Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mei 19, 2014

PANAS!!!! BLOGGER UMNO MEROYAN DENGAN KEANGGUNAN DYANA SOFYA




SAKSIKAN BLOGGER UMNO MEROYAN
AKIBAT TAK SANGGUP TENGOK AWEK CUN
AKAN BERTANDING UNTUK PARTI DAP
SAMPAI BERMIMPI DYANA AKAN MASUK UMNO
KAH! KAH! KAH!

BUKAN SAJA BLOGGER UMNO MEROYAN
NAK HABAQ KAT HANGPA
PAK MENTERI UMNO PUN JADI BIUL
SEMUA DAH HILANG AKAI 
BILA TENGOK AWEK CUN NAK BERTANDING
ATAS KERUSI DAP

KAH! KAH! KAH!





'DAP calon Dyana untuk perangkap Melayu'


Pemilihan peguam muda Dyana Sofya Mohd Daud, 27, yang juga setiausaha politik Anggota Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, sebagai calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan merupakan satu perangkap minda kepada pengundi, terutama orang Melayu.

Ketua Penerangan Umno Malaysia Datuk Ahmad Maslan berkata pengundi di Teluk Intan diminta tidak terpedaya dengan taktik pembangkang yang meletak calon Melayu di kawasan itu sedangkan perkara berkenaan tidak pernah dilakukan sebelum ini.

"DAP bukan sahaja pilih calon Melayu malah mereka meletakkan individu yang masih mentah dan tidak mempunyai apa-apa jasa kepada rakyat di Teluk Intan.

"Saya yakin kelebihan memihak kepada Barisan Nasional yang mempertaruhkan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong sebagai calon PRK Parlimen Teluk Intan kerana beliau pernah menjadi wakil rakyat dan sudah menabur bakti sebelum ini selain mempunyai banyak pengalaman," katanya.

Beliau mengulas pemilihan calon DAP itu selepas melancarkan Biro Penerangan, Media Baru dan IT Umno Bahagian Jerantut.

Ahmad berkata konsep 'Malaysian Malaysia' yang ditonjol DAP dengan memilih calon wanita Melayu sudah lama diguna pakai BN.

"Pengundi kaum Cina lebih ramai di kawasan Parlimen Teluk Intan, jadi pemilihan Siew Keong merupakan langkah paling tepat," katanya.

Sementara itu di Muar, Johor, Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Razali Ibrahim mencabar Dyana Sofya menegur tindakan pemimpin DAP yang sering mempersoal hak istimewa orang Melayu yang dipersetujui dalam kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan.

"Jika dia (DAP) sanggup mempersoal dasar Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang mengutamakan pengambilan pelajar Melayu, kenapa dia tak suruh Universiti Tunku Abdul Rahman yang dimonopoli satu kaum bukan Melayu ditutup?" katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-68 Umno dan Hari Keluarga Umno Bahagian Muar di Dewan Serbaguna Sungai Balang hari ini.

- Bernama


20 ulasan:

  1. Mazlan ni betul2 bangang lah! Dulu DAP difitnahkan oleh UMNO sebagai parti politik Cina.... sekarang UMNO dah jadi sewel dan biul.... bila kebenaran DAP terserlah apabila meletakan calun Melayu... fitnah makan tuan. Syabas DAP dan PR.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amat mazlan kau buat malu org johor.....

      Padam
  2. Dengan Nama Allah SWT
    Ketua Penerangan Umno Malaysia Datuk Ahmad Maslan adalah Manusia yang paling derhaka atau lebih ringkas KURANG AJAR . Kenapa ???? Beliau derhaka kepada HANG TUAH . Laksamana Hang Tuah dengan pepatah nya "Takkan Melayu Hilang di Dunia" . Apa hak Ahmad Maslan untuk menyekat anak Melayu bertanding sebagai pemimpin rakyat??? Apa ingat orang Melayu UMNO sahaja yang boleh bertanding dalam pilihan raya Malaysia amnya Negeri Perak . Kepada Ahmad Mazlan tolong jangan KURANG AJAR untuk menafikan hak orang melayu untuk bertanding . Jangan derhaka kepada Hang Tuah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yesyesyessssss

      Padam
    2. orang jawa lah

      Padam
    3. Ahmad Maslan ahli Umno terbangang!!! x 1juta kali sebut.

      Padam
  3. Tanpa Nama19/5/14 9:09 PG

    TOBAT MAT SABU STIM PUNYA ! KAH ! KAH ! KAH !

    BalasPadam
  4. Ahmad maslan suka meraban
    Pointer 3.85cgpa apalah dibanggakan
    Pemimpin umno dah hilang kewarasan
    Kehebatan dyana sofya menganggu fikiran

    BalasPadam
  5. Zaid hamidi orang ulu
    Suka bercakap tanpa fakta
    Pemimpin umno kuat merapu
    Buat ucapan semua auta

    BalasPadam
  6. bayangkan yg cgpa 3.85 pon banggang bayangkan ahli umno yg cgpa bawah 3.85...lu worang pikio sendrila

    BalasPadam
  7. BN calonkan Cina DAP calonkan Melayu ok la tu....

    BalasPadam
  8. yg ada cgpa 3.85 pun bila masuk umno jadi meraban bayangkan ahli umno yg tak ada cgpa atau pun tak tahu cgpa tu apa.

    BalasPadam
  9. haha .. macai umno memang suka meroyan..

    tuan link kan blog saya dalam blog tuan
    http://macamlawak.blogspot.com

    BalasPadam
  10. UMNOBN ni hilang akal ke? kata nak Melayu...DAP dah bantu letak orang Melayu cun pulak tu...apa nak lagi...ooooh aku tahu kenapa UMNOBN tak nak Melayu tu sbb Melayu DAP tak makan rasuah mana nak kenyang ya tak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kenapa Bn tak letak kak ijat..... nak tengok siapa hebat ketua wantia umno atau dyana

      Padam
    2. Dengan Nama Allah SWT
      Ha Ha Ha ..... agak agak lah Bro... nak letak makcik bertanding dengan anak dara ??? Ok lah Bro... agak agak lu pilih atau undi yang mana makcik ijat atau dyana si anak dara

      Padam
    3. Dengan Nama Allah SWT
      Ha Ha Ha ..... agak agak lah Bro... nak letak makcik bertanding dengan anak dara ??? Ok lah Bro... agak agak lu pilih atau undi yang mana makcik ijat atau dyana si anak dara

      Padam
  11. Tanpa Nama20/5/14 5:56 PG

    DAP letak calun cina UMNO marah, DAP letak calun Melayu UMNO lagi marah. Teman rasa BN patut bubuh calun janda anak seorang baru padan lawan dgn anak dara. Janda ada pengalaman.KJ kata pengalaman tu penting.

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama21/5/14 1:19 PG

    Janda anak 1 kurang pengalaman. Letak.janda anak 10 baru berpengalaman. Mai ceramah pakai tongkat , jalan pun bergoyang. BN pasti menang. Kah..kah.keh.keh

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama12/6/14 9:02 PG

    If you wish for to obtain a good deal from this article then you have to apply these strategies to your won website.


    Review my web page ... after effects tutorial

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive