Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Mac 29, 2012

Kebakaran di Suria KLCC, 5000 dipindahkan



Kira-kira 5,000 pekerja dan pengunjung dikeluarkan dari pusat membeli-belah Suria KLCC apabila saluran asap dapur sebuah restoran terbakar petang ini.

NONEPanggilan kecemasan mengenai kebakaran tersebut diterima oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan pada jam 5.28 petang, kata Timbalan Pengarah Operasinya, Azizan Ismail.

Bagaimanapun, apabila empat jentera bomba dengan 30 anggota tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian, api di restoran Chinoz on the Park di sebelah Taman telahpun dipadamkan.

Azizan memberitahu pemberita bahawa kebakaran itu dipadamkan oleh unit tindakan kecemasan KLCC.

"Kira-kira 5,000 orang dipindahkan dalam masa 10 minit," katanya, sambil menambah bahawa tidak ada sebarang laporan kecederaan.

NONEBagaimanapun, Malaysiakini ternampak seorang wanita, yang kelihatan dalam keadaan sedar, dibawa ke dalam sebuah ambulans.

Orang ramai yang dikeluarkan ke kawasan sekitar pancutan air di taman sebelah Suria KLCC, bersorak apabila pusat membeli-belah itu dibuka semula pada jam 6.38 petang. Pekerja di pejabat di Menara Berkembar KLCC tidak dipindahkan.

Restoran Chinoz ditutup oleh jabatan bomba untuk siasatan lanjut. Pusat membeli-belah Isetan masih ditutup pada jam 7.30, manakala kedai-kedai lain telah dibuka semula.

NONEPenerbit buku Amir Muhammad, yang berada di tempat kejadian, memberitahu Malaysiakini sebelumnya bahawa beliau terbau asap semasa berada di tingkat atas pusat membeli-belah itu.

Gambar-gambar yang dihantar para saksi mata di Twitter menunjukkan asap putih keluar dari bumbung pusat membeli-belah itu.-MK



Masalah malware yang menyerang blog ini adalah berpunca dari blog lain yang telah disekat oleh Google Chrome di dalam bloglist kami.Sila gunakan pelayar selain Google Chrome buat sementara waktu untuk mengakses blog ini.Kami tidak dapat membuang blog yang dijangkiti malware dari bloglist ini kerana mengalami masalah pada add/remove di bloglist.
Harap maklum.



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive