Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Julai 15, 2017

PENYOKONG KEDAH MAKI KFA

TAK PUAS HATI KES SIARAN LANGSUNG DIBATALKAN.

SEGELINTIR PENYOKONG KEDAH MELUAHKAN PERASAAN MARAH MEREKA DI MEDIA SOSIAL.




BERIKUT KENYATAAN MEDIA DARI KFA BERHUBUNG PENUNDAAN SIARAN LANGSUNG DARI STADIUM DARULAMAN.

KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN BOLASEPAK KEDAH DARUL AMAN (KFA)

PER: PENUNDAAN SIARAN SECARA LANGSUNG PASUKAN KEDAH FA DI STADIUM DARULAMAN.

Merujuk kepada isu semasa mengenai siaran langsung melibatkan perlawanan Liga Super ke-16 (No. 91) antara pasukan Kedah FA menentang Selangor FA pada hari Sabtu ini di Stadium Darulaman, pihak pengurusan tertinggi KFA menjelaskan seperti berikut:

1.  KFA mengalu-alukan sebarang  usaha untuk menyemarakkan suasana Liga Malaysia dan tidak pernah menghalang pihak penyiar rasmi Liga Malaysia untuk membuat rakaman siaran langsung membabitkan pasukan Lang Merah selama ini samada di Stadium Darulaman mahupun di gelanggang lawan.

2.  Isu berkenaan pembatalan siaran langsung perlawanan Liga Super Ke-16 (No. 91) antara Kedah FA dan Selangor FA pada 15 Julai 2017 di Stadium Darulaman, KFA merasakan amatlah tidak munasabah untuk sesebuah pasukan tuan rumah yang beraksi digelanggang sendiri disiarkan secara langsung sebanyak 3 perlawanan berturut-turut. Untuk rekod, selepas Liga Malaysia bersambung pada bulan Julai, 2 perlawanan di Stadium Darulaman disiarkan secara langsung iaitu 1 Julai 2017 bertemu Perak FA (Liga Super) dan 4 Julai 2017 bertemu Melaka United SA (Piala Malaysia).

3.  Pihak KFA amat berterima kasih dengan penyiar rasmi Media Prima kerana memilih pasukan Lang Merah dan ini adalah satu penghormatan dari pihak penyiar rasmi yang memberi tumpuan terhadap prestasi pasukan dalam pemilihan siaran langsung, namun ianya haruslah selari dan diputuskan atas dasar situasi menang-menang untuk kebaikan semua pihak. Untuk rekod masih ada pasukan lain dalam Liga Super yang masih belum disiarkan secara langsung.

4.  Pihak KFA juga terbuka untuk menerima siaran langsung membabitkan pasukan Lang Merah selepas ini namun pemilihan serta pemakluman awal secara rasmi mengenai sesuatu siaran langsung haruslah dibincangkan bersama antara pihak penyiar rasmi, pengendali liga serta pasukan yang terlibat dengan pemilihan siaran. Ini adalah penting kerana ianya dapat mengelakkan dari terjadinya sesuatu isu penundaan/pembatalan disaat akhir.

5. Pihak KFA amat berterima kasih buat semua penyokong hijaukuning yang berterusan menyokong pasukan di semua gelanggang terutamanya di Stadium Darulaman dan pengorbanan setiap penyokong akan menjadi azimat pasukan untuk terus beraksi cemerlang pada musim ini. KFA percaya sokongan melalui pelbagai cara adalah faktor utama kemeriahan Liga Malaysia terutamanya di bumi jelapang padi.

Sekian, terima kasih.

Kenyataan media oleh:
YB DATO’ AMINUDDIN OMAR
Setiausaha Kehormat KFA

Grafik & Artikel Kedah FA - Persatuan Bolasepak Kedah -




LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!

Sabtu, Jun 10, 2017

PASUKAN PEGUAM ANWAR AKAN BERLEPAS KE UK AMBIL DOKUMEN


Lanjutan dari dakwaan Sarawak Report bahawa Claire Brown melihat dokumen yang menunjukkan pembayaran Najib kepada Shafie menggunakan dana 1MDB untuk memastikan Datuk Sri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes liwatnya, pasukan peguam Anwar diketuai N Surendren akan berlepas ke UK dalam jangka masa terdekat untuk mendapat semua dokumen yang berkaitan.

Dokumen ini yang dipercayai dibekalkan oleh seorang bekas pegawai kanan SPRM kepada portal pembocoran maklumat kerajaan itu penting untuk digunakan untuk menyokong rayuan Anwar bagi membatalkan sabitan hukuman yang dijatuhkan ke atas beliau oleh Mahkamah Persekutuan pada tahun 2015.

Penting untuk pasukan peguam Anwar ke London kerana dalam pendedahan itu, Sarawak Report tidak menyertakan sekali dokumen yang dimaksudkan itu. Sekalipun dokumen itu disertakan, ia tidak asli kerana di muat turun dari Internet, sebab itu perlu untuk pasukan guaman Anwar terbang ke London dan mendapatkan dokumen itu sendiri.

Sekalipun dimaklumkan ia adalah 5 hakim Mahkamah Persekutuan dan 3 hakim Mahkamah Rayuan sebelumnya yang membuat keputusan untuk menyabitkan Anwar dengan kesalahan tersebut (bukan Shafie), tapi jumlah pembayaran dalam jumlah yang besar tersebut sudah tentu menimbulkan tanda tanya yang besar.

Apatah lagi, Shafie bertindak sebagai pendakwaraya dalam kes Anwar semasa di peringkat Mahkamah Persekutuan setelah pendakwaraya yang mengendalikan kes tersebut, Datuk Yusof, bersara awal.

suarapakatanharapan

Jumaat, Mei 05, 2017

HUTANG DHUHA






Maaf panjang sikit tapi jangan tak baca... RUGI
Baca sampai habis tau.

Satu ilmu yang saya baru tahu yang saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan anda adalah ilmu tentang solat dhuha.

Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah di negaranya.

Didalam bukunya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”.

Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa *kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah* sebenarnya.

Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah.

Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.

Seperti yang tercatat di satu hadis “
*Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah? Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu”*(HR. Imam Ahmad)

Dan menurut riwayat yang lain, “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah.

Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).

Melalui hadis diatas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini.
Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya. Pasti sangat banyak kiraannya.

Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar? Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang dhuha kita pada Allah setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah.

Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?.
Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini.

Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampaikan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.

Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil (melalui pencuri) duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.

Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar?

Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang-hutang Dhuha kita.

Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms
kepada ustaz :

“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”

Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui *menyeru orang lain juga untuk berdhuha*. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga.

Namun, pasti akan ada yang bertanya, “ Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik difikiran, sesetengah antara kalian.

Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.

Jika anda ada Blog atau Facebook, WhatsApp, Telegram, Wechat dan sebagainya, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha.

Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha.

Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar–pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.

Setiap di antara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha.

Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga mempunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini.

Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha.

Semoga amalan kita diterima sebagai amalan soleh.

Jom kita sebarkan kerana Allah...👍👍👍
In shaa Allah...




LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive