Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Oktober 11, 2014

LEBIH BAIK HANGPA SOLAT HAJAT MINTAK NAJIB TURUNKAN HARGA MINYAK

Perkasa rancang adakan solat hajat mohon kes liwat Anwar tidak ditangguh.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, kes perbicaraan Tan Sri Anwar Ibrahim yang berlarutan menyebabkan mangsa, Mohd Saiful Bukhari Azlan mengalami tekanan berpanjangan kerana masih tiada jalan penyelesaian. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Oktober, 2014.

Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) merancang mengadakan solat hajat bagi memohon agar kes perbicaraan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ditangguhkan lagi, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, kes perbicaraan berlarutan itu menyebabkan mangsa, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang juga bekas pembantunya itu mengalami tekanan berpanjangan kerana masih tiada jalan penyelesaian.

"Siapa salah, siapa benar, itu mahkamah yang menentukan cuma proses perbicaraan bagi menentukan keputusan itu terlalu lama, membuatkan Saiful mengalami tekanan mental dan jiwa," Ibrahim dipetik berkata.

Kes perbicaraan Anwar akan bersambung semula pada 28 dan 29 Oktober ini di Mahkamah Rayuan. Ia dianggap peluang terakhir buat ketua umum PKR tersebut mengelak daripada berdepan hukuman penjara yang dijatuhkan ke atasnya sebelum ini.
Ibrahim menganggap perbicaraan kes Anwar sebagai istimewa kerana mengambil masa yang panjang.

"Kalau kita tengok kes-kes lain, penangguhannya tidak memakan masa sebegini lama. Maka kita harap mahkamah dapat menyelesaikan kes ini dalam prosiding akan datang dan ia tidak lagi tertangguh dengan pelbagai alasan," kata bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pendakwaan mensabitkan Anwar bagi pertuduhan meliwat dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati Anwar bersalah terhadap pertuduhan meliwat Saiful di sebuah unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Balia Yusof Wahi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012 yang melepaskan Anwar daripada pertuduhan itu.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman penjara itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan dengan jaminan RM10,000 dan seorang penjamin. – 11 Oktober, 2014.


TMI




9 ulasan:

  1. Memang patutlah si Saiful tu mengalami tekanan perasaan...pemfitnah dilaknat dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  2. Kes rayuan mantan menteri beast Selangor lagi lama......

    BalasPadam
  3. Pesta minum arak oktoberfest ....kalit samat...mujahit dan syuhada as sahid tok guru nikky ajis....munajat dan menadah tangan syukur alhamdulillah lagi.....pesta terbesar minum arak berjalan sangat lancar dan aman.......tahniah pas....hik hik...hik....ahaksss.....macai pas boleh la sujud syukur skali......hik...hik...hik...

    BalasPadam
  4. siapa tak pernah minum arak ..angkat tangan...kah kah kah kah kah ...

    BalasPadam
  5. TALK IS CHEAP.. kah kah kah kah kah ...

    BalasPadam
  6. Tok nik ....kalit samat dan mujahit orang yang paling gumbira sambil mrngucapkan syukur pesra minum arak berjaya berjalan dengan aman.....hikk...hik....solat syukur bersama macai dan unit amal 1 stadium sempena kejayaan rakan baik DAP pesta minum arak di selangor....hik ...hik...tok nik ucap alhamdulillah sebab itu jer yang PAS boleh lakukan...hik...hik...anwar menangis kegumbiraan game plan menjadi...hik...hik...hik...

    BalasPadam
  7. Tengok muka2 yg berkerumun tu dlm kumpulan ethnic yg sama saje. Bila dah kena nanti mulalah kata sindiket tipu. Mcm kes gores dan menang. Bila lah nak sedar atau memang sendiri tak mahu sedar?

    BalasPadam
  8. Dia ingat Allah nk makbulkan ke doa menganiaya org tu? X serik lagi mamat ni, hari tu dh sakit. Dh Allah sembuhkan buat lagi perangai mcm ni...

    BalasPadam
  9. Kesiannya kat depa. Xdk bnda lain ka dh nk buat. Bukan dia muda dh puak2 perkasa tu. Kuboq dok gamitla weiii!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive