Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Ogos 16, 2008

PAS Tetap Anggap Anwar Tidak Bersalah Walaupun Saiful Bersumpah

16 Ogos, 2008 13:35 PM

PAS Tetap Anggap Anwar Tidak Bersalah Walaupun Saiful Bersumpah


IPOH, 16 Ogos (BERNAMA) -- PAS tetap dengan pendirian bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dalam kes liwat walaupun bekas pembantu khasnya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat beliau bersumpah laknat (mubahalah) di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta petang semalam.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan perbuatan Mohd Saiful itu sebagai politik kotor yang didorong oleh pihak tertentu dan menganggap institusi agama telah juga dipergunakan dalam hubungan itu.

"Itu satu kebodohan terhadap hukum Islam, malangnya melibatkan mereka yang memakai jenama agama. Itu (bersumpah) tidak menepati apa yang dikehendaki dalam hukum Islam.

"Yang ada dalam Islam ialah li'an (iaitu sumpah melibatkan suami isteri)... sumpah dengan kitab suci ini ialah amalan kristian yang bersumpah dengan Bible.

"Kita orang Islam mestilah li'an. Li'an ialah dalam tuduhan zina suami kepada isteri (tetapi) Anwar dan Saiful ini bukan suami isteri," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas isu sumpah laknat menggunakan al-Quran oleh Mohd Saiful.

Mohd Saiful, 23, melafazkan sumpah laknat itu dengan disaksikan oleh bapanya, Azlan Mohd Lazim dan salah seorang imam masjid berkenaan, Ramlang Porigi.

Katanya, Pas berpendapat Anwar tidak bersalah selagi belum dibuktikan demikian oleh mahkamah dan beliau berkata adalah tidak wajar masyarakat menghukum Anwar berdasarkan tindakan Mohd Saiful yang `kebetulan' dibuat sehari sebelum proses penamaan calon Parlimen Permatang Pauh berlangsung.

Menurut beliau, perkembangan terbaru itu tetap tidak akan menjejaskan sokongan dan kepercayaan PAS kepada Anwar, sebaliknya parti itu akan terus membantu Anwar untuk menghadapi pilihan raya kecil itu.

Katanya, beliau juga yakin tindakan Mohd Saiful itu tidak akan menjejaskan sokongan pengundi terhadap Anwar.

Abdul Hadi turut menyifatkan Mohd Saiful tidak wajar bersumpah dengan menggunakan al-Quran sedangkan dia sendiri belum tentu mengetahui isi kandungan al-Quran.

"Macam mana dia bersumpah dengan al-Quran. Dia (Saiful) tahu tak isi kandungan al-Quran...Macam mana dia bersumpah kalau dia tidak tahu...Dia boleh buat apa sahaja, tetapi kita kena dengar dari kedua-dua pihak," katanya.

Ditanya apakah langkah terbaik untuk menyelesaikan isu kes liwat yang melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu, Abdul Hadi berkata, kes itu sepatutnya dibawa ke Mahkamah Syariah bersesuaian dengan peruntukan dalam Perlembagaan Perkara 121 (1)(A) kerana ia perkara yang berkaitan dengan orang Islam.

"Pada pandangan PAS, kes itu mesti dirujuk kepada hukum Islam iaitu hukum qazaf zina dan liwat. Walaupun hukum liwat itu tidak ada dalam al-Quran tetapi secara kias ia sama dengan zina yang memerlukan empat orang saksi ataupun ikrar di kedua-dua belah pihak," katanya.

Menurutnya lagi, Anwar tidak perlu untuk melakukan sumpah laknat seperti mana yang dilakukan oleh Mohd Saiful untuk membersihkan namanya.

"Biarlah ia diputuskan oleh Mahkmah Syariah," katanya.

-- BERNAMA
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive