Rabu, Mei 09, 2018
Selasa, Mei 08, 2018
TERKINI: PERUTUSAN KHAS ANWAR IBRAHIM BUAT RAKYAT MALAYSIA MENJELANG PRU14
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Saudara saudari yang saya muliakan,
Dari Hospital Cheras, dengan kawalan ketat pegawai penjara, saya mohon saudara saudari bersama dalam gerakan rakyat menuntut perubahan sempena PRU14.
Terdapat beberapa persoalan yang perlu dijelaskan kerana berulang kali diungkit oleh pimpinan UMNO-BN dan lain-lain.
Paling mereka khuatiri adalah gandingan Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim hinggakan TV3 menyiarkan pidato lama saya menyerang Tun Mahathir. Malah mereka lahirkan rasa aneh dan bingung mengapa saya dan keluarga sanggup berpakat dan mempercayai Tun Mahathir.
Sewajarnya sebagai Muslim dan naluri insani, kita gembira dengan semangat ukhuwwah, silaturrahim dan persahabatan yang terjalin.
Saya, Azizah dan sekeluarga tidak menafikan keresahan awal, namun pertimbangan - faaslihu baina akhawaikum - (Sebab itu, perbaikilah (damaikanlah), hubungan antara kedua saudaramu – Al-Hujurat Ayat 10) dan kepentingan negara dan rakyat mengatasi semua perkiraan lain.
Tun Mahathir membuktikan dengan kegigihan berjuang; menerima keterbatasan lalu; memohon maaf dan mengorbankan masa dan tenaga untuk mengangkat darjat dan martabat rakyat dan negara. Beliau bersabar menerima penghinaan UMNO-BN sambil menumpukan perhatian memperkukuh jentera Pakatan Harapan (PH).
Saya ingin menyeru agar rakyat memberikan dokongan untuk membolehkan beliau memperbaiki kebobrokan negara akibat rasuah dan penyalahgunaan kuasa kerajaan UMNO-BN di bawah pimpinan Dato’ Seri Najib Razak.
Kempen UMNO-BN tertumpu kepada usaha menakutkan rakyat terutama masyarakat Melayu kononnya akan diperalatkan DAP.
Sentimen perkauman ditiup kerana kegagalan UMNO-BN menjawab skandal 1MDB, FELDA, dan keperitan rakyat akibat lonjakan harga setelah GST diperkenalkan.
Rakyat adalah penentu; bukan wang sogokan tauke atau saudagar kaya; bukan fitnah dan propaganda media yang dikuasai UMNO-BN.
Pakatan Harapan mendambakan perubahan; kepedulian rakyat dan pengukuhan institusi negara selaras dengan semangat Perlembagaan negara.
Kami bertekad untuk bekerja menggalas tugas dengan penuh amanah dan kesedaran.
Kami yakin kedudukan Islam akan lebih mekar dengan menjamin kebebasan beragama. Yang akan dibela adalah rakyat semua kaum. Umat Melayu dan bumiputera yang dibantu adalah di kalangan rakyat kebanyakan dan bukannya keluarga dan kroni kaya.
Dalam tempoh 24 jam, masa depan negara dan nasib rakyat akan di tentukan oleh saudara saudari.
Dengan lafaz Bismillah, undilah dengan bijak dan bertanggungjawab.
Rakan-rakan yang telah bersama sejak 2013 perlu bangkit menggerakkan rakyat dalam muafakat mantap Pakatan Harapan. Bantu ibu bapa, sanak saudara dan adik adik untuk turut mengundi.
Kepada Allah SWT kita pohon petunjuk dan keberkatan.
Anwar Ibrahim
7 Mei 2018
Rabu, Februari 07, 2018
DOA UNTUK RAFIZI
KEPUTUSAN KES NFC: RABU, 7 FEBRUARI 2018
Esok (Hari ini 7/2/18), Hakim Zamri Bakar akan membacakan keputusan perbicaraan dakwaan di bawah Akta Bank & Institusi Kewangan (BAFIA) yang menuduh saya dan Johari Mohamad (bekas kerani Public Bank) membocorkan maklumat kewangan ahli keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan beberapa syarikat milik mereka.
Hukuman maksima di bawah akta ialah penjara 3 tahun, atau denda RM3 juta atau kedua-duanya sekali.
Jika dijatuhkan hukuman bersalah (cenderung ke arah itu), ada beberapa kemungkinan hukuman yang dijatuhkan:
1) Penjara (lebih setahun) tetapi dibenarkan “stay of execution” dan tidak berjalan sehingga selesai proses rayuan
2) Penjara (lebih setahun) dan tidak dibenarkan “stay of execution”, maka hukuman penjara berjalan serta-merta esok
3) Penjara (lebih setahun) dan denda (mungkin RM300,000 ke atas). Hukuman penjara dibenarkan “stay of execution”, tetapi denda perlu dibayar serta-merta. Jika saya gagal membayar denda esok, saya akan dipenjarakan dahulu sehinggalah saya membayar denda tersebut
Ada juga kemungkinan saya didapati tidak bersalah tetapi melihat perjalanan perbicaraan, naluri saya merasakan itu tidak akan berlaku. Ada juga kemungkinan hukuman penjara atau denda yang dikenakan adalah jauh lebih ringan, namun melihat perjalanan perbicaraan: saya tidak optimistik.
Ramai yang bertanya mahkamah mana dan pukul berapa.
Keputusan akan dibacakan oleh Hakim Zamri Bakar sekitar jam 930 pagi esok (Rabu, 7 Februari 2018) di Mahkamah Sesyen (Jenayah 3), Tingkat 8, Kompleks Mahkamah Shah Alam.
Jika ada kelapangan malam ini, saya mohon sahabat-sahabat mendoakan Allah beri perlindungan kepada saya dan memudahkan urusan saya esok.
“Mereka merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang”
Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan.

Langgan:
Catatan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE