Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Ogos 24, 2008

DSAI DIJANGKA MENANG BESAR


Insya Allah, Mengikut ramalan blog ini,DSAI akan menang besar berdasarkan fitnah semasa yang semakin menjadi-jadi. Soal dosa pahala sudah tidak penting buat mereka. Hari demi hari kita dapat tengok fitnah di tv yang sudah jadi tiga suku gila. Mereka sudah lupa tentang kebangkitan rakyat yang sudah loya nak termuntah dengan dakyah jahat mereka. Rentetan peristiwa yang tidak terduga seperti kes liwat,akuan bersumpah Bala,akuan sumpah doktor,muzakarah,muhabalah,muqabalah,kuota uitm,sumpah sepol,sumpah najib,sumpah tajol,dan macam-macam sumpah seranah di Permatang Pauh seolah-olah kita tidak ada kerja lain.Yang paling top dan paling lama bertahan dicarta berita tv 3 suku adalah isu sumpah. Sepertinya masyarakat kita sudah dijangkiti virus sesumpah. Kita pun naik malu dengan sesumpah.Kita takut lagi sehari dua sebelum mengundi ni seekor sesumpah akan bersumpah demi mencari kebenaran melalui media pembelit macam sembelit.


Depa kata tak dak motif politik, tapi kenapa tiap-tiap hari dok palu gendang cerita pasal sumpah ni...



Biaq pi la kat depa nak putaq belit, depa memang kaki belit...


Pemimpin sepatutnya buat kerja untuk membangunkan negara bukannya buat kerja untuk membangunkan virus-virus fitnah dan menghentam peribadi orang lain di sana-sini. Rakyat sudah hampa dan kecewa dengan pemimpin semacam ini.Rakyat bukanlah mereka yang harus diperkudakan sebaliknya disantuni.

Dengan tempoh untuk membuang undi di Permatang Pauh tinggal sehari lagi,umno nampaknya sangat fobia dengan DSAI. Tindakan mereka mengedarkan VCD sepol terlewat adalah tanda-tanda betapa terdesaknya mereka untuk menghentam DSAI.Namun mereka lupa mungkin mereka sendiri akan terhentam pada malam 26 Ogos ini.Perbuatan Umno itu jelas melakukan serangan peribadi terhadap DSAI bagi memenangi pilihan raya kecil ini.Mereka terlupa atau buat-buat lupa atau memang pembohong agaknya kerana sebelum ini pernah mengatakan tidak akan menggunakan sumpah sepol sebagai modal berbayar kempen mereka. Mereka ini cakap memang tidak pernah betul.



Semakin DSAI dikekang maka semakin itulah sokongan akan bertambah kepadanya. Berdasarkan faktor itulah kita amat yakin DSAI akan menang besar.Itupun jika tidak ada unsur penipuan. Sementara fitnah dan dakyah umno bn membantu meningkatkan 20% peratus sokongan kepada DSAI, bantuan berkesan dari jentera PAS dan DAP akan memungkinkan peratus sokongan kepada DSAI menjadi hampir 80%. DSAI dijangka akan memperolehi majoriti diantara 18,000 hingga 21,000.

Majoriti yang akan diperolehi juga bergantung kepada peratus orang yang keluar mengundi. Jika diambil kira hari mengundi yang ditetapkan pada hari Selasa juga mungkin menyebabkan peratus keluar mengundi berkurang. Oleh itu usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengisytiharkan hari Selasa ini sebagai cuti umum amatlah tepat sekali. Ini sedikit sebanyak akan membantu menaikkan peratus keluar mengundi. Jadi kepada anak-anak muda di sana janganlah melepaskan peluang untuk pergi mengundi. Inilah masanya untuk kita menyatakan sokongan kepada DSAI dan Pakatan Rakyat khasnya.Undi golongan muda inilah yang akan banyak membantu kepada kemenangan PKR selain dari golongan pertengahan dan veteran tidak juga kita lupakan. Sekiranya kita dapat maintain macam PRU ke 12 baru-baru ini,syukur Alhamdulillah. Masa itu kita menang dengan majoriti 13,388. Harapan kita agar kali ini kita akan dapat menambah majoriti kemenangan. Ini berdasarkan situasi sekarang di mana rakyat terhimpit dengan kenaikan harga petrol dan diesel. Lebih daripada itu juga, rakyat sudah muak dengan pelbagai janji kosong pemerintah.

Sesungguhnya rakyat sudah tidak sabar untuk berarak ke Putrajaya. Ayuh Permatang Pauh....tunjukkan kuasa rakyat. Hukumlah pemerintah yang banyak memperkudakan rakyat jelata. Lepas ini mereka pula kita kudakan...mari kita lihat sapa yang kena....

3 ulasan:

  1. salam Biaqpiii,

    Selepas ini kita berharap DSAI ikhlas berjuang bersama dengan Pas..kebimbangan ini ada asasnya bilamana kita lihat DSAI nampaknya terlalu mengikut rakan kongsinya DAP dan pengikut2 nya yg bukan muslim dalam PKR yang sangat mengharapkan DSAI ini akan membuat sesuatu yang bakal menguris bangsa Melayu terutama sekali tentang perlaksanaan undang2 Islam di negara kita yang tercinta ini…Wallahualam.

    BalasPadam
  2. Kulatlapok,terima kasih atas komen anda.
    Begitulah harapan kita semua agar dalam perkongsian kuasa itu mestilah ada toleransi di antara sesama rakan kongsi. Islam mesti dipertingkatkan syiarnya di bumi kita di samping tidak memencilkan mana-mana kaum. Adalah menjadi resam umno yang ingin memecahkan pakatan ini dengan melaga-lagakan mereka. Jangan terpedaya dengan dakyah karut ini.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama25/8/08 8:11 PG

    akan datang kita tunggu sat

    lanie kita perjatuh BN dulu..

    bab rumah tangga pandai2lah kita uruskan nanti.. INSYA'ALLAH dapat diatasi dengan IZIN ALLAH

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive