Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Julai 30, 2018

Orang Asli halang pekerja ladang Musang King


GUA MUSANG - Suasana kecoh berlaku di kawasan sekatan Orang Asli Kampung Kaleg, Pos Tohoi di sini apabila 30 penduduk Orang Asli menghalang pekerja ladang durian Musang King yang ingin memasuki kawasan mereka, semalam.

Orang Asli bertindak agresif apabila tidak mahu membuka sekatan sehingga sanggup ‘tidur’ di atas jalan dan rela 'dilenyek' jentera pihak peladang.

Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan, Mustafa Along berkata, kejadian itu berlaku kira-kira ‪pukul 9‬ pagi apabila sekumpulan pekerja ladang yang menaiki kenderaan pacuan empat roda dan jentera ingin memasuki kawasan ladang Musang King seluas kira-kira 400 hektar di Pos Simpor.

“Berlaku pertengkaran kecil antara kedua-dua pihak sehingga waktu petang apabila Orang Asli tidak mahu berganjak.

“Bagaimanapun, pekerja berkenaan terpaksa mengalah dan berpatah balik keluar dari kawasan sekatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - K! ONLINE


Selasa, Julai 03, 2018

Selepas Najib tidur di lokap SPRM malam ini, apa yang boleh dijangka esok?

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi.
Mengesahkan perkara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, beberapa pegawai suruhanjaya tersebut telah hadir ke rumah Najib di Langgak Duta di sini petang ini sebelum membawa bekas Presiden UMNO itu.
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar memaklumkan apa yang menjadi perhatian esok ialah apakah tuduhan-tuduhan yang akan dikenakan terhadap bekas perdana menteri yang juga bekas Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB itu.

"Hari ini merupakan hari yang bersejarah, pada kebiasaannya malam ini kena tidur dalam lokap SPRM.

"Esok kita boleh lihat apakah tuduhan-tuduhan sama ada Kanun Keseksaan, Akta Pencegahan Rasuah atau AMLA," kata Akhbar kepada Astro AWANI

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan didakwa pagi esok di Mahkamah Kuala Lumpur.

Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB mengesahkan tangkapan terhadap Najib, pada jam 2.35 petang berkaitan SRC International Sdn Bhd.

Task Force 1MDB yang terdiri daripada bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador mengesahkan tangkapan dibuat di kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur, hari ini.



LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive