Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, September 08, 2014

JPJ DAH TAK DAK KERJA KA?


DEY MACHA!!!
JPJ DAH TAK DAK KERJA KA?
NO PLAT NI BUKAN PENYEBAB KEMALANGAN
SELAGI BOLEH BACA TU KIRA OK LA
LEBIH BAIK HANGPA BUAT OPERASI LAMPU BELAKANG LORI
BANYAK LORI JALAN MALAM TAKDAK LAMPU BELAKANG
ADA YANG LAMPU BELAKANG CIPUT JE
LAMPU KANCIL LAGI BESAQ DARI LAMPU LORI
KAH! KAH! KAH!



PELIK BETOI AGENSI PENGUATKUASA KAT MALAYSIA NI
BENDA YANG TERANG-TERANG BOLEH MEMBAHAYAKAN
TAK MAU BERSUNGGUH PULAK BUAT OPERASI
CONTOHNYA BAS EKSPRES YANG LEBIH HADLAJU
BERSEPAH KALAU KITA BAWA KERETA MALAM-MALAM KAT HIGHWAY
YANG TU PATUT JPJ PULUN CARI
INI NOMBOR PLAT TAK IKUT SPEC YANG DEPA DOK PULUN
KAH! KAH! KAH!

Operasi nombor pendaftaran, 'strobe light' 1 Okt

IPOH - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Operasi Khas Nombor Pendaftaran dan penggunaan 'strobe light' pada kenderaan di seluruh negara secara berperingkat mulai 1 Oktober depan.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad berkata operasi pada peringkat pertama itu akan bermula selama sebulan sementara peringkat kedua akan bermula pada 1 November.

"Operasi itu akan melibatkan anggota penguatkuasa dari seluruh negara serta mendapat kerjasama polis," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata bagi peringkat pertama JPJ akan mengeluarkan notis amaran, peringatan dan nasihat kepada pengguna jalan raya serta cara penggunaan nombor plat yang betul.

Katanya sepanjang operasi peringkat pertama, anggotanya akan mengedarkan risalah spesifikasi nombor pendaftaran kenderaan yang telah ditetapkan di bawah kaedah 6 Kaedah-kaedah kenderaan Motor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959.

Ismail berkata pemeriksaan melalui sekatan jalan raya dan rondaan oleh anggota JPJ pada peringkat pertama tidak akan dikenakan saman kepada pengguna jalan raya yang melanggar peraturan.

"Mereka akan diberikan surat peringatan supaya nombor pendaftaran yang dipamer ditukar kepada nombor pendaftaran yang mengikut peraturan," katanya.

Bagaimanapun mulai 1 November, pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan akan dikenakan denda tidak melebihi RM300.

JPJ juga akan meminta pemilik kenderaan melucut 'strobe light' dari kenderaan mereka.

Beliau berkata JPJ juga telah meningkatkan operasi penguatkuasaan khas bagi kenderaan barangan yang lebih muatan dan membawa barangan yang berbahaya dalam skala besar. - Bernama / SH







MUSIM BALIK KAMPUNG:PASANG CCTV MURAH

9 ulasan:

  1. Tanpa Nama8/9/14 10:23 PG

    Tangkap lah Mat Rempit yg mmg hari2 berlumba, ta ada lesen.

    Tangkap lah dan denda lah pemandu yg memandu perlahan di laluab terkanan.

    Tangkap dan denda pemandu yg keluar simpang dan memotong secara bahaya

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama8/9/14 11:23 PG

    Lori, Bas kereta vip mana boleh kaco..nnt x masyuuk, kaco kereta rakyat marhain boleh tambahkan lg pndptan kera jaan

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama8/9/14 1:45 PTG

    aku dah kena tahun lepas .plet aku satu huruf patah sikit je . kena saman RM300.

    BalasPadam
  4. Ketua Pengarah dh kering idea.Tk tau lh pengarah jpj nie blajar university kt mana.Hanya pandai join dgn polis jer utk buat saman no.plate.Join lh skali dgn ke menterian pengguna atau kastam dn LHDN utk saman penjual no plat dn tint gelap . cukai kutip dari perniaga skrg nk saman rakyat plk, keliling kutip duit...itu dinamakn kebodohan pengarah jpj atau kerajaan yg kurang bijak

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama9/9/14 7:15 PG

    kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..itu la yg dnamakan 1malaya idea ciptaan haji najib dgn bantuan 1israel la...kah..kah..kah.. lagi satu kepandeyan semua agensi awam- semuanya dgn bantuan konslutan--mmg slut la hasilnya...slut semua tu...org ada wang, bekepentingan mana blh kaco..nnti seluar dalam n tulur kena pigang wohh..kita smua tunggu ajelah 1malaya nie jadi padang jarak padang terkukur pun kira ok la...TUNGGU!!!!

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama9/9/14 5:14 PTG

    Ada kroni membekal spec no plat baru baru ada masuk

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama9/9/14 9:38 PTG

    Lagi satu tangkap lori yg ada pasang simbol yg dilekatkan dibahagian hadapan. Ada simbol arnab playboy ada simbol naga dan bermacam2 simbol lagi. Nape perlu taruh simbol2 nie eh? Kebanyakan lori yg ada simbol nie mcm raja dijalanraya. Lori kotor, lari laju dan tak peduli lansung kat pengguna jalanraya lain. Pemandu mcm ganster, bongkak, nampak mcm ada lesen besar tak makan saman bila ada simbol dihadapan.

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama11/9/14 6:49 PG

    Kopi sudah mahal , bebudak nak minum Starbuck pulak bukan lagi Kopi kampong. Tak apa lah minta duit kopi Starbuck pulak aper.

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama11/9/14 7:27 PG

    Malaysia memang pelik
    Singapore /Thai nombor standard jer
    Ada kamera AES tujuan lebih kepada 'memerangkap' pemandu nampaknya
    Tol ibarat lukah sana sini penuh tol...bayar untuk jem

    Yang mereka fikir apa lagi yang boleh diambil dari poket rakyat

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive