAKI INI BOLEH MENGANDUNG




LANCASHIRE - BRITAIN. Seorang lelaki terkejut apabila diberitahu oleh doktor bahawa dia mempunyai rahim; yang membawa maksud dia juga berpontensi untuk hamil seperti wanita lain.

Memetik laporan daripada Telegraph.co.uk kelmarin, penemuan tersebut dilaporkan doktor ketika lelaki itu menjalani ujian MRI bagi mengesan punca pendarahan yang terdapat dalam kandungan air kencingnya.

Hasil imbasan MRI mendedahkan penemuan organ pembiakan wanita yang berpotensi menyebabkan kehamilan, haid dan PMT (senggugut).

Lelaki berusia 37 tahun ini dipercayai mempunyai sindrom salur Müllerian (PMDS) yang mana penghidap sindrom berkenaan mempunyai organ pembiakan lelaki dan wanita dalam satu-satu masa.

“Ia merupakan kes yang sangat jarang berlaku. Pesakit kini diletakkan dibawah jagaan dan akan dibedah untuk membuang organ pembiakan wanita yang terdapat dalam tubuhnya,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

Menurut doktor lagi, darah yang terdapat air kencingnya dipercayai darah haid.

Sekurang-kurangnya 120 bayi dilahirkan dengan sindorm tersebut setiap tahun di Britain dan ia juga dilaporkan berlaku pada haiwan seperti anjing.

SH


Jumaat, Februari 06, 2015

MINYAK MURAH, HARGA KONDOM MELAMBUNG



Di Venezuela, pengguna terpaksa menunggu giliran untuk mendapatkan kondom, yang kini semakin sukar didapati dan harganya juga melambung sehingga US$755 (RM2,700) untuk tiga dozen.

Laporan Bloomberg menyebut, kejatuhan harga minyak turut menyebabkan kekurangan bekalan barangan keperluan utama, termasuk ayam, gula, ubat-ubatan dan keluaran asas lain.

Bekalan kondom mula berkurangan sejak akhir Disember lalu, menyebabkan pengguna juga kecewa dan malu kerana terpaksa beratur untuk mendapatkan alat kontraseptif berkenaan.

"Negara ini sangat kacau sekarang hingga kami terpaksa beratur untuk membuat hubungan seks," kata seorang eksekutif Jonatan Montilla seperti dipetik agensi berita niaga itu.

Sebanyak 95 peratus daripada hasil tukaran asing Venezuela, negara anggota pengeluar minyak utama dunia Opec, diperolehi daripada eksport minyak mentah.

Harga yang diperolehi Venezuela bagi eksport minyaknya turun 60 peratus sejak tujuh bulan lalu.

Sekiranya harga minyak tidak kembali pulih, negara itu berkemungkinan besar tidak akan mampu menanggung hutangnya.

Kadar jangkitan HIV dan kehamilan di kalangan remaja yang direkodkan di Venezuela setakat ini menunjukkan antara angka paling tinggi di kalangan negara Amerika Selatan.

“Tanpa kondom, kita tidak mampu berbuat apa-apa,” kata Jhonatan Rodriguez, ketua pengarah NGO StopVIH.

“Kekurangan kondom akan mengancam semua program pencegahan yang kita usahakan di seluruh negara,” katanya lagi.

Mk


Isnin, Februari 02, 2015

MENTERI WILAYAH JAWAB KENAPA JACKIE CHAN DIBERI GELARAN DATUK


TENGKU ADNAN : Jackie Chan memberi sumbangannya dalam mempromosikan Malaysia dan Kuala Lumpur melalui filem blockbusternya 'Polis Story' - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Mansor hari ini membela pelakon antarabangsa Jackie Chan yang menerima pingat yang membawa gelaran Datuk semalam.

Jackie Chan telah memberikan sumbangannya dalam mempromosikan Malaysia dan Kuala Lumpur khususnya menerusi filem popularnya, "'Police Story 3' pada tahun 1992 selain memiliki bilangan peminat yang ramai di sini, katanya.

"Jackie Chan adalah seorang pelakon yang mempunyai ramai peminat di Malaysia dan boleh menaikkan nama Malaysia dan Kuala Lumpur terutamanya, kerana itu dia layak menerima anugerah ini," kata Tengku Adnan.

Kenyataan yang dibuat menerusi akaun Twitternya itu dibuat susulan kekecohan di media sosial yang mempersoalkan tindakan kerajaan menganugerahkan gelaran tersebut kepadanya.

Jackie Chan menerima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan.

Awani



LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive