Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Mac 30, 2013

Wanita Ketagih Minum Darah Babi





Michelle sedang minum darah babi



Seorang wanita mengaku, dia memerlukan 36
liter darah babi setiap minggu untuk memuaskan dirinya yang sentiasa dahagakan
darah.Dikenali hanya sebagai Michelle, wanita itu berkata, sejak 10 tahun lalu,
dia meminum darah - termasuk darah manusia - setiap minggu dan jumlah itu jika
dikumpulkan boleh memenuhi 23 tab mandi.


“Saya ketagih darah sama seperti seseorang
perokok ketagih rokok.“Darah itu diminum ketika saya membaca, berehat atau
melukis,” katanya.Bekerja sebagai pelukis tatu, Michelle, 29, berkata
kadang-kadang darah itu dicampur dengan sup atau ditumis.“Jika saya meminum
Bloody Mary (sejenis minuman bercampur darah), hakikatnya saya minum darah
sebenar,” katanya.




Michelle berkata, dia lebih gemar meminum
darah babi berbanding lembu kerana rasanya yang keras serta lebih masin.Pada
masa sama, kata Michelle, dia mencuba darah manusia - sama ada lelaki atau
wanita.“Darah lelaki berbeza daripada darah wanita,” katanya. Walaupun ketagih,
Michelle tidak menganggap dirinya sebagai ‘pontianak’ sebaliknya manusia biasa
yang sangat menikmati kesedapan darah.




Katanya, dia menghisap darah terus dari
tangan kawan lelakinya, Johnny, seminggu sekali.Setiap hisapan, katanya, boleh
berlangsung antara 30 saat hingga lima minit.Kata Michelle, dia juga pernah
menghisap darah daripada orang lain sebelum ini.“Ia tidak membahayakan sesiapa
kerana hanya orang yang rapat dengan saya diambil darahnya.





“Setiap daripada mereka juga disahkan bebas
daripada sebarang penyakit, termasuk HIV,” katanya. Ketagihan kepada darah itu
bermula sejak Michelle di usia remaja lagi.Katanya, jika tertekan, dia menoreh
tangannya dan tertarik melihat darah itu mengalir. Sejak itu, kata Michelle,
dia sudah meminum kira-kira 4,500 liter darah.Ibunya juga diberi tahu mengenai
tabiat aneh itu.“Ibu saya menangis sebaik saja saya memberitahunya dan
menganggap saya pelik,” katanya.-mymetro



ohsenyum


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive