Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, April 15, 2013

Ayat ‘BN ciplak manifesto PR’ pun kena ciplak



KUALA LUMPUR: Percaya atau tidak. Bukan sahaja manifesto Pakatan Rakyat yang diceduk, malah ayat ‘BN ciplak manifesto PR’ pun ditiru BN. Cuma BN ubah sikit dari ciplak kepada cedok.

Perkara itu jelas apabila Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin menuduh Pakatan Rakyat meniru manifesto BN.

“Manifesto pilihan raya pakatan pembangkang sebenarnya hanya mengembangkan inisiatif yang telah dilaksana kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.

"Mereka hanya menokok tambah apa yang telah dilaksanakan kerajaan BN, kemudian menjaja kononnya BN meniru agenda yang dibentangkan mereka,” kata Muhyiddin.

Pakatan telah membentangkan manifestonya pada 25 Februari lepas, sebulan setengah sebelum BN mengumumkan manifestonya pada 6 April secara langsung di semua media TV.

Ramai yang berpendapat bahawa banyak tawaran yang dikemukakan oleh PR ada di dalam manifesto BN.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menunjukkan sembilan perkara yang diciplak oleh Barisan Nasional dari manifesto Pakatan.

Ia termasuklah menaikkan royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak dari 5 ke 20 peratus, penurunan harga kereta dan juga lebuhraya di Sabah dan Sarawak.

Ketua Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pula berkata 22 perkara dalam manifesto PR diceduk BN.

Meskipun demikian, Muhyiddin tetap menuduh PR meniru manifestonya.

“Selama ini BN serang manifesto PR akan bangkrapkan negara. Jadi, BN marah PR ciplak manifesto dia yang bakal bankrapkan negara? Atau BN akui cara dia bakal bankrapkan negara? Tapi, buat apa PR nak ciplak manifesto yang bakal bangkrapkan negara?” tulis Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di laman Fbnya.

Mengambil sudut tawaran turun harga kereta, Tuan Ibrahim menyoal mengapa setelah BN memerintah 56 tahun baru BN terlintas ada inisiatif untuk menurunkan harga kereta.

“Selepas PR umum turun harga kereta, BN serang kata tawaran itu akan bankrapkan negara.

"BN kemudian umum turun harga kereta, tuduh pula PR ciplak manifesto BN. Jadi BN masukkan benda yang bakal bankrapkan negara dalam manifesto dia?" sindir Tuan Ibrahim.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menyindir kehebatan kepimpinan BN dalam menceduk sehingga ayat “BN ciplak manifesto PR” turut diceduknya.

“Hebat BN ini. Ayat 'BN ciplak manifesto PR' pun kena ceduk menjadi 'PR ciplak BN',” sindir Tuan Ibrahim.


HD


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive