
Katanya, ia tugas ulama untuk "menentang kemungkaran dan menegakkan kebenaran" seperti mana dilakukan "ayatullah" di Iran yang memimpin anak muda dalam revolusi Islam negara itu pada 1979 (bawah).
"Kalau (pengerusi bersama Datuk) Ambiga tak sesuai dan Datuk A Samad Said tak sesuai, barangkali rambutnya tak ikut sunah atau misai dia panjang ka, elok pengerusi Majlis Fatwa mempengerusi BERSIH," katanya.
Bercakap dalam temubual bersama saluran atas talian Radio Bangsar Utama (RABU) malam tadi, Mohamad mendakwa sekiranya Abd Shukor enggan berbuat demikian, "kita nampak dia menyokong (pihak yang) kotor".
Mohamad menjawab soalan kartunis Zunar berhubung kredibiliti keputusan MFK berhubung isu perhimpunan BERSIH berbanding fatwa ulama tersohor Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang menyeru rakyat Mesir turun ke Dataran Tahrir.
Abdul Shukor Husin dilapor berkata jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.
Bagaimanapun Selasa lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim dilapor berkata Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berhubung pengharaman demonstrasi BERSIH (atas).
MK
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK