Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, April 25, 2013

KES LETUPAN DI CERAMAH BN: APA KATA ANWAR







Kes letupan: Pakatan Rakyat keji amalan politik ganas – Anwar



KUALA LUMPUR 24 APRIL: Pakatan Rakyat mengecam pihak yang bertanggungjawab dalam insiden letupan dalam sebuah ceramah Barisan Nasional (BN) di bilik Gerakan BN di Nibong Tebal malam tadi.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, masa letupan berlaku dan lokasi alatan yang digunakan sangat mencurigakan dan dengan jelas bertujuan menimbulkan ketakutan dan membangkitkan kekacauan.
“Kami mengeji mereka yang dengan sinis membahayakan nyawa rakyat Malaysia. KEADILAN dan Pakatan sudah menyatakan dengan jelas dan tanpa sebarang syarat bahawa kami menentang sebarang bentuk keganasan politik.



 “Kami menuntut pilihan raya yang aman dan teratur di Malaysia,” kata Ketua Umum KEADILAN itu pada kenyataan media hari ini.
Beliau menyeru rakyat, khususnya penduduk Pulau Pinang agar sentiasa berwaspada, terus bertenang dan tidak terpengaruh dengan khabar angin yang mungkin timbul ekoran insiden ini.
“Kami melahirkan rasa kesal dan simpati kepada pengawal keselematan yang cedera daripada insiden itu. Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan melawat mangsa di Pulau Pinang hari ini,” katanya lagi.



 Mengikut Bernama, seorang pengawal keselamatan tercedera di kaki kanan akibat terkena bahan letupan ketika ceramah BN di Nibong Tebal malam tadi.
Laporan itu menyatakan, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan lanjut dan keadaannya stabil.
Anwar memuji polis Pulau Pinang yang bertindak pantas serta Abdul Rahim yang memberi amaran keras kepada sesiapa yang cuba menimbulkan huru-hara.
“Saya juga memuji penubuhan ‘task force’ untuk menyiasat insiden ini. Siasatan harus dijalankan tanpa rasa takut dan campur tangan,” katanya.


KD



NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

5 ulasan:

  1. Sampah menimbun macam sengaja di simpan untuk buat gempak bom . .Nmpak sangat di rancang . .

    BalasPadam
  2. Sampah pun menyampah nak dengar kot!!!

    BalasPadam
  3. Sampah pun menyampah nak dengar kot!!!

    BalasPadam
  4. ALASAN SEBAB CERAMAH BN TAK RAMAI YANG DATANG....KAHKAHKAH

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama26/4/13 9:10 PG

    nak menarik pweharian je tu

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive