Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, November 20, 2010

Upgrade Kepala Hotak (Siaran Ulangan)



Nampaknya mutu perkhidmatan internet dari syarikat telekomunikasi di negara kita masih di tahap kurang memuaskan.Kelajuan internet yang digembar-gemburkan hanya dongengan semata-mata.Ada kalanya jika kita lakukan ujian kelajuan(speedtest),Latency Test pun tidak lepas,mungkin kerana talian sudah 'hang' ataupun kejang otot.

Untuk makluman,saya menggunakan perkhidmatan celcom dan p1. Berdasarkan pengalaman penggunaan perkhidmatan internet,kedua-dua syarikat ini layak digelar pembekal berukband nasional.

Masalahnya sama,iaitu kesesakan trafik pada waktu perdana iaitu dari 7 mlm hingga ~ 1 pagi. Bilamana saya membuat aduan,jawapan kedua-dua syarikat pembekal berukband ini ialah kerja2 upgrade sedang dilakukan.18 tahun komplain pun jawapan masih sama iaitu sedang upgrade.Upgrade kepala hotak pun tak memakan masa selama itu.

Tak cukup dengan sakit hati akibat mutu perkhidmatan, celcom kini sedang gila buat promosi.Dalam satu hari macam-macam sms promosi dihantar ke telefon bimbit pelanggan.Paling melampau sms dihantar pada hari Jumaat sewaktu khatib sedang membaca khutbah.Tak bolehkah disetkan selepas waktu solat Jumaat?Celcom ini syarikat orang Islam ataupun kafir???

Mutu perkhidmatan tak perlu diambil tahu,sebaliknya pelbagai tawaran seperti offer hotel percuma,majlis berbuka puasa,spa,insuran dan berbagai-bagai lagi.Hinggakan agen dari syarikat insuran turut membuat panggilan mengatakan wakil dari celcom membuat tawaran insuran percuma dan pelbagai mangkuk hayun lagi untuk diberi percuma sebagai menghargai kesetian pelanggan.

Inilah mentaliti dan hakiki projek berukband negara.Tiada siapa yang berani mempertikaikannya termasuk pak-pak menteri.Belanjawan beratus bilion sekadar untuk diangguk dan disorak oleh mereka.


2 ulasan:

  1. peruntukan beratus billion untuk naik taraf jalur lebar yang tak pernah melebar-lebar itu apa kejadahnye.. main-main kerja lah nampak gayanye..

    BalasPadam
  2. a'aa... 'up-grade' hanya dongengan org2 dahulu kala...bagi alasan yg agak up-grade sket...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive