Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Mei 08, 2014

SKMM DIBIDAS KES LAMAN FB LUCAH INDIA

SKMM melepas batuk di tangga dalam kes laman FB lucah India 


PETALING JAYA: Untuk sebuah kaum yang kononnya konservatif, kaum India Malaysia kelihatan gemar membuka akaun Facebook yang lucah dan tidak sopan.

Ini dapat dilihat melalui halaman seperti “Malaysian Tamil Playgirls”, “Malaysian Pretty Indians (ejaan sebenar) Girls”, “Malaysia TOP VANDI GIRLS” (“vandi” bermaksud untuk ditunggang) dan “awek india hot sexy”, di mana anak-anak gadis India bukan sahaja dipaparkan berpakaian seksi, tetapi juga cuba dihubungi untuk temujanji dan hubungan seksual.

Nombor telefon mudah alih mereka juga disiarkan di beberapa laman-laman tertentu oleh pentadbir halaman Facebook dan juga pengulas.

Sesetengah dari halaman ini wujud hampir tidak sampai beberapa bulan, dan memiliki ribuan ‘likes’.

Apabila mengklik pada ruangan "about" di halaman itu, anda akan melihat perkara-perkara seperti, "Semuanya mengenai Vandi Girls Malaysia .. Ini adalah untuk semua kaum," "gambar seksi" dan "hai semua saya kongsi gambar xgirlfren saya dan kawan saya....betul betul awek vandi!"


Namun apa yang paling membimbangkan ialah bahawa sesetengah anak-anak gadis yang gambar mereka dipaparkan di laman-laman Facebook ini, tidak mengetahui bahawa gambar mereka disiarkan, ujar pengerusi cawangan Wilayah Utara Malaysian Young Leaders Association (MYLA), Jeevithan P Ganasan.

Jeevithan, yang pertama kali dimaklumkan tentang kewujudan laman ini oleh kawan-kawannya dari industri hiburan India tempatan yang tidak pernah memberi kebenaran untuk gambar-gambar mereka disiarkan, memberitahu theantdaily bahawa dia telah terlebih dahulu cuba membuat salah satu laman Facebook ini ditutup oleh Facebook sendiri, tetapi tidak berjaya.

Beliau kemudian mengambil keputusan untuk mencuba nasib dengan cara menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Namun beliau masih bertemu dengan jalan buntu kerana dia diberitahu SKMM tidak mempunyai kuasa untuk menutup akaun Facebook tersebut.

"Mereka memberitahu saya yang mereka akan membimbing saya untuk membuat laporan dan mencuba menutup laman Facebook itu. Tetapi soalan saya kepada mereka adalah apa gunayanya? Pemilik akaun akan hanya membuka laman yang lain dengan mudah. Mengapa tidak buru pemilik laman kerana mereka mengeksploitasi kanak-kanak perempuan India Malaysia," tanya Jeevithan.

Jeevithan berkata SKMM memaklumkannya bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Jika ini benar, bagaimana SKMM dapat mengesan Mohd Hidayat yang mengeluarkan posting Facebook menghina Thaipusam? Pendakwaan terpilih?

Jeevithan merujuk kepada guru sekolah, Mohd Hidayat yang pada 17 Januari telah didakwa menggunakan akaun palsu "Man Namblast" untuk memaparkan gambar di Facebook dan menulis: "Berpuluh ribu syaitan sedang berarak menaiki Bt Caves”.

Gambar ini kemudiannya dibela oleh Mohd Hidayat sendiri, menggunakan sebuah akaun lain.

Mohd Hidayat kemudiannya ditahan polis kerana kenyataan berunsur hasutan itu.

Jeevithan berkata pegawai SKMM itu memberitahunya bahawa kerja mengenalpasti pemilik akaun "Man Namblast" itu berhasil kerana kerjasama pihak polis.

"Jadi saya bertanya mengapa mereka tidak boleh bekerjasama dengan pihak polis untuk hal ini juga? Lagipun, memanggil seorang gadis pelacur atau 'Playgirl' merosakkan reputasi dan nama baik keluarga, serta masa depannya. Mereka harus mendapatkan orang-orang yang bersembunyi di sebalik profil Facebook mereka," katanya.

Jeevithan mempunyai hujah yang kukuh. Ini melibatkan kehidupan gadis Malaysia. SKMM dan polis perlu mendedahkan mereka yang berani mengeksploitasi anak-anak gadis dengan bersembunyi di sebalik profil Facebook mereka, dan menunjukkan kepada orang ramai keburukan beberapa rakyat Malaysia yang "sakit".

Adakah SKMM tidak mengendahkan isu ini kerana ia tidak memberikan "keuntungan politik"?

theantdaily

Bisnes jual topup termurah

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama9/5/14 7:46 PG

    Saya sokong statement saudara di mana memanggil seorang gadis pelacur atau playgirl merosakan nama keluarga. Memang benar sy juga pernah kena di mana bekas teman lelaki (tbh bukan ex pun coz tak pena declare cuma pena hang out) yg bkerja d bank islam ld brasal dr Tawau sabah secara tiba2 mberi nombor telefon sy pd kawan dia yg brada di kl, bila ex sy tahu sy brcuti d kl dia maklumkn pada geng dia hingga geng dia call sy tanya macam2. Dia ingatkan sy playgirl. Sy tak tahu kenapa dia sanggup fitnah dan malukan sy mcm itu, bila sy call ex sy tanya pandai pula dia brmuka2. Sy bsabar dan lupakan sahaja dan alhamdullilah sy skrang sudah brkahwin dan masuk islam, ada kerjaya gak, ex sy pula sy dengar sudah berkahwin juga dan sorry to say lah ya dia kahwin dgn ppuan yg sosial juga. Ppuan tu ramai orang tmasuk sy pena nampak dan tahu keluar dengan ramai lelaki. Bukan itu sahaja sebelum bkahwin ppuan itu pena dating dgn abang kawan sy di mana dia sms burukkan sy dan beri amaran pada abang kawan sy supaya jangan biarkan adik dia bkawan dgn sy sedangkan sy tak rapat pun dgn ppuan tu, tapi walahualam bissawap sebab itu disampaikan oleh kawan sy. Kalau betul memang buku beremu ruas, sesuai sangat mereka kahwin. Pasangan secocok. Itulah balasan Allah pada lelaki yg suka jatuhkan maruah orang yg tak ada salah pada dia, akhirnya dapat jodoh sebijik perangai cam dia. U guys jangan buat ppuan macam ini, tak tahu apa2 dkatakan pelacur, no fon pun provide sekali. Sometimes it can backfire on you, if not u may be your wife or daughter.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive