Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mac 01, 2019

APAKAH MALAM INI AKAN ADA LAGI JENALTI ?


MALAM INI JDT FC YANG KINI DIGELAR JENALTI OLEH NETIZEN AKAN TURUN KE STADIUM SHAH ALAM BERENTAP DENGAN SELANGOR. PASTINYA MALAM INI MATA PENONTON AKAN MEMBERI TUMPUAN SEPENUHNYA KEPADA KAWASAN PENALTI SELANGOR BAGI MENYAKSIKAN SAMADA PENGADIL AKAN MENGHADIAHKAN LAGI SEPAKAN JENALTI BUAT JENALTI FC KAHKAHKAHKAH!!!!

HARAP PEMAIN SELANGOR JANGAN PANGKAH KAKI PEMAIN JENALTI KAT KAWASAN GARISAN JENALTI MALAM NI.KALAU NAK PANGKAH JUGAK HANGPA BOLEH PANGKAH KAT KAWASAN GARISAN KHATULISTIWA..KAHKAHKAH!!!!!


SAKSIKAN SIARAN LANGSUNG DI TVHARAM.

Dua tiga menjak ini, tular di laman sosial bola sepak tempatan tentang “Jenalti”.

Antara komen netizen adalah:

"Ada Jenalti aku like."

"Aku seorang yang simple, aku nampak Jenalti aku like."

Paling "mengagumkan" setiap kiriman atau komen tentang Jenalti itu pasti akan mendapat tanda suka dan respons tertinggi.

Bahkan, cukup sekadar menaip perkataan tunggal "Jenalti" itu di ruangan komen, sudah mampu untuk membuatkan tulisan tersebut mendapat respons dan balasan tertinggi.

Jenalti itu rupa-rupanya gelaran terbaru buat Johor Darul Ta'zim (JDT) yang diberikan oleh netizen tanah air selepas pasukan itu dilihat kerap diberikan sepakan penalti musim ini.

Sepanjang empat perlawanan Liga Super musim ini, JDT sudah memperoleh empat sepakan penalti untuk menjadikan nisbah satu sepakan penalti dalam setiap perlawanan (1 perlawanan: 1 sepakan penalti).

Hanya perlawanan Piala Sumbangsih di antara JDT dan Perak pada 3 Februari lalu boleh dikategorikan sebagai "bebas penalti".

Daripada sembilan gol JDT musim ini, tiga daripadanya terhasil daripada sepakan penalti -- menjadikan 33.3 peratus daripada jaringan mereka musim ini terdiri daripada jaringan penalti.

Tiga daripada empat sepakan penalti tersebut diterjemahkan dalam bentuk jaringan untuk menjadikan peratusan kejayaan jaringan sepakan penalti JDT kepada 75 peratus.

Statistik di atas kini menjadi bahan jenaka dan sindiran netizen tanah air.

Mereka melabel JDT sebagai pasukan yang mendapat keistimewaan pengadil.

Keadaan itu mengakibatkan "perang" media sosial di antara penyokong JDT dan ‘pembenci’ mereka.

Buat penyokong JDT, anda tidak sepatutnya "koyak" dengan gurauan atau sindiran-sindiran seperti itu.

Anggaplah pasukan anda bertuah atau bernasib baik kerana memperoleh banyak sepakan musim penalti dalam fasa awal Liga Super musim ini.

Sedangkan pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo, juga tidak dapat lari daripada gelaran "Penaldo" kerana dikatakan kerap merebahkan badan untuk memperoleh sepakan penalti.


Kredit foto: Johor Southern Tigers


stadiumastro




LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive