
Seorang wanita dibogel dan dimalukan di depan khalayak ramai setelah dia ditangkap mencuri di China.Orang ramai mengoyak pakaiannya dan menulis "saya pencuri" dalam karakter cina dengan menggunakan marker di belakang badannya.Insiden memalukan itu berlaku di Kota Taizhou, timur China.
Satu  sumber online mengatakan pencuri tersebut juga diseksa secara fizikal.  Dia terpaksa mengikat dadanya dengan menggunakan kain buruk untuk  mengelak dibogel.
Setelah puas menyeksa pencuri wanita itu, orang ramai memanggil polis untuk tindakan lanjut.
Insiden ini menarik perhatian pelbagai pihak terutama komen-komen dari pengguna internet seluruh dunia.
Seorang  pengguna internet mengatakan hukuman seperti itu memang sesuatu yang  biasa berlaku di Taizhou.  Penduduk setempat sering menghukum dengan  memalukan pencuri di khalayak umum dan melakukan kekerasan fizikal  sebelum membuat laporan polis.
Insiden  sama turut berlaku tahun lepas apabila seorang pencuri dilucutkan  pakaian sehingga ke pinggang sebelum diarak di jalan. Perkataan  'pencuri' turut ditulis di badannya.
Kejadian  seumpama ini menaikkan kemarahan ramai pengguna internet yang  berpendapat kurangnya polisi dan hukuman yang tepat di Taizou merupakan  penyebab kejadian berulang.
Manakala  satu pihak lagi mengatakan hukuman yang tidak efektif dari pihak  berkuasa dalam mencegah jenayah turut menyumbang kepada kejadian ini.



 sumber http://www.info-gallery.org/2011KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
sumber http://www.info-gallery.org/2011KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK