Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, September 02, 2008

PASAR RAMADHAN


Seperti biasa, Pasar Ramadhan menjadi tumpuan setiap kali bulan Ramadhan menjelma.
Aku sempat juga singgah kat Pasar Ramadhan Desa Pandan petang tadi. Biasanya pasar Ramadhan di sini boleh dikatakan meriah juga la, tapi tahun ni nampak macam tak berapa meriah sangat. Kuih muih pun boleh tahan juga harganya. Biasanya dijual dengan harga RM2.00 untuk 5 biji. Ada juga kuih yang masih mengekalkan harga RM1.00 untuk 3 biji. Biasanya spesis kuih-kuih yang kurang sambutan tu harga dia tak boleh mark up lebih. Nanti tak laku pula.






Yang paling laris gerai Popia Power Pak Ya..nak beli kena beratur panjang macam kat pejabat pos.


Lebuhraya MRR2 berdekatan Kampung Pandan juga sesak setiap petang.



Orang-ramai berkenderaan sekitar Kampung Pandan sibuk untuk pulang berbuka puasa di rumah masing-masing.


Antara spesis kuih yang masih mengekalkan harga lama iaitu 3 biji seringgit.Tinggal sebiji saja.Dua biji aku dah bedal masa berbuka tadi....errkk..

Harga minyak yang naik mendadak Jun lalu mengakibatkan harga barang-barang naik termasuk kuih-muih juga tidak terkecuali. Bila harga minyak dah turun sebanyak 15 sen harga kuih-muih pula dikecualikan untuk diturunkan. Itulah padahnya menaikkan harga minyak.
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive