Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, November 08, 2013

NAIK CAJ ASTRO RM2, LAGI BEBAN KEPADA PENGGUNA

KUALA LUMPUR 6 NOVEMBER: Astro tidak seharusnya menambah beban pengguna dengan menaikkan caj untuk beberapa pakej yang disiarkannya memandangkan syarikat tersebut telah meraih keuntungan besar saban tahun.
yahya-sahri

Malah Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, Astro yang diberi hak memonopoli khidmat televisyen berbayar seharusnya menyelesaikan terlebih dahulu isu melibatkan kepuasan pelanggan sebelum bertindak menaikkan caj.
"Astro ini sudah untung besar, sudah monopoli pasaran. Jadi tak wajarlah caj perkhidmatan kepada pengguna dinaikkan.
"Apatah lagi bila kita selalu dengar tentang rungutan berkaitan dengan mutu penyiaran Astro yang kurang memuaskan selain penyiaran rancangan yang berulang-ulang," tegas beliau yang mahu Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKKM) mengkaji cadangan Astro itu.

Astro dalam laman sesawangnya memaklumkan akan mengenakan tambahan caj RM2 bagi pakej keluarga dan RM6 bagi pakej sukan bermula 24 November ini.
Yahya sementara itu berkata, monopoli Astro harus ditamatkan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan seharusnya meluluskan lesen khidmat televisyen berbayar kepada syarikat lain.

Menurutnya ia bagi mewujudkan persaingan sihat di antara penyedia perkhidmatan seperti yang berlaku di antara pembekal perkhidmatan komunikasi selain memberikan lebih pilihan kepada pengguna.ni.

keadilandaily

4 ulasan:

  1. Belum terima bil dah suruh bayar caj baru?

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama9/11/13 4:08 PG

    Beghenti je langgan astro tu, bukan takat takde pekdah buat ghugi lagi adele. Ate ce komer pikio, bayo mahe-mahe dapat tengok ceghite satu cenel je pade satu mase, cenel lain tak dapat nak nengok padehe dah kena bayo juge, itu satu he. Dah le gitu, ceghite beghulang2. Lagi baguih beli dvd pakat tuko sesame jighan dan kawan2, nak nengok bile2 masepun boleh, nak ulang beghape kali takde sape boleh laghang. Kalo sebulan langgan 80 ghengget kumpoi ade dlm 20 ke 30 oghang, jenuh komer nengok ceghite. Itu sebulan! Ce kighe pulak kalo setahun dah beghapa ceghite boleh kite tengok. Itu 20 - 30 oghang, kalo lagi ghame? Yg komer bagi oghang astro tu memang dah kaye, bagi lagi jadi lebih kaye meghonjang hape? Komer yg susah2 bagi pulak biyo demer tambah lagi senang. Mane ade oghang mati kalo tak tengok astro! Nengok ceghita astro ada iklan, itupun komer bayo. Mengkomer bukannye tak pande, pande. Haghuih tak peghasan je. Ambek mase, pikio betui2. Perkhidmatan nasihat teman ni tak le dikenekan GST, itule baguihnye pulak.

    BalasPadam
  3. Apa nak dihairankan?Kena perolih kembali wang sumbangan kpd Umporno BN GE13 tu!

    BalasPadam
  4. jika PKR memerintah malaysia msti benarkan pengunaan PARABOLA di malaysia..so mari kite semua sokong PKR dlm pru 14 nti..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive