Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Oktober 01, 2009

Pengundi bukan Melayu bersedia buat perubahan | Nizar News



Harap pengundi Melayu turut berubah.

BAGAN PINANG, 29 Sept - Masyarakat tionghua dan India bersedia membuat perubahan dan mengharapkan pengundi Melayu turut serta menolak Umno-BN dalam pilihan raya kecil N.31 Bagan Pinang, 11 Oktober nanti.

Setiausaha Politik Khas kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Encik Yau Con Seng berkata, dalam tempoh 52 tahun BN memerintah ini, namun masih gagal membela rakyat.


"Rakyat perlu membuat perubahan setelah 52 tahun Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah Negara khususnya di Negeri Sembilan," ujarnya memetik Buletinonline berkata.

Katanya, pengundi bukan Melayu terutama masyarakat tionghua akan membuat perubahan memilih Pakatan Rakyat.

“Kita (tionghua) sudah faham dengan perjuangan PAS melalui slogan ‘PAS For All’ dan akan terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

“52 tahun Umno dan kerajaan Barisan Nasional memerintah negara dan taraf kehidupan rakyat tidak banyak berubah,” ujarnya ketika ditemui, semalam.

Beliau bagaimanapun melahirkan rasa bimbangnya terhadap pengundi Melayu yang masih disifatkannya tidak banyak berubah.


“Masa untuk kita (rakyat) berubah telah tiba dan saya harap pengundi tionghua seramai 1,500 orang semua mengundi PAS,


“Kita (tionghua) jangan beri satu undi pun kepada calon Barisan Nasional dalam pilihan raya kali ini.

“Saya harap pengundi Melayu pun sedia untuk buat perubahan kerana pengundi Cina dan India sudah ‘berani’ (berubah),” jelasnya.

Ketika ditanya isu 'hudud' yang momokkan Umno sebelum ini, beliau berkata masyarakat tionghua kini tidak takut lagi dengan ‘hudud’ kerana mereka faham dan telah diberi penjelasan sebetulnya.

Katanya, undang-undang hudud hanya untuk orang Islam dan tidak melibatkan masyarakat bukan Islam di Negara ini.

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive