Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Ogos 27, 2009

Tuduhan Muhyiddin mengarut! - Mustafa Ali | pkfz



Oleh ANIS NAZRI

KUALA LUMPUR: Selepas kekalahan tipis di Manek Urai dengan mengatakan orang Melayu sudah memihak kepada Barisan Nasional (BN), kini Umno terpaksa mencari pelbagai alasan untuk menjustifikasikan kekalahan mereka di Permatang Pasir.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali, berkata setelah bergembira dengan kemenangan tipis PAS di Manek Urai, BN bercita-cita untuk memenangi hati para pengundi, khususnya pengundi Melayu dalam pilihan raya umum akan datang.

Namun, dengan kekalahan di Permatang Pasir, 25 Ogos lalu, BN mula mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang kononnya kegagalan mereka meraih sokongan kerana mainan dan ugutan jentera Pakatan Rakyat.

"Selepas pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tentang keputusan pilihan raya kecil Permatang Pasir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi kenyataan kononnya pengundi BN diugut jentera Pakatan Rakyat daripada keluar mengundi.

"Bagi saya tuduhan beliau itu mengarut," tegas beliau ketika mengulas kemenangan calon PAS, Ustaz Mohd Salleh Man dalam pilihan raya kecil, 25 Ogos lalu.

Tambah Mustafa, kenyataan Muhyiddin itu hanya sebagai alasan yang dihidangkan kepada rakyat atas kekalahan berturut-turut BN dalam siri pilihan raya kecil yang berlangsung selepas pilihan raya umum ke-12 lalu.

Mustafa menambah, tidak cukup dengan kenyataan Timbalan Presiden Umno itu, Naib Presiden Umno, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussien turut mengeluarkan tuduhan dan dakwaan yang tidak berasas ketika mengulas kekalahan parti itu.

"Hishamuddin pula berkata kononnya perayu-perayu undi Pakatan Rakyat tidak mematuhi peraturan SPR berkenaan bangsal panas dan kempen merayu undi. Berdasarkan pengamatan saya, ia melibatkan kedua-dua belah pihak. Tapi Hishamuddin bercakap seolah-olah hanya Pakatan Rakyat yang melakukan kekecohan," selar beliau.

Mengulas lanjut majoriti yang diperolehi PAS agak rendah berbanding ketika pilihan raya umum lalu, Mustafa berkata antara sebab berlakunya penurunan majoriti tersebut kerana ia dijalankan ketika hari bekerja.

Dengan itu, beliau mencadangkan SPR supaya tidak mengadakan sebarang pilihan raya kecil selain pada hari bekerja bagi memudahkan para pengundi menunaikan hak mereka untuk keluar mengundi.

Biarpun tidak menjangkakan PAS akan memperoleh majoriti sebanyak 4,551 undi kerana mengandaikan kemenangan dengan majoriti lebih rendah, Mustafa merakamkan penghargaan kepada semua jentera parti di setiap peringkat, sama ada PAS, KeADILan dan DAP yang gigih membantu mempertahankan kerusi Permatang Pasir.

detikdaily


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive