Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Februari 05, 2012

Mana gula-gula saya?



Yusri Harun

4 FEB — Kebelakangan ini, galak sungguh pihak kerajaan pemerintah pimpinan Barisan Nasional memperkenalkan pelbagai inisiatif mudah, mesra kepada golongan yang pendapatan isi rumah mereka kurang daripada RM3,000. Saya tidak mempersoalkan tindakan tersebut malah menyokong segala inisiatif yang diadakan kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan yang memerintah apabila diberi undi oleh rakyat, iaitu untuk memakmurkan kehidupan rakyat.
Namun, apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah, dalam keghairahan ini, telah tidak langsung meminggirkan golongan pertengahan tinggi yang merupakan golongan yang paling banyak membayar cukai pendapatan, cukai perkhidmatan dan merupakan pencarum kepada Skim Kumpulan Simpanan Pekerja.

Golongan pertengahan tinggi ini dikategorikan oleh kerajaan sebagai golongan mampu tetapi mereka sebenarnya terpaksa membayar segala bentuk perkhidmatan yang diperlukan seperti yuran asrama anak yang tinggi, kos makanan anak di asrama, bayaran bulanan pembelian rumah, tol, minyak, kenderaan, Astro, khidmat Internet, khidmat kesihatan hatta cukai perkhidmatan yang dikenakan kerajaan di restoran-restoran. Mereka ini adalah pembayar cukai yang tinggi sehingga gaji bulanan yang dikategorikan sebagai tinggi dan mampu oleh kerajaan sebenarnya adalah rendah dan menyesakkan.
Namun, apa yang golongan ini dapat daripada pelbagai inisiatif kerajaan pemerintah pimpinan Barisan Nasional sekarang? Boleh dikatakan tidak ada langsung. Yang ada mungkin hanya wang RM100 untuk bantuan persekolahan anak dan baucer buku bernilai RM200 bagi anak-anak mereka yang belajar di universiti.
Perkhidmatan asas seperti bantuan penuh untuk anak-anak di asrama, pengecualian cukai perkhidmatan di restoran-restoran, diskaun tol dan diskaun perkhidmatan kesihatan patut diperkenalkan kerajaan bagi membantu golongan pertengahan tinggi ini dalam memastikan mereka juga patut menikmati hidup yang lebih makmur.
Kerajaan pimpinan Barisan Nasional patut sedar bahawa golongan pertengahan tengah inilah merupakan golongan pengundi yang celik hak dan mereka berupaya melakukan perubahan dalam PRU13 yang akan datang. Mereka patut diberi perhatian!

wargamarhaen


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive