Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mei 10, 2013

MENOLAK AUTA DENGAN FAKTA






Tolong baca dgn ikhlas dan hati terbuka...MENOLAK AUTA DENGAN FAKTA…

Kecoh sekarang ni ahli parlimen Malaysia ramai yang Bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yg parah.. DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majority dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan.
Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan GERAKAN. Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN, saya bagi contoh:-

Kerusi Parlimen :-

1. Rafizi (PKR) menang vs Garu Lim (BN) - PANDAN
2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang vs S. Murugesan (BN) - KOTA RAJA
3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang vs Tan Kok Eng (BN) - BDR TUN RAZAK
4. Imran Hamid (PKR) menang vs Kong Cho Ha (BN) - LUMUT
5. Dato Arif (DAP) menang vs Hoh Khai Mun (BN) - RAUB
6. Kamarul Bahrin (PKR) menang vs V.S Mogan (BN) TLK KEMAMANG
7. Khairil K. Johari menang vs Teh Leong Meng (BN) BKT BENDERA

Kesimpulannya :
Menang Pakatan Rakyat bermakna 7 Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan 7 ahli parlimen Melayu

Kerusi DUN:-

1. Azman Nasarudin (PKR) menang vs S. Ananthan (BN) – LUNAS, Kedah
2. Dato Anuar Abdullah (PAS) menang vs Tan Ken Ten (BN) – KOTA LAMA, Kelantan
3. Azan Ismail (PKR) menang vs Dato Toh Chin (BN) – BANDAR, Terengganu
4. Tengku Zulpuri (DAP) menang vs Dato Chuah Boon (BN) – MENTAKAB, Pahang
5. Mohd Rashid (PKR) menang vs Wong Mun (BN) - PANTAI JERJAK, Penang
6. Dr Idris (PKR) menang vs K. Parthiban (BN) – IJOK, Selangor
7. Amunul Huda (PAS) menang vs Teo Yew (BN)- PARIT YANI, Johor
8. Abdullah Husin (PAS) menang vs M. Sorianarayan (BN) – PUTERI WANGSA, Johor

Orang bertanya kepada saya bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim Kit Siang. Saya katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan (Cina 52%) (Melayu 34%) selebihnya India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA.
Kalau UMNO masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni. Saya nak tanya bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BN boleh menang. Melayu UMNO undi siapa? saya senaraikan

1. PARLIMEN Smpg Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN)
2. PARLIMEN Tjng Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN)
3.PARLIMEN Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah vs Tsen Tsau (BN)
4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN)
5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)
6. DUN Gambir (M- 56%) Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso (BN)
7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah vs Dr Mah Hang(BN)
8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN)
9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN)
10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN)
11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN)
12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah vs Kennedy John (BN)
13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN)

Masih percaya dakyah UMNO. UMNO menipu kita selama ni dengan memainkan sentiment perkauman. Sebenarnya yg merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan melayu adalah pemimpin UMNO.

Hentikan main isu perkauman jika anda tak tahu fakta sebenar.

Suhaimi Saad
Ketua Penerangan PAS Pahang.

8 ulasan:

  1. Tanpa Nama10/5/13 9:56 PG

    Masya Allah !!!!!

    Ini adalah teknik baru membodohkan suatu bangsa atau kaum oleh seorang atau sebangsa yang sememangnya sejak azali lagi sudah bodoh tahap benggap.

    Ianya suatu sekim baru memperkayakan diri dengan mencipta suatu kumpulan dari produk Sekim Cepat Bodoh , yang mana harapan utama untuk membentuk suatu kumpulan ahli yang bodoh mempengaruhi pemikiran cerdik dan ber pendidikan.

    Ianya sangat kreative seperti Lembu tinggal di Condo , manusia hidup di Kandang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Umno cuma tolak DAP parti rasis dan anti islam....Kekalahan byk kerusi parlimen parti perikatan pada DAP semasa pilihanraya 1969...Puak2 nie lah buat perarakan kemenangan dan provokasi serta membangkitkan isu2 sensitif di Kuala Lumpur sehingga ke kawasan majoriti melayu di Kg baru. Maka tercetuslah rusuhan kaum pada 13 mei 69 yg mana mengorbankan lebih 80 orang melayu....sila baca sejarah ...jgn asyik salahkan bangsa sendiri.

      Padam
    2. Kepada Tanpa Nama 10/5/13 12:21 PTG - Kalau kita menolak racism kita sendiri jangan jadi racis. Kita melalak sana sini kata dap racis, cuba saudara baca akhbar terutamanya utusan melayu. Kalau saudar kata ini bukan racis maknanya kita ada masalah/kecacatan intelek. Yang saya nampak dap semakin berkurangan racisnya tetapi umno dari sehari ke sehari semakin tebal fahaman perkaumannya. Kalau parti tunjang dalam kerajaan macam ini, bagaimana kita nak membina bangsa malaysia yang bersatu padu?

      Padam
  2. bila aku lihat seorang Cina pakai lilit dikepala aku banga kerana huruf dari Islam dihormati. Islam mula berkembang. Adakah anda tidak Nampak. Mengapa maseh guna perkataan Inggeris.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayat diLilitan kepala tu tak jelas....kalau ianya ayat quran ianya satu penghinaan pada Islam oleh orang yg tidak mempercayai allah.....lebih2 lg amoi nie tak menutup aurat....

      Padam
    2. Xkanlah ade org nk buat ayat quran sebagai pengikat
      Kepala, itu bukannya tangkal lah bro... pas tahu mane yang bleh dan mane yang xbleh buat... urrmmm

      Padam
    3. Yang xjelas tu engkau jer...sbb engkau tu dah rabun, buta lg tuli.....

      Padam
  3. Itu tulisan Jawi lah parti islam seMelaysia lah. Mengapa nak United Malay National Organisation .

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive