Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, September 17, 2008

BUKAN OMONG KOSONG, HE GOT SOMETHING LAH PAK LAH...


Surat telahpun dihantar kepada Pak Lah, tapi dapatkah Anwar berjumpa Pak Lah untuk memastikan peralihan kuasa berlaku secara aman dan demokratik. Pak Lah kata dia tak nak jumpa.Tengok riak muka dia aku rasa macam mati-mati dia taknak jumpa. Taknak..taknak..taknak...Tengok tu bukan senang nak jumpa PM. Hari tu,budak sepol tu bukan main senang pulak jumpa TPM walaupun dia sekadar budak pembancuh teh.Tak payah bagi suratpun boleh jumpa. Tapi tak taulah kalau besok masa bangun sahur dia terbuka hati nak jumpa Anwar. Sama-samalah kita berdoa ke hadrat Allah supaya Pak Lah diberikan kekuatan untuk berjumpa dengan Anwar dan Pakatan Rakyat....

Anwar berkata beliau memberikan masa kepada PM beberapa hari ini untuk membuat keputusan bertemu dengan Pakatan Rakyat dengan seberapa segera.



Katanya lagi dalam pertemuan itu nanti, beliau akan mengemukakan senarai nama-nama Ahli Parlimen Barisan Nasional yang telahpun memberikan komitmen untuk bersama-sama membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat.

Dalam buletin tv Pak Lah kata Anwar sedang bermimpi fatamorgana.Pembaca berita tu pun turut kutuk Anwar pinjam ayat fatamorgana dari Pak Lah.Karpoyooo...Biaq pi la kat depa...

Pak Lah cabar Anwar tunjukkan senarai nama MP yang nak bergabung tu supaya satu dunia boleh tau.Najib juga tak melepaskan peluang hentam Anwar berkaitan 16 September dalam buletin tv tu.Najib dilihat dalam keadaan teramat bersyukur kerana tarikh keramat itu tidak menjadi kenyataan...kalau tidak hancur beb..tak dapatlah nak merasa peralihan kuasa lagi 2 tahun.

"Ini bukan omong kosong. Kita ada jumlah yang mencukupi. Kita sudah bersedia untuk melakukannya," tegas Anwar.



Selepas bertemu dengan PM, Pakatan Rakyat akan memohon untuk mengadap Yang Di-Pertuan Agong bagi mendapat mandat penubuhan kerajaan baru.Ini bukan lawak ni.Ingat main-main ka nak tubuh kerajaan.

Maka semakin berpanjanganlah kabus politik yang berarak di ruang kepala minda kita semua. Mungkin juga ia akan berakhir dalam beberapa minggu terakhir ini memandangkan suasana semakin genting bagi Pak Lah untuk terus berada di kerusi yang menjadi rebutan kini. Bak kata Anwar, masa yang cukup perlu diberikan kepada Abdullah kerana Presiden Umno itu kini merupakan ahli politik yang kini dalam keadaan genting.

Krisis kepimpinan yang terus memuncak kini antaranya Zaid yang mempertikaikan penggunaan ISA,kemudiannya meletak jawatan sebagai menteri terus membuatkan Pak Lah semakin pening kepala. Tak sempat Pak Lah nak warning dia sebab buat kenyataan mempertikai ISA,dia dah hantar surat resign.Walaupun Pak Lah cuba memujuknya supaya pergi bercuti dan memikirkan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan untuk meletak jawatan.

Tidak dapat tidak kita harus terus bersabar menanti dengan dengan tekun dan penuh tertib tanpa menimbulkan huru-hara supaya proses pengambilalihan tampuk pemerintahan negara dapat berjalan secara teratur, aman dan demokratik menurut lunas-lunas Perlembagaan Negara. Mesti Anwar ada "pelan-pelan baru DIGI",takkan la dia berani mati nak klentong sampai ke tahap buat sidang media khas.INI BUKAN OMONG KOSONG, HE GOT SOMETHING LAH PAK LAH...

2 ulasan:

  1. Salam biaqpiilaa,

    Aku pun rasa ada betui firasat hang tu pasai takkanlah Pak Anwar saja suka2 nak 'nyanyi' lagu 'kemerdekaan' untuk rakyat jelata yang sudah benar2 terdesak la ni untuk membebaskan diri mereka dari belenggu penjajahan pemimpin2 BN yang korup lagi kurap tu.

    Apa2 pun aku harap tak lama lagi impian kita semua akan jadi kenyataan. Dan untuk itu, kita kena teruskan sokongan yang tak berbelah bagi kepada DSAI untuk menjayakan 'Mission Possible'nya tu.

    Wassalam.

    BalasPadam
  2. Arigato musafir kelana..firasat aku memang masih utuh walaupun DSAI terpaksa delay sikit. Tak lama tunggu pun, paling lama lagi 4 tahun. Lepas PRU13 melingkup la BN. Banyak sgt kemarahan pada rakyat yang dilakukan saban hari.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive