Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, September 25, 2009

PAS mahu siasatan Selcat tertutup | Nizar News



PAS Selangor mahu pendengaran siasatan awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) dibuat secara tertutup agar pegawai kerajaan "tidak rasa diaibkan".

Setiausahanya Mohd Khairuddin Othman berkata jawatankuasa DUN negeri itu wajar belajar daripada insiden anugerah penyapu kepada pemimpin pihak berkuasa tempatan (PBT) oleh menteri besar waktu itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang dianggap memalukan.

Insiden ini disebut-sebut sebagai satu daripada beberapa faktor yang menyumbang penolakan meluas orang ramai terhadap kerajaan BN Selangor dalam pilihan raya umum lalu.

"Walaupun sah kewujudannya (Selcat), tetapi PAS Selangor mendesak proses pendengaran (siasatan) ke atas pegawai tinggi kerajaan dilakukan secara tertutup bagi menjaga integriti pegawai kerajaan itu sendri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mempertahankan pendirian exco kerajaan negeri Datuk Dr Hasan Ali, yang juga pesuruhjaya PAS negeri, yang menggesa Selcat membuat rombakan susulan pendengaran keduanya berhubung pengagihan dana kerajaan kepada DUN oleh pentadbiran BN dan Pakatan Rakyat sekarang.

Membandingkan pendengaran jawatankuasa khas itu dengan sistem mahkamah, Mohd Khairuddin berkata:

"Walaupun mahkamah adalah terbuka kepada orang awam, tetapi mahkamah boleh menjalankan proses perbicaraan secara tertutup menurut budi bicara mahkamah itu sendiri."

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pemimpin DAP bagaimanapun mempertahankan siasatan Selcat secara terbuka. [Baca juga: DAP bantah, dakwa Dr Hasan hipokrit]

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua juga menuduh Dr Hasan sebagai seorang yang "hipokrit" dan "mahu berlagak wira" kerana mengkritik Selcat secara terbuka.

malaysiakini

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama25/9/09 3:02 PG

    Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    AJK Pas Selangor dan Hassan Ali ni memang bangsat punya kaki .Nak kata orang bukan orang , Nak kata hantu memang dah macam hantu . Betul kata ALLAH SWT kaum kerabat hantu akan di lepaskan dari di rantai selepas bulan ramadan . Inilah akibat bila habis bulan ramandan , hantu ni dah buat hal di Selangor terutama sekali Hassan Ali , memang betul betul macam sial punya orang . Kecik tak nak mampus dah besar menyusahkan orang je! . Kalau nak komplain pun pasal penyiasatan SELCAT . Bincanglah dahulu secara tertutup dengan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat ,luahkanlah apa apa yang tak berkenan di hati.Suka sangat buka bekong di dada . Dahlah Hassan Ali jangan nak simpan dendam di hati kalau tak dapat menjadi Menteri Besar Selangor.Kalau tak di izinkan ALLAH SWT ,kena lah reda'.Hassan Ali malulah dengan diri sendiri , Komen dari Chet Det , beliau pun tak nak hassan ali masuk UMNO BN .Hanya Parti PPP je nak kan kamu , pi lah berambus dari Parti Islam SeMalaysia dan jangan lupa bawa sekali puak puak sial di dalam AJK Pas Selangor tu , suka sangat buat sewel dalam parti Pakatan Rakyat . Hassan Ali pergi lah cuim buntut PM 1 Malaysia .Ada nya engkau ( Hassan Ali) di dalam EXCO Pakatan Rakyat . memnag bawak sial je!Komen Hj Jamaludin

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive