Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mei 13, 2013

NAYA....PERSATUAN IBU TUNGGAL SELANGOR KENA BAYAR RM1000



Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan bahawa sebuah manifesto pilihan raya tidak boleh dikuatkuasakan secara sah.

Berikutan keputusan penting itu, mahkamah membatalkan saman sivil yang difailkan oleh 2,020 ibu tunggal di Selangor berhubung pembayaran elaun RM100 kepada mereka seperti terkandung dalam manifesto pembangkang pada pilihan raya umum 2008.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof membenarkan rayuan kerajaan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim supaya mengetepikan keengganan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan saman tersebut.

Hishamudin bersetuju dengan hujahan yang dikemukakan oleh peguam A Vishnu Kumar, yang mewakili kerajaan Selangor dan Khalid, bahawa manifesto itu bukan sebuah dokumen yang terikat di sisi undang-undang.

Vishnu telah mengemukakan bahawa seseorang yang tidak berpuas hati dengan kegagalan memenuhi janji pilihan raya tidak boleh menuntut untuk menguatkuasakan manifesto tersebut.

Beliau berkata remedi mereka merupakan bersifat politik dengan memetik kes mahkamah di England termasuk keputusan hakim terkenal, Lord Denning, yang memutuskan remedi pengundi untuk tidak memenuhi janji pilihan raya terletak di peti undi.

Hishamudin juga menerima hujah Vishnu bahawa pihak responden yang diketuai pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor, Murtini Kasman Saman, tidak boleh mencabar perkara itu berikutan saman sivil itu telah difailkan di luar tempoh masa.

Peguam itu memberitahu mahkamah bahawa pihak responden sepatutnya memfailkan saman tersebut dalam tempoh tiga tahun mulai Mac 2008 tetapi hanya melakukannya pada 23 November tahun lepas.

Mahkamah kemudian memerintahkan responden membayar kos guaman sebanyak RM1,000 kepada kerajaan Selangor dan Khalid.

Peguam Walter Pereira, yang mewakili pihak responden, berkata janji-janji dalam manifesto itu diterjemahkan sebagai satu bentuk kontrak.

Kumpulan ibu tunggal itu memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam tahun lepas dengan menuntut elaun berjumlah RM10.9 juta seperti dijanjikan kepada mereka oleh pakatan pembangkang dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Pada 12 Disember 2011, kerajaan Selangor dan Khalid memfaikan permohonan untuk membatalkan saman tersebut dan pada 23 Januari lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan itu dan memutuskan kes itu dibicarakan.

-Bernama

MK

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

7 ulasan:

  1. Manifesto bukan perjanjian, AKUJANJI haha... silap-silap mahkamah terima sebagai suatu kontrak... mampus BN kalau kau tak tunai janji.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jikalau macam tu...kita tunggu dan lihat.pelbagai janji-janji DSN/BN didalam manifesto PRU13 BN kepada rakyat,jika BN maseh perintah Malaysia.pertama utk org muda,turun harga kereta,sedang menanti-menanti ni...janji ditepati.

      Padam
  2. TAHNIAH IBU TUNGGAL.DAH JADI IBU TUNGGUL PULAK.BUAT KERJA BODOH.TURUT SEMUA APA BALACI UMENONGOK BE END SUROH TANPA FIKIR DULU.BARU PADAN.

    BalasPadam
  3. Daripada sibuk ibu tunggal mntak rm100..adalah lebih baik mrk mntak pasangan hidup dr kjaan selangor..

    BalasPadam
  4. IBU TUNGGAL PUN TINGGAL GIGI TUNGGAL..SAPA NAK!

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama5/6/13 9:10 PG

    orang yang bagi komen ini memang bodoh, sbb tak kena batang hidung sendiri. cermin diri sebelum mengata pasal org lain.

    BalasPadam
  6. sy nak bgtau, salah seorg speaker ibu tunggal yg kluar d tv screen tu, yg bckp menangis2 tu, sy kenal, ada biz....kita yg x ibu-bapa tunggal pun kdg kalah dgn dia...dulu ada AP taxi..ada biz tender kantin, ada biz SPA....aku pun xdo....bila sy nampak dia kuar tv...sy terus call dia..tanya brp kne bayar....dia marah2 kat sy...heee (dlm hati putar alam...!!smua ni)

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive