Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, November 02, 2013

PANAS!!! KEMPEN PRK PALING KOTOR

Gambar : Kempen Paling Kotor Dan Biadab Di PRK Sungai Limau


















Semakin hampir dengan hari membuang undi, kempen pilihan raya kecil di Sungai Limau dicemari dengan kempen kotor apabila replika kaki sebelah dipotong yang ditemui digantung di berbagai lokasi.

Insiden itu disifatkan sebagai satu penghinaan dan provokasi pertama
yang berlaku ketika kempen berjalan dengan tenang di Sungai Limau.

Walaupun tidak mengaitkan insiden tersebut dengan mana-mana pihak,
dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan arwah Tan Sri Azizan Razak yang
mana sebelah kakinya telah dipotong sebelum meninggal dunia selepas
menjalani pembedahan.

Sungai Limau adalah kubu kuat PAS yang telah dimenangi mereka selama lima penggal.Penyandangnya arwah Azizan adalah wakil rakyat dikawasan tersebut sejak tahun 1995.

Kerusi tersebut kosong selepas arwah Azizan meninggal dunia pada 26 September kerana jatuh sakit dan mengalami kegagalan organ.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, arwah Azizan memperoleh
majoriti 2,774 undi berbanding majoriti sebanyak 3,212 undi yang
diperolehnya pada tahun 2008 sebelum ini.

Beliau menewaskan calon BN, Mohd Fazillah Mohd Ali dalam pertarungan
empat penjuru. Dua calon bebas lain tewas dan hilang wang deposit
mereka. - 2 November 2013.TMI

malaysiaberih

P-A-N-A-S-S-S !! ... Rahsia 'BESAR' Suami Saya... 

1 ulasan:

  1. Minta Allah tunjukkan balasan kpd orang yang menghina, memperli dan merendahkan orang yang sakit tambah lagi ia telah meninggal dunia. Orang yang buat itu ia akan kemalangan hingga putus kaki dan tangan sekiranya ia tidak bertaubat. Kalau nak kempen pun biarlah cara lain. Sakit bukan kita minta tapi itu dugaan dari Allah.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive