Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Februari 11, 2014

JANDA DIROGOL KETIKA KE KEBUN GETAH


BERA - Seorang ibu tunggal yang menolak cinta jiran sekampungnya hidup dalam keadaan trauma selepas dirogol lelaki itu semasa dalam perjalanan ke kebun getah di Kampung Menteri, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Supritendan Zakaria Yusof berkata, dalam kejadian pada kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa dalam perjalanan ke kebun getahnya yang terletak kira-kira 700 meter daripada rumahnya dengan menaiki motosikal.
Menurutnya, wanita itu terpaksa memberhentikan motosikalnya selepas mendapati titi kecil di parit dekat kebun itu dialihkan.
“Tetapi, sebaik sahaja mangsa turun daripada motosikal, suspek telah memeluk belakang mangsa dan mengikat kaki, tangan dan mulut serta menutup muka mangsa sebelum bertindak merogol mangsa.

“Suspek kemudiannya meletakkan senjata tajam di leher mangsa dan mengugut untuk membunuh mangsa sekiranya mangsa bertindak melawan,” katanya kepada Sinar Harian.

Zakaria berkata, mangsa hanya berjaya membuka ikatan dan menyelamatkan diri selepas hampir satu jam suspek melarikan diri.
Katanya, mangsa dibawa oleh ahli keluarga untuk membuat laporan di balai polis berhampiran.
Dipercayai, suspek yang beberapa cuba memikat mangsa sebelum ini bertindak ganas selepas cintanya ditolak mangsa.
“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak kurang lima tahun dan sebatan atau kedua-duanya sekali.
“Kita sudah menahan suspek semalam (kelmarin) di Jalan Mengkarak ketika cuba melarikan diri dan suspek ditahan reman selama enam hari mulai hari ini (semalam) sebelum dijangka didakwa Jumaat ini,” kata beliau.-SH
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive