Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Julai 15, 2013

MENTERI CAP AYAM

DEY MACHA!!!
AWAT LA MAMAT NI JADI MENTERI
HARGA AYAM PUN TAKLEH NAK SETEL
KALAU SEMUA BARANG NAIK HARGA
HANG NAK SURUH RAKYAT MAKAN LIPAS KA?
CAP AYAM PUNYA MENTERI
KAH! KAH! KAH!

Menteri: Elak makan ayam kalau harga naik


KUALA BESUT - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.
Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.
Katanya ia juga bertujuan mengajar pihak berkenaan yang cuba mengaut keuntungan supaya sedar tindakan tidak bertanggungjawab mereka tidak akan berhasil.
"Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, hari ini.
Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Hasan mengulangi gesaan kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga ayam sesuka hati sebaliknya menanam perasaan mendahulukan rakyat agar negara terus sejahtera.
"Saya lihat masih ada peniaga yang degil. Fikirlah balik...pada saya letaklah kepentingan negara lebih daripada lain-lain supaya kita tak jadi macam negara lain yang huru-hara.
"Kita sedang pantau dan cari punca kenaikan harga ayam adakah daripada pembekal, pemborong atau peniaga sendiri," katanya.
Selain itu Hasan berkata kira-kira 74 wakil industri termasuk pembekal ayam dan pengeluar gula memberi jaminan untuk tidak menaikkan harga barangan pada musim perayaan Aidilfitri selain memastikan bekalan mencukupi.
"Persatuan Penternak Unggas Melayu di Selangor telah memberi jaminan akan memberi sokongan kepada kementerian untuk memastikan bekalan sentiasa cukup supaya harga kekal," katanya.
Mengenai Ops Harga 2013, Hasan berkata sejak dilancar pada 6 Julai lalu hingga Khamis lepas (11 Julai) sebanyak 26,854 pemeriksaan dilakukan di seluruh negara.
Beliau berkata daripada keseluruhan jumlah pemeriksaan itu 60 kes telah dikenakan tindakan dengan jumlah rampasan bernilai RM10,071 dan kompaun RM7,150.
"Kes-kes yang dikenakan tindakan itu 59 membabitkan kesalahan tidak meletak tanda harga atau senarai harga bagi barangan yang dijual dan satu lagi kes dikenakan tindakan kerana menjual barang harga kawalan (gula kasar) melebihi harga maksimum yang ditetapkan," katanya. - Bernama

10 ulasan:

  1. Kerja menteri bukan mengawal harga barang naik tetapi mengawal rakyat daripada makan. Menteri macam ni banyak dapat dicari di Pekan Rabu Alor Setar. Memang betul cap ayam.

    BalasPadam
  2. menteri bodo nie.. mula2 dulu lg kata barang tak naik.. tapi gas dah naik rm 1.00... baru 3 hari dah buat kenyataan, dia periksa semua negeri.. porahhh..

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama15/7/13 7:29 PG

    menteri nie sembang dlm opis boleh la....porahhh!!!

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama15/7/13 8:24 PG

    Salam Bro,mengkritik memang senang.Cuba bagi idea cara nak setelkan harga ayam ni !Jangan pandai cakap tuduh menteri bodoh tapi tengok diri sendiri dulu lah!

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama15/7/13 9:26 PG

    dah memang bodoh..ada pulak nak defend..bodoh ganda dua.

    BalasPadam
  6. cer tanya daging sekilo berapa,ikan lagi la kalau tak pergi pasar jangan nak buat kenyataan bodoh gini ,yang murah mana ada skrg semua mahal

    BalasPadam
  7. kalau tak bodoh bukan UMNO/BN namanya... bab menipu rakyat memang no 1... tipu bini ntah ler... he3

    BalasPadam
  8. Office aku lebih baik daripada management UMNO ni.....jawapan cukup meluat. Dakwat tak kekal pasai pakai pewarna makanan.....menteri jawab. Ada aku kesah hanpa nak pakai pewarna apa pun janji dia kekal dan bukan racun.......sudah le. UMNO Bapak segala penipu........terutama che det and kroni.

    BalasPadam
  9. aku sokong cakap menteri bodo tu ,kalau dia suruh makan taik ayam pun aku makan sbb aku org kuat UMNO...org UMNO kena setia pada pemimpin UMNO mana boleh derhaka, poket tak masyuk la.

    BalasPadam
  10. kahkahkah....baguss 25%... kabinet ahmad nisfu...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive