Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mei 12, 2014

MH370: INSURAN DAH BAYAR RM14.2 JUTA KEPADA WARIS


Kuala Lumpur : Syarikat insurans tempatan sudah membayar lebih RM14.2 juta kepada ahli keluarga penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Presiden Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Vincent Kwo berkata, memandangkan keadaan yang luar biasa selepas kehilangan pesawat MH370, syarikat-syarikat insurans hayat di Malaysia mengambil pendekatan yang proaktif dalam mempercepatkan proses tuntutan iaitu bayaran pampasan kepada ahli-ahli keluarga penumpang yang mempunyai insurans hayat di dalam pesawat itu.
Menurutnya, bayaran sudah dibuat kepada beberapa ahli keluarga dan waris penumpang sejak beberapa minggu tanpa melalui proses tuntutan pampasan mengikut prosedur biasa.

“Sehingga ke hari ini, kira-kira RM14.2 juta sudah dibayar kepada waris daripada jumlah pampasan bernilai RM18.7 juta daripada 184 polisi insurans hayat milik mangsa.

“Baki RM4.5 juta itu masih dalam proses berikutan ahli keluarga mangsa belum membuat tuntutan secara rasmi,” katanya dalam kenyataan.

HM


1 ulasan:

  1. Hebat insuran kapal ni, kapal belum jumpa insuran dh byr. Saya nak beli juga insuran jenis ni bubuh kat keta saya. He..he..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive