Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Disember 31, 2008

Kerajaan Kedah cadang kekalkan Proton Perdana



ALOR STAR: Kerajaan Kedah bercadang mengekalkan penggunaan kereta Proton Perdana V6 sebagai kereta rasmi kerajaan negeri itu jika ia didapati memberi kebaikan kepada semua pihak.


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata cadangan pengekalan kereta nasional itu dibuat setelah kerajaan negeri berpuas hati dengan penerangan mengenai spesifikasi kenderaan yang sebelum ini dilaporkan sering mengalami kerosakan.


Katanya selepas perbincangan dengan wakil Proton Edar, kerajaan bersedia mengekalkan penggunaan Proton Perdana jika pengurusan Proton Edar memberi kerjasama yang baik berhubung penyelengaraan kenderaan itu.


Azizan memberitahu pemberita demikian selepas menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd. Mohamad Shukor Ibrahim di pejabatnya di sini hari ini.


Kerajaan Kedah mempunyai 26 buah kereta Proton Perdana yang digunakan sebagai kenderaan rasmi oleh anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan.


Sementara itu, Mohamad Shukor mengakui pengeluaran kereta Proton Perdana seawal tahun 2000 mempunyai masalah teknikal.


Katanya kereta jenis Perdana V6 yang digunakan kerajaan-kerajaan negeri perlu diselenggara dengan lebih kerap kerana ia digunakan dengan lasak dan perjalanan jauh.


"Selepas ini Proton Edar akan mengadakan lawatan dengan semua kerajaan negeri untuk memberi penerangan mengenai perkhidmatan sokongan penyelenggaraan dari semasa ke semasa," kata beliau. BERNAMA

1 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive